[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Poland
ريڤوبليک ڤولن‌د
Rzeczpospolita Polska
Bendera Poland
Jata Poland
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"Mazurek Dąbrowskiego"
Mazurek Dąbrowskiego"
Lokasi Poland (merah) dalam benua Eropah
Lokasi Poland (merah) dalam benua Eropah
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Warsaw
Bahasa rasmiBahasa Poland
Bahasa umum
yang diakui
Bahasa Kashubia
Kumpulan etnik
93.52% Poland
1.09% Orang Silesia
0.28% Orang Jerman
0.12% Orang Belarus
0.12% Orang Ukraine
0.04% Kashubia
0.03% Orang Romani
0.02% Orang Lemko
4.78% lain-lain
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Andrzej Duda
Donald Tusk
Pendirian
14 April 966
18 April 1025
1 Julai 1569
24 Oktober 1795
9 Jun 1815
11 November 1918
1 September 1939
8 April 1945
• Republik Poland
13 April 1989
• Sertai Kesatuan Eropah
1 April 2004
Keluasan
• Jumlah
312,696 km2 (120,733 bt2) (ke-69)
• Perairan (%)
3.07
Populasi
• Perkiraan 30 Jun 2014
38,483,957 (ke-34)
• Bancian Penduduk 2011
38,511,824
123/km2 (318.6/sq mi) (ke-83)
KDNK (PPP)2007
• Jumlah
$2.81 trilion (ke-5)
$34,181 (ke-21)
KDNK (nominal)2016
•  Jumlah
$1.051 trilion (ke-21)
$27,654 (ke-45)
Gini (2013)32.73
sederhana
HDI (2014) 0.843
Ralat: Nilai IPM tidak sah · ke-36
Mata wangZłoty
(PLN)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan48
Kod ISO 3166PL
DPT internet.pl

Poland (Poland: Polska) atau nama rasminya Republik Poland (Poland: Rzeczpospolita Polska) merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah yang menghadap ke Laut Baltik di utara. Poland bersempadan dengan negara Jerman di barat, Republik Cekh dan Slovakia di selatan, Ukraina dan Belarus di timur dan Laut Baltik, Kaliningrad dan Lituania di sebelah utara. Keluasan negara Poland ialah 312,696 kilometer persegi (120,733 bt2)[1][2] menjadikan ia negara ke-69 terbesar di dunia dan kesembilan terbesar di Eropah. Dengan jumlah populasi kira-kira 38.5 juta orang, Poland merupakan negara ke-34 terpadat di dunia dan kelapan terpadat di Eropah. Poland juga merupakan sebuah negara kesatuan yang dibahagikan kepada 16 pentadbiran subbahagian.

Penubuhan negeri-negeri Poland dapat diimbas pada tahun 966 apabila Raja Mieszko I memerintah negara moden Poland dan memeluk agama Kristian. Kerajaan Poland telah ditubuhkan pada tahun 1025 dan pada tahun 1569, Poland mengeratkan hubungan politik dengan Duci Agung Lituania selepas menandatangani Perjanjian Lublin. Kedua-dua negara ini kemudian membentuk Komanwel Poland–Lituania, salah satu kerajaan terbesar dan terpadat pada abad ke-16 dan ke-17 di Eropah. Komanwel kedua-dua negara ini berakhir pada tahun 1772-1785 apabila wilayah-wilayah Komanwel dibahagikan oleh Prusia, Rusia dan Austria. Poland mendapatkan semula kedaulatannya (sebagai Republik Poland Kedua) pada penghujung Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.

Pada September 1939, Perang Dunia Kedua meletus selepas pencerobohan Poland oleh Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet. Lebih enam juta warga Poland terkorban ketika perang. Pada 1944, pihak Soviet membentuk Jawatankuasa Pembebasan Kebangsaan Poland dan selepas referendrum yang dibuat-buat mereka pada 1947, Soviet mengambil alih kuasa dan Poland menjadi sebuah komunis dengan nama Republik Rakyat Poland. Ketika Revolusi 1989, kerajaan komunis Poland menjadi lumpuh dan Poland mendapat perlembagaan baru bagi Soviet. Walaupun Poland melalui banyak kemusnahan semasa Perang Dunia Kedua, Poland tetap memelihara dan mengekalkan kekayaan budayanya. Terdapat 14 Tapak Warisan Dunia yang diwartakan oleh UNESCO di Poland dan 54 monumen-monumen bersejarah dan banyak lagi objek-objek warisan kebudayaan di Poland.

