Mencintaimu (drama)
Mencintaimu | |
---|---|
Genre | |
Dibangunkan oleh | Global Station Sdn Bhd |
Pengarah | Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi oleh | Sharnaaz Ahmad Zahirah MacWilson Niezam Zaidi Sarah Anne Sasqia Dahuri |
Lagu pembukaan | '"Setia" nyanyian Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir |
Lagu penutup | "Setia" nyanyian Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir |
Penggubah | Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 24 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 1 jam (60 minit) |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 Ch. 103 |
Julung kali ditayangkan di | Malaysia |
Siaran asal | 19 Ogos 2015 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Syurga Nur |
Diikuti oleh | Hello, Mr. Perfect! |
Mencintaimu merupakan sebuah drama yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama dibawah terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Drama ini menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai hero dalam slot Akasia dan akan bergandingan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Saksikan drama ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 7 petang di TV3.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mencintaimu mengisahkan perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Datuk Hanafi (Sharnaaz Ahmad).
Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit.
Namun, ibunya, Juhara tidak menyokong tindakannya kerana lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya.
Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi dan mula menyukai Hisham secara diam-diam.
Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Lantas, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar.
Sebenarnya, Hisham sudah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar.
Malu dengan penolakan Anissa, Hisham mula merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Anissa. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya.
Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia sudah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham akhirnya berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa dan menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas.
Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa. Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa.
Akhirnya, permainan Hisham mula menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan dan dihalau oleh ibunya serta diberhentikan oleh pihak universiti.
Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat. Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air.
Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri.
Atas desakan keluarga, Hisham bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon | Watak | Diskripsi |
---|---|---|
Zahirah MacWilson | Anissa Zali | Main female protagonist, Bercinta dengan Hisyam,anak Dato Hanafi |
Sharnaaz Ahmad | Hisyam Dato Hanafi | Main male protagonist, Bercinta dengan Anissa Zali |
Niezam Zaidi | Helmi | Main villain, Kawan baik kepada Hisyam, musuh Anissa |
Sarah Anne | Tengku Asyikin | Main villain, bekas tunang Hisyam , bercinta kepada Helmi |
Sasqia Dahuri | Aimi | Kawan baik Anissa Zali |
Fikhree Bakar | En Muaz | bos kepada Anissa, bercinta kepada Anissa |
Mustapha Kamal | Dato Hanafi | Bapa kepada Hisyam |
Aleza Shadan | Datin Aida | Emak kepada Hisyam |
Nina Juren | Puan Sri Mel | Emak kepada Asyikin |
Nurfadilah
Anuar |
Ain faranisha | Adik kepada Anissa zali |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Mencintaimu mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Mencintaimu | Berikutnya |
Syurga Nur | Hello Mr Prefect |