Bahagia Bukan Bidaan
Bahagia Bukan Bidaan | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Hessa Widad |
Pencipta | Hessa Widad |
Ditulis oleh | Hessa Widad |
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Pengarah kreatif | Hairul A. Masdol |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Sang Pemilik Hati" oleh Ronnie Hussein |
Lagu penutup | "Kekasihku" oleh Syam Razalie |
Penggubah |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Syawal Aiman |
Penerbit | Jalena Rejab |
Penyunting |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 41–43 minit |
Syarikat penerbitan | Country & Universal |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | TVDT 1080i |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 3 September 2018 – 3 Oktober 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Semerah Cinta Humairah |
Diikuti oleh | Mawar Murni |
Bahagia Bukan Bidaan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Eoon Shuhaini dibintangi oleh Adi Putra, Nora Danish, Zamarul Hisham dan Ika Nabella.[1] Diadaptasi daripada novel 2018 dengan tajuk sama karya Hessa Widad, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 3 September 2018 hingga 3 Oktober 2018 menggantikan Semerah Cinta Humairah dan digantikan oleh Mawar Murni.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalin hubungan sulit dengan Aina, staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan. Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai.
Lepas talak dijatuhkan, Hana bayangkan dia bebas dari seksa cinta. Tapi tidak. Azlan nak mereka rujuk semula dan dalam masa yang sama, niatnya untuk memperisterikan Aina tetap diteruskan. Tempoh berfikir yang diminta oleh Azlan bagaikan neraka buat Hana yang sering didatangi oleh bayang-bayang Aina yang kononnya rasa bersalah dan nak mohon maaf. Azlan tak sedar yang tindakannya buatkan Hana lebih tertekan. Keluar hospital, Hana berpindah terus ke rumah Paksi. Tapi, Azlan tetap mengesanya untuk mereka kembali rujuk. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.
Kemunculan Talha dalam hidup Hana sebagai teman lama yang baru berjumpa tak memberikan impak pada emosinya. Namun, kesungguhan Talha menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya yang menyendiri buatkan Hana selesa. Murni dan Talha tak putus usaha buatkan Hana kembali bersemangat untuk hidup. Talha yang merupakan psikologi telah menawarkan diri untuk merawati Hana hingga sembuh.
Nik Zachary muncul dalam hidup Hana namun salam perkenalan itu tidak dilayan. Ini kerana Hana mahu hidup tanpa insan bernama suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.
Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang.[3]
Pelakon dan watak
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Nora Danish sebagai Hana (Ain Farhana)
- Adi Putra sebagai Nik Zachary
- Zamarul Hisham sebagai Azlan
- Ika Nabella sebagai Aina
- Wan Sharmila sebagai Murni
- Arja Lee sebagai Talha
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Jonathan Putra sebagai Danny
- Lisdawati sebagai Maksu
- Fauzi Nawawi sebagai Paksu
- Azri Sabri sebagai Lokman
- Halimatussadiah Mohd Daud sebagai Rosnah
- Sherry Ibrahim sebagai Kartini
- Daniella Sya sebagai Aileen (tidak dinamakan)
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Sang Pemilik Hati" - Ronnie Hussein
- "Kekasihku" - Syam Razalie
- "Saat Kau Jatuh" - Izzmad Harun
- "Wahai Kekasihku" - Fitri Haris
- "Seharusnya" - Aepul Roza
- "Remuk" - Zarul Hussein
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)". myinfotaip.com. 2 September 2018.
- ^ Bahagia Bukan Bidaan (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 28 Februari 2019.
- ^ "Drama Bahagia Bukan Bidaan". layandrama. 3 September 2018.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Rabu, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Bahagia Bukan Bidaan | Berikutnya |
Semerah Cinta Humairah | Mawar Murni |