[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Idris Md Diah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Idris Md Diah
Kelahiran
Mohd Idris bin Mohd Diah

1959 (1959)
Meninggal dunia14 September 2020 (berumur 60–61)
Putrajaya, Malaysia
Sebab kematianKencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong
Nama lainIdris Mat Diah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1980–2020
PasanganChe Hawa Abu Bakar
Anak-anak2

Mohd Idris Mohd Diah (1959 – 14 September 2020), sering dikreditkan sebagai Idris Mat Diah atau Idris Md Diah ialah pelakon lelaki Malaysia.[1] Sepanjang kerjaya lakonan, beliau dikenali menerusi watak sebagai bapa dan datuk dalam kebanyakan drama lakonannya.[2]

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Selepas menamatkan kerjayanya di FINAS, beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa dan sejak itu beliau terus aktif berlakon kebanyakannya di televisyen.[2]

Idris meninggal dunia pada 14 September 2020 pada usia 61 tahun di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.[2] Beliau meninggalkan balu, Che Hawa Abu Bakar dan dua anak. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.[3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
  • Cabaran (1990)
  • Bingong (1990)
  • Airmata Ibu (1998)
  • Kepintu Khaliq (1999)
  • Anak Emak Merdeka (2001)
  • Pak Nil Ibu Kirim Salam (2010)
  • Anak Lorong (2012)
  • Rekah (2015)
  • Kenduri Hari Merdeka (2019)
  1. ^ "100 artis sertai pertandingan memancing di UPM 11 Nov". Utusan Melayu. 20 Oktober 2001.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b c "Dramatis veteran Idris Mat Diah meninggal dunia". Kosmo!. 14 September 2020. Dicapai pada 14 September 2020.
  3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (14 September 2020). Pelakon watak Pak andak dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 15 September 2020.
  4. ^ "Syukri Yahya Bukan Kaki Pukul Bini". Media Hiburan. 8 Jun 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]