[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Noktah Erna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4771840 pada 03:31, 19 April 2020 oleh Fandi89 (bincang | sumb.) (Kemaskini.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Noktah Erna
Genre
Ditulis olehZarihah Hassan
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Adinda" oleh Lah Ahmad
Lagu penutup"Melawan Kesepian" oleh Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Ramli
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
Penyunting
  • Azmir Affandi
  • Hamidon Sulaiman
  • Lan Bong
  • Izz Hafizi
Sinematografi
  • Mokhairul Syamnizar Mokhtar
  • Muhammas Khuzani Mohd Nor
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal5 Mei 2010 – 30 Jun 2010

Noktah Erna ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan bersama Heykal Hanifah dan Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Rita Rudaini, Awal Ashaari, Julia Ziegler dan Aqasha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 5 Mei 2010 hingga 30 Jun 2010 menggantikan Asmaradana.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik.

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. ‘Perang dingin’ antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan

[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Adinda" - Lah Ahmad
  • "Melawan Kesepian" - Siti Nurhaliza
  • "Bila Harus Memilih" - Siti Nurhaliza
  • "Mulanya Cinta" - Siti Nurhaliza
  • "Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh" - Five Minutes
  1. ^ Budiey (3 Mei 2010). "Drama Noktah Erna ganti Asmaradana". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ Noktah Erna (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 19 Mac 2019.