Dendam Orang Minyak (drama)
Dendam Orang Minyak | |
---|---|
Ditulis oleh | Zaidi Ahmad Tajudin |
Pengarah | Haris Kadir |
Dibintangi oleh | Aqasha Melissa Maureen Azhan Rani Boy Iman |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 Episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin hingga Khamis, 4:30 petang |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lagenda) |
Siaran asal | 7 Jun 2010 – 8 Julai 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Sayang Cendana |
Diikuti oleh | Duyung Aridinata |
Dendam Orang Minyak merupakan sebuah drama seram bersiri arahan Haris Kadir.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Dendam Orang Minyak mengisahkan Fendi kebingungan disebabkan siri pembunuhan gadis yang berlaku. Semuanya bermula selepas Fendi menyarungkan cincin permata hitam yang dijumpai dalam laci arwah ayahnya. Biarpun mendapat amaran daripada ibunya, Fendi gagal menanggalkan cincin itu. Malah, segala kejadian yang berlaku itu tidak disedarinya. Bagaimanapun, Fendi menyedari dirinya dipergunakan Wak Man untuk mencapai tujuan sebenar. Fendi dirasuk Orang Minyak Lamin untuk membalas dendam terhadap keturunan musuhnya. Selain itu, Fendi juga sering mengalami mimpi aneh dalam tidurnya. Haris berkata, apa yang dimimpikan Fendi ialah kehidupan silam Orang Minyak Lamin sebelum berguru dengan Joyo. Ini berpunca daripada kematian Melati, isteri Lamin yang diperkosa dan dibunuh dengan kejam. Oleh itu, Lamin mahu membalas dendam. “Bagaimanapun, hasrat Lamin itu dihalang Pak Guru Anding dan ini menyebabkan dia menghilangkan diri. Lamin berguru dengan Joyo dan memenuhi syarat ditetapkan untuk memperoleh kekebalan serta kesaktian dirinya. Secara tidak langsung, dendamnya terlaksana. “Fendi pula apabila mengetahui dirinya dikuasai Lamin, sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Aqasha sebagai Fendi, Wartawan jenayah,orang minyak dan kekasih Aina
- Melissa Maureen sebagai Aina, pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan bersiri dan teman wanita Fendi
- Roslan Salleh sebagai Pak Hassan, Jiran Fendi
- Ghazali Abu Noh sebagai Pak Rahim, Pemburu orang minyak
- Rashid Jaafar sebagai Wak Man, pemain antagonist
- Ku Faridah sebagai Mak Milah, Ibu Fendi
- Boy Iman sebagai Ismail, Anak kepada Pak Rahim
- Azhan Rani sebagai Lamin, Orang minyak era purba
- Kamsani Ismail sebagai Ustaz Muiz, Rakan Pak Hassan
- Emma Akma sebagai Ruby, Anak kepada Pak Hassan yang tidak menyukai Fendi
- Syean sebagai Detektif Mamat
- Raisuddin Hamzah sebagai Ariffin, Ayah kepada Inspektor Aina yang tidak menyukai Fendi walaupun hanya menguji beliau
- Dian P. Ramlee sebagai Maznah, Ibu kepada Inspektor Aina
- Musley Ramlee sebagai Johan, Majikan Fendi
- Yus Waisar sebagai Kawan Fendi
- Tunku Hanis sebagai Noni, Mangsa pertama Fendi
- Noremy Ramli sebagai Rita
- Yaya Maembong sebagai Pengurus Rita
Penampilan Khas
- Norlia Ghani sebagai Ibu Lamin
- Kuza Muzani sebagai Melati, Isteri Lamin
Trivia
[sunting | sunting sumber]*Penampilan terakhir Melissa Maureen dalam dunia lakonan sebelum bersara pada tahun sama untuk fokus keluarga selepas berkahwin dengan bekas anggota Too Phat Malique ,namun setahun sebelum itu beliau sempat habiskan mini series Warkah Terakhir:Rosli Dhoby di Astro Citra dan Nigina di TV3 pada 2009.
*Watak Lamin dilakonkan oleh Azhan Rani hanya sempat berlakon empat episod untuk babak permulaan Orang Minyak dan selebihnya dilakukan oleh Aqasha bagi Orang Minyak moden.
*Lagu Wajah Dua dinyanyikan oleh Black Hanafiah menjadi lagu tema drama