Sejak peralihan awal ekonomi terutamanya berasaskan pasaran yang berlaku pada awal tahun 1990an, Poland memperoleh kedudukan "sangat tinggi" dalam Indeks Pembangunan Manusia dan juga secara beransur-ansur meningkatkan kebebasan ekonomi. Poland merupakan sebuah negara demokratik bersama ekonomi berpendapatan tinggi, taraf dan kualiti hidup sangat tinggi. Lebih-lebih lagi, negara ini dilawati kira-kira 16 juta pelancong setiap tahun (2013), menjadikan Poland antara negara paling popuular di kalangan pelancong. Poland menduduki tempat keenam dalam Kesatuan Eropah dari segi perkembangan ekonomi dan antara negara memiliki kepesatan ekonomi di dunia. Tambahan lagi, menurut Indeks Keamanan Global pada 2014, Poland merupakan salah satu negara paling selamat untuk didiami.

Poland adalah nama bahasa Inggeris untuk nama sebenar diberikan bangsa penduduk tanah mereka sendiri iaitu Polska[3] sempena suatu puak rumpun Slav Barat yang mendiami lembangan Sungai Warta di bahagian bersejarah Poland Raya bernama "Polanie" yang wujud pada abad ke-8; kata sifat polanie sendiri terbitan kata dasar polana diakar kata Proto-Slav *pȍľe (dalam bahasa turunan moden: pole, disebut /ˈpɔ.lɛ/) yang bermaksud "padang" atau dataran yang luas.[4][5] Bentuk Latinnya Polonia kerap dijumpai tertulis dalam persuratan mengenai kawasan serantau pada Zaman Pertengahan;[6] ia juga merupakan akar nama unsur polonium ditemukan ahli kimia Marie Skłodowska memperingati tanah asalnya.[7]

Poland di bawah Dinasti Piast sekitar tahun 1020

Sejarah bertulis Poland bermula pada abad ke-10. Pada masa itu, Poland diperintah oleh sebuah dinasti yang dikenali sebagai Piast. Seorang raja Piest, Mieszko I menaiki takhta sekitar tahun 960 hingga 992. Pada tahun 966, beliau menganut agama Kristian dan diikuti oleh pengikutnya.

Walau bagaimanapun, seorang raja bernama Boleslaw (pemerintahannya sekitar tahun 1102-1138) memutuskan bahawa selepas kemangkatannya, kerajaannnya akan dibahagikan kepada anak-anaknya walaupun anak sulungnya memiliki kuasa untuk menaiki takhta. Keadaan ini telah melemahkan Poland.

Walau bagaimanapun, pada abad ke-12 dan ke-13, Poland menjadi sebuah negeri yang makmur dan kota-kota berkembang. Henry I mula menaiki takhta dari tahun 1201 hingga 1238. Isterinya, Jadwiga menggalakkan pedagang-pedagang Jerman untuk datang dan menetap di Poland. Mereka membina sebuah pekan bersama undang-undang Jerman. Sesetengah orang Jerman juga datang untuk mengusahakan tanah kebun di Poland. Walau bagaimanapun, pada tahun 1241-42, tentera Mongol melancarkan serangan dan menceroboh Poland. Tentera Poland tewas di pertempuran Legnica pada April 1241 tetapi tentera Mongol kemudian mengundurkan tenteranya.

Ancaman lain untuk menggugat keamanan Poland adalah dari Kesateria Teuton. Mereka menawan orang-orang Pagan di bahagian timur Eropah dan memaksanya untuk memeluk agama mereka anuti. Pada tahun 1235, mereka cuba untuk menceroboh orang Pagan Prusia (di bahagian timur laut Poland). Pada tahun 1283, Kesateria Teuton telah menakluki Prusia. Walau bagaimanapun pada tahun 1308, mereka beralih ke Poland dan kesannya mereka mendapat bahagian timur Pomerania yang termasuk kota Gdańsk sebelum mereka menukar nama kepada Danzig (nama Jerman).

