[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Taman alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hutovo Blato ialah paya rawa dan kawasan pemuliharan burung yang dilindungi di Bosnia dan Herzegovina

Taman alam atau taman semulajadi ialah istilah untuk landskap yang dilindungi melalui perancangan jangka panjang, penggunaan dan pertanian lestari. Landskap berharga ini dikekalkan dalam keadaan terkini dan dipromosikan untuk tujuan pelancongan.

Di kebanyakan negara, taman alam adalah tertakluk kepada kakwasan perlindungan yang ditetapkan secara sah, yang merupakan sebahagian daripada undang-undang pemuliharaan mereka.

Dari segi tahap perlindungan, kategori "Taman Alam" tidak sama dengan "Taman Negara", yang ditakrifkan oleh IUCN dan Suruhanjaya Dunia untuk Kawasan Perlindungan sebagai jenis kawasan perlindungan jenis II. Penetapan "Taman Alam", bergantung pada spesifikasi setempat, jatuh antara kategori III dan kategori VI mengikut kategori IUCN, dalam kebanyakan kes lebih dekat kepada kategori VI. Bagaimanapun, sesetengah taman alam telah dialihkan menjadi taman negara.

Taman alam antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Taman alam antarabangsa yang pertama di Eropah, Taman Negara Pieniny pada masa ini telah diasaskan bersama oleh Poland dan Slovakia pada tahun 1932.[1]

  • Taman Alam Semulajadi Eropah: Rancangan dan projek merentas sempadan dijalankan di bawah payung Europarc.
  • Rangkaian Taman Kawasan Terpelihara (PANPark), pensijilan oleh rangkaian WWF yang bertujuan untuk menggabungkan pemuliharaan belantara dengan pelancongan

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Nationalpark Pieniny Error in Webarchive template: Empty url. accessed on 1 June 2010

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]