Pada awal abad ke-14, Poland menjadi sebuah negara yang kuat dan bersatu. Raja Kazimierz meluaskan kuasanya ke bahagian timur hingga menjangkau ke Rusia. Beliau juga membentuk undang-undang dan pentadbiran. Di bawah pemerintahan beliau juga, universiti pertama di Poland dibina di Kraków. Kazimierz juga melindungi dan menyokong orang-orang Yahudi. Ini membuatkan ketika pemerintahan beliau, Poland menerima ramai komuniti Yahudi.

Gambaran Pertempuran Grunwald, pertempuran paling dahsyat pada tempoh lewat Zaman Pertengahan.

Louis I, sepupu Kazimierz menjadi raja baharu Poland selepas kemangkatannya. Louis mahu anak perempuan menggantikannya untuk menjadi pemerintah Poland sesudah kemangkatannya. Tetapi, untuk mendapatkan persetujuan daripada golongan bangsawan Poland, beliau dipaksa untuk memberikan mereka konsesi. Hak Koszyce (1374) membuatkan golongan bangsawan bebas daripada dikenakan cukai. Selain itu, mereka juga diberi peranan penting dalam kerajaan. Pada masa akan datang, tiada keputusan penting boleh dibuat tanpa persetujuan mereka.

Era Jagiellonian

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1384, bangsawan Poland akhirnya menerima anak perempuan Louis, Jadwiga sebagai Ratu Poland. Mereka juga mengatur bahawa Jadwiga harus berkahwin dengan Jagiello untuk memastikan Duchy Agung Lituania dan kerajaan Poland menjadi sekutu. Jagiello akhirnya menaiki takhta Poland pada tahun 1386. Wladyslaw kemudian menganuti agama Katolik dan diikuti oleh pengikutnya.

Pada tahun 1410, kerajaan sekutu Poland dan Lituania sama sekali menewaskan Kesateria Teuton pada pertempuran Grunwald. Kemudian pada tahun 1453, orang Pomerania melancarkan pemberontakan ke atas Kesateria Teuton dan merayu kepada kerajaan Poland untuk bantuan. Selepas 13 tahun peperangan, Poland mendapat semula Pomerania dan Gdansk.

Walau bagaimanapun pada lewat abad ke-15, golongan bangsawan Poland menjadi semakin berkuasa dan kuasa raja menjadi lemah. Pada tahun 1505, raja bersetuju tiada perubahan politik dibuat tanpa kebenaran bangsawan.

Nicolaus Copernicus mengutarakan pendapat bahawa Matahari ialah pusat sistem suria yang dikelilingi oleh Bumi dan planet-planet lain.

Pada abad ke-16 dikenali sebagai zaman kegemilangan atau kemakmuran di Poland. Lebih-lebih lagi, bidang pendidikan berkembang di sana. Cendekiawan terkenal Poland, Nicolaus Copernicus hidup pada era ini. Pada zaman beliau, orang-orang percaya Matahari dan Bulan mengorbit atau mengelilingi Bumi. Pada tahun 1543, Copernicus menerbitkan sebuah teori bahawa Bumi dan planet lain mengorbit Matahari

Walau bagaimanapun, Poland seperti negara-negara Eropah lain melalui era reformasi. Para Protestan di Poland dibahagikan kepada dua iaitu Lutheranisme dan Calvinisme. Pada dekad 1560, Jesuit tiba di Poland. Mereka mencipta rangkaian antara sekolah dan kolej di seluruh Poland dan mereka berjaya mengalahkan Protestan. Namun menurut Konfederasi Warsaw pada 1573, kebebasan beragama dibenarkan.

Pada tahun 1569, selepas menandatangani Kesatuan Lublin, Poland dan Lituania bersetuju membentuk sebuah persekutuan. Mereka bersetuju di bawah raja dan parlimen yang sama tetapi bala tentera dan kod undang-undang yang berlainan.

Apabila Raja Sigismund II Augustus, Raja Jagiellonian terakhir mangkat pada 1572 tanpa meninggalkan waris, sistem monarki Poland berubah menjadi elektif. Raja diundi oleh golongan bangsawan dalam satu perhimpunan. Kemudian pada tahun 1596, Warsaw menjadi ibu negara Poland bagi menggantikan kota Krakow.

Abad ke-17

[sunting | sunting sumber]

Abad ke-17 merupakan abad yang malang bagi Poland. Pada masa itu, kerajaan Poland memerintah orang Kazaki Ukraine. Walau bagaimanapun pada tahun 1648, mereka memberontak dan pada 1654, mereka dibantu tentera Rusia untuk menentang Poland. Pada tahun 1655, tentera Sweden menduduki sebahagian besar Poland. Namun, Poland kemudian bangkit dan berperang dengan Sweden sehingga tamat pada 1660 manakala peperangan dengan Rusia pula tamat pada 1667. Bagaimanapun, kedua-dua peperangan itu menyebabkan Poland menjadi musnah. Selain dari kemusnahan barang-barang, sebahagian besar populasi Poland terbunuh.

Raja John III Sobieski bersama anaknya, Jakub. Beliau telah menewaskan Turki Uthmaniyah di Pertempuran Vienna pada 1683.

Pada lewat abad ke-17, Poland juga menyumbang beberapa kejayaan peperangan. Pada masa itu, Empayar Uthmaniyyah menguasai bahagian tenggara Eropah dan mereka cuba mara ke bahagian barat Eropah. Pada tahun 1673, John III Sobieski diundi sebagai raja. Pada tahun 1683, tentera Turki Uthmaniyah gagal untuk menguasai Vienna apabila Sobieski berjaya mempertahankan kota Vienna dan menghantar tentera-tentera Turki pulang.

Abad ke-18

[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-18, Poland menghadapi kemerosotan dari segi politik dan ketenteraan. Prusia dan Rusia mengambil kesempatan dalam kekurangan peranan kerajaan pusat untuk campur tangan di Poland. Apabila Raja Augustus II mangkat pada tahun 1733, tentera Rusia berarak di Poland dan memaksa Sejm untuk memilih anak raja Augustus menjadi raja. Akhirnya, Poland menjadi barang mainan kuasa asing.

Pada tahun 1764, selepas Raja Poland mangkat, Maharani Catherine dari Rusia campur tangan untuk memilih bekas kekasihnya, Stanisław August Poniatowski sebagai Raja Poland. Walau bagaimanapun, Poniatowski menolak pilihan Catherine. Beliau dan beberapa orang Poland lain mahukan pembaharuan untuk mengukuhkan sistem beraja. Walau bagaimanapun, pihak Rusia tidak membenarkannya. Ini kerana Rusia ingin membiarkan Poland untuk menjadi lemah dan berpecah.

Tadeusz Kościuszko menyeru pemberontakan di Kraków pada 1794.

Pada 1767, Rusia mendesak Poland menandatangani satu perjanjian. Kandungan perjanjian ini ialah untuk menjamin sempadan Poland. Selain itu, ia juga menjamin hak penganut Ortodoks Kristian dan menjamin golongan bangsawan Poland. Rusia akan bertindak campur tangan jika hak mereka diancam.

Kemarahan Poland terhadap tekanan Rusia menyebabkan Poland melancarkan satu pemberontakan disebut Konfederasi Bar pada tahun 1768. Walau bagaimanapun, Rusia mematahkan cubaan pemberontakan. Kesannya, kuasa besar seperti Rusia, Prusia dan Austria memutuskan untuk menuntut wilayah Poland. Prusia mendapat Pomerania (utara Poland), Austria memperoleh Galicia dan Rusia mengambil apa yang kini ialah bahagian timur Belarus. Inilah menandakan bermulanya pembahagian Poland.

Poland sungguh terkejut kerana kehilangan banyak wilayahnya sama sekali. Mereka kemudian membentuk pendidikan dan ketenteraan serta kerajaan. Empat Tahun Sejm (1788-1792) membentuk satu perlembagaan baru buat Poland pada tahun 1791.

Pada tahun 1793, Poland menghadapi pembahagiannya buat kali kedua. Rusia dan Prusia terus mengambil banyak wilayah Poland. Perlembagaan 1791 telah dimansuhkan. Pada tahun 1794, Poland melancarkan pemberontakan Kościuszko terhadap Prusia dan Rusia tetapi berjaya dipatahkan. Akhirnya pada tahun 1795, Prusia, Rusia dan Austria membahagi bahagian-bahagian terakhir Poland di antara mereka. Raja Poland, Stanisław August Poniatowski akhirnya menuruni takhta.

Napoleon Bonaparte menubuhkan Duchy Warsaw di bawah lindungan Perancis pada 1807.

Pada tahun 1807, Napoleon membentuk Duchy Warsaw, sebuah negara satelit Perancis. Pada tahun 1812, kira-kira 100,000 orang Poland bersama Napoleon menentang Rusia.

Abad ke-19

[sunting | sunting sumber]

Dalam Kongres Vienna pada tahun 1815, Prusia, Rusia dan Austria terus membahagi Poland. Prusia mengambil bahagian utara dan barat Poland manakala Rusia mengambil bahagian tengah dan timur. Austria pula hanya tetap memegang Galicia.

Kuasa besar Eropah tidak bersedia untuk memulihkan kemerdekaan Poland. Sebaliknya mereka menubuhkan kerajaan separuh merdeka Poland. Bahagian Poland yang dijajah Rusia dijadikan sebagai Kerajaan Poland. Tsar menjadi raja kerajaan namun kuasanya terhad dan kerajaan Poland memiliki kerajaan dan ketenteraannya sendiri.

Penawanan gedung senjata Warsaw pada saat awal Pemberontakan November 1830.

Namun, orang-orang Poland tidak berpuas hati dan Pemberontakan November pada tahun 1830 tercetus. Sesetengah askar Poland melakukan pencubaan membunuh abang Tsar dan Parlimen Poland mengisytiharkan Tsar telah digulingkan. Walau bagaimanapun, tentera Rusia melakukan tindak balas dan tentera-tentera Poland berjaya ditewaskan. Selepas kejadian itu, Nicholas I menggantung perlembagaan Poland sekali gus tentera Poland dibubarkan. Kesannya, ramai orang Poland mengambil langkah untuk berpindah ke Perancis atau Amerika Utara.

Orang Poland melancarkan Pemberontakan Januari pada tahun 1863 terhadap Rusia. Pemberontakan yang berlangsung selama 18 bulan akhirnya reda. Selepas itu, kerajaan Poland terus dibubarkan dan kawasan itu dinamakan semula sebagai Wilayah Vistula. Rusia meletakkan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi kerajaan dan menyebabkan orang Poland dipaksa menggunakan bahasa Rusia di sekolah-sekolah. Ia adalah sebahagian daripada polisi untuk menindas budaya Poland. Selain itu, Tsar juga menghapuskan amalan perhambaan.

Sementara itu, Prusia cuba untuk menghapuskan budaya Poland di bahagian barat namun gagal. Budaya Poland berkembang pada lewat abad ke-19. Di samping itu, banyak gerakan politik bermula di Poland antaranya ialah Parti Sosialis Poland.

Abad ke-20

[sunting | sunting sumber]

Poland akhirnya mendapat pembebasan selepas Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1916, Jerman melancarkan serangan ke atas bahagian Poland yang dipegang Rusia. Jerman kemudian berjanji akan membentuk kerajaan Poland baru selepas perang.

Sementara itu, seorang jeneral Poland, Józef Piłsudski (1867-1935) membawa Poland untuk berperang dengan Rusia. Walau bagaimanapun, Piłsudski bertelagah dengan Jerman dan beliau ditangkap pada tahun 1917. Beliau telah dibebaskan sejurus sebelum Jerman sempat menyerah kalah pada 11 November 1918. Sementara itu pada Januari 1918, Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson menjelas sokongannya untuk kemerdekaan Poland selepas perang.

Tentera Poland bertahan di Warsaw ketika peperangan menentang Soviet pada 1920.

Pada 11 November 1918 iaitu pada hari Jerman menyerah kalah, Poland mengambil alih negara mereka dan mengusir tentera-tentera Jerman. Pada 14 November 1918, Piłsudski menjadi ketua negara Poland. Pada Januari 1919, perhimpunan perlembagaan dipilih di Poland dan perlembagaan baru diumum pada 1921.

Selepas perang tamat, Kuasa Bersekutu memutuskan bahawa Poland perlu mempunyai jalan masuk laut. Mereka memberikan Poland jalur tanah yang dipanggil koridor Poland, yang memotong wilayah Jerman. Ia bermaksud Prusia Timur dipisahkan dari negeri-negeri Jerman yang lain. Selain itu, Danzig (Gdansk) menjadi sebuah negeri merdeka atau bebas.

Pada awal tahun kemerdekaan Republik Poland, Poland melalui peperangan sempadan. Pada tahun 1919, mereka bertempur dengan Czechoslovakia. Tidak lama kemudian, mereka berhadapan dengan Soviet dalam satu peperangan yang berlaku pada tahun 1919-1921.

Kudeta rampasan kuasa 1926 oleh Piłsudski menggambarkan realiti politik sebenar Poland sebelum Perang Dunia Kedua.

Selain peperangan, Poland juga menghadapi masalah lain. Pada tahun 1922, Presiden Gabriel Narutowicz telah dibunuh. Kemudian pada tahun 1926, Piłsudski melancarkan kudeta atau rampasan kuasa lalu beliau menjadi diktator. Piłsudski tetap memelihara sistem demokrasi di Poland. Walau bagaimanapun, Piłsudski tetap memegang kuasa sehingga kematiannya pada tahun 1935.

Sementara itu pada 1930an, Poland diancam dan diberi tekanan oleh dua kuasa asing iaitu Jerman Nazi dan Soviet. Pada tahun 1939, dua kuasa asing itu kemudian menandatangani perjanjian rahsia untuk membahagi Poland di antara mereka.

Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Jerman melancarkan serangan ke atas Poland pada 1 September 1939. Tentera Poland mempertahankan asakan askar Nazi namun serangan Soviet dari timur melemahkan pertahanan Poland. Posisi Poland untuk kekal bertahan nampaknya telah mencapai ke tahap putus asa namun tentera-tentera Poland tetap berjuang menentang Jerman dan Soviet. Warsaw jatuh pada 27 September 1939.

Juruterbang Poland yang mahsyur ketika Pertempuran Britain.

Sesetengah tentera dan pejuang Poland dapat menyelamatkan diri melalui Hungary dan Romania untuk ke Perancis manakala tentera laut Poland yang selamat melarikan diri untuk sertai Tentera Laut British. Tentera Poland dibentuk di Perancis dan pada musim bunga 1940, tentera ini telah memiliki 200,000 angkatan. Selepas kejatuhan Perancis pada Jun 1940, askar udara Poland memainkan peranan penting dalam pertempuran Britain.

Sementara itu, bahagian-bahagian Poland diserap ke Jerman. Selebihnya bahagian jajahan Jerman ke atas Poland dijadikan Kerajaan Am (General Government). Bahagian Poland diduduki Rusia pula diserap ke Soviet. Pendudukan Nazi-Soviet bermakna derita yang dahsyat bagi orang Poland. Orang Yahudi Poland dihapuskan. Bersama 3 juta orang Yahudi Poland dibunuh dan kira-kira 3 juta orang Poland yang lain dibunuh.

Hitler membenci bangsa Slav dan beliau mendakwa mereka adalah subhuman iaitu bukan manusia. Nazi melakukan rancangan untuk menukarkan negara Poland menjadi sebuah negara hamba yang akan melakukan kerja-kerja mengotorkan tangan mereka untuk majikan Jerman. Orang Poland akan diberi sedikit ilmu pendidikan jika mustahil. Selain itu, beberapa orang Poland yang berpendidikan tinggi dibunuh. Semula sekolah dan universiti di Poland ditutup serta merta. Lebih-lebih lagi, industri dan estet di Poland dirampas oleh Jerman.

Soviet juga mengenakan tekanan ke atas Poland di bahagian timur. Ribuan kakitangan Poland telah dibunuh. Ketika Nazi melancarkan Operasi Barbarossa untuk menyerang Rusia pada Jun 1941, Perdana Menteri pemerintahan buangan Poland, Władysław Sikorski membuat satu perjanjian dengan Soviet di Britain. Pada 31 Jun 1941, secara rasminya Poland dan Soviet menandatangani satu perjanjian di London untuk menamatkan perbalahan di antara mereka.

Joseph Stalin berjanji untuk membebaskan semua tahanan perang Poland sebahagian besar tahanan Poland dipenjara di Siberia. Di Rusia, terdapat kira-kira 200,000 tahanan perang Poland. Mereka semua dibebaskan dan dibenarkan membentuk tentera Poland di Rusia. Walau bagaimanapun, Stalin menyekat bekalan ketenteraan kepada tentera Poland yang berjuang di Rusia dan mereka kemudian diarahkan berpindah ke Timur Tengah. Lebih-lebih lagi, hubungan Stalin dan kerajaan dalam buangan Poland semakin merosot sejak perselisihan sempadan antara Poland dan Rusia. Stalin menegaskan bahagian timur Poland perlu diserap ke Soviet selepas perang tamat.

Penyerahan kalah pemberontak dalam Kebangkitan Warsaw.

Pada April 1943, Soviet membunuh ribuan orang Poland dalam pembunuhan beramai-ramai Katyn. Semasa Soviet menyerang bahagian timur Poland, mereka membunuh kira-kira 4,500 kakitangan Poland dan menanam mangsa-mangsa di hutan Katyn. Pihak Rusia mendakwa Jerman komited melakukan pembunuhan besar-besaran itu selepas Jerman menakluk timur Poland pada 1941. Kerajaan dalam buangan Poland mahu Palang Merah menyiasat namun Stalin menolak dan membatal hubungan diplomatik antara Soviet dan Poland. Perdana Menteri Sikorski kemudian maut akibat kemalangan pesawat di Gibraltar pada 4 Julai 1943 dan beliau digantikan oleh Stanisław Mikołajczyk.

Walau bagaimanapun, Stalin mahu kerajaan komunis dibangunkan di Poland dan orang Poland pro-komunis dibenarkan untuk bekerjasama bersama pihak Stalin. Poland sedar jika Rusia menduduki Poland, mereka hanya mengenakan kehendak mereka ke Soviet. Satu-satunya harapan untuk mengekalkan kemerdekaan Poland adalah mencetuskan pemberontakan di Warsaw sebelum ketibaan tentera Soviet. Pemberontakan di Warsaw bermula pada 1 Ogos 1944. Tentera-tentera Poland cuba menyerang kedudukan Nazi di Warsaw dan akhirnya mereka dipaksa untuk menyerah kalah pada 2 Oktober 1944. Kota Warsaw musnah dengan teruk akibat pemberontakan yang berlaku. Stalin semestinya tidak membantu Poland dalam pemberontakan itu. Beliau hanya duduk dan tunggu sehingga kemenangan Jerman.

Pintu gerbang Auschwitz-Birkenau, tempat di mana sekurang-kurangnya 1.1 juta orang dibunuh oleh rejim Nazi.

Sementara itu pada Julai 1944, gerakan komunis Poland telah membentuk Jawatankuasa Pembebasan Kebangsaan atau dikenali sebagai Jawatankuasa Lublin dan diketuai oleh Bolesław Bierut. Pada 1 Januari 1945, Jawatankuasa Lublin telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan sementara di Poland. Pada Februari 1945, Stalin bertemu dengan pemimpin British, Winston Churchill dan Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt di Persidangan Yalta. Stalin berjanji untuk membenarkan pemilihan bebas di Poland. Stalin biasanya langsung tidak berniat untuk menunaikan janjinya. Tragedinya, Poland tidak mendapat kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Pendominasi Nazi di bumi Poland diambil alih pemerintahan komunisme.

Kerajaan sementara Poland sebenarnya adalah kerajaan boneka yang dicipta Stalin. Pada Persidangan Potsdam pada Julai 1945, kerajaan sementara bersetuju untuk melakar semula sempadan-sempadan Poland. Bahagian barat Poland telah semakin diperluaskan dan kebanyakan orang-orang Jerman yang menetap di situ diusir. Bahagian di timur Poland pula tidak bernasib baik apabila diambil oleh Soviet dan kedudukannya beralih sedikit ke barat.

Era komunisme

[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, keadaan negara Poland telah menjadi musnah dan binasa. Selain kerosakan barang-barang dan binaan, kira-kira 25% penduduk telah maut ketika perang. Tambahan lagi, komunisme telahpun bertapak di Poland lalu tertubuhnya Republik Rakyat Poland. Komunis mula mengambil kuasa di antara tahun 1945 dan 1947. Kerajaan sementara Poland telah dibentuk dengan unsur komunis yang disokong oleh Soviet. Pilihan raya akhirnya diadakan pada Januari 1947. Keputusannya, Parti Komunis dan Sosialis mendapat durian runtuh dan Blok Demokratik.

Kemudian pada Disember 1948, Parti Sosialis Poland telah menyingkirkan ahli sayap kanan parti dan baki ahli dipaksa bergabung dengan parti komunis lain untuk membentuk Parti Buruh Bersatu Poland. Pemerintahan komunis di Poland memungut semua hasil industri Poland namun mereka gagal untuk melakukan demikian dalam sektor pertanian. Mereka juga gagal mematahkan kuasa Gereja Katolik.

Pada Jun 1956, rasa tidak puas hati terhadap rejim komunis di Poland telah membawa kepada protes yang berlaku di kota Poznań. Kerajaan komunis Poland kemudian mematahkan rusuhan dengan kekerasan. Walau bagaimanapun, kerajaan sedar beberapa pembaharuan perlu dilaksanakan.

Władysław Gomułka berucap di Warsaw pada Oktober 1956.

Sementara itu pada tahun 1951, Władysław Gomułka, Setiausaha Pertama Parti Buruh Bersatu Poland telah digulingkan lalu dipenjarakan. Pada Oktober 1956, beliau dibebaskan dan Parti Komunis melantik beliau sebagai pemimpin baru tanpa berunding dengan Soviet di Moscow. Pihak Soviet kemudian berang dengan tindakan Poland yang berani mengambil langkah ke arah pembebasan dan mereka kemudian mara untuk melancarkan serangan ke atas Poland. Walau bagaimanapun, Gomułka gagal untuk menjalankan apa-apa pembaharuan asas dan Poland terbantut di bawah pemerintahannya.

Pada 12 Disember 1970, kerajaan melancarkan harga makanan secara besar-besaran. Akhirnya, berlakunya protes dan demonstrasi di bahagian utara Poland terutamanya di Gdańsk. Tentera menembak dan membunuh ramai peserta demonstrasi yang hanya menyebabkan perkara menjadi lebih teruk. Demonstrasi kemudian semakin merebak.

Edward Gierek (dua dari kiri) gagal untuk memulihkan ketidakstabilan ekonomi Poland.

Pada 20 Disember 1970, Gomułka dipaksa untuk meletak jawatan. Beliau digantikan oleh Edward Gierek. Beliau memperkenalkan pelan ekonomi baru untuk Poland. Namun, Gierek banyak berhutang dari negara-negara barat. Hasilnya taraf hidup di Poland meningkat. Pada awal 1970an, barang-barang dapur dan makanan semakin murah. Walau bagaimanapun, kenaikan harga minyak telah menamatkan perkembangan ekonomi Poland dan pada 1976, jelas bahawa pinjaman Gierek menjadi sia-sia. Industri Poland tidak mampu membeli mata wang tinggi yang cukup untuk membayar semula hutang. Kerajaan memperkenalkan peningkatan besar dalam harga makanan. Kesannya adalah bantahan sekali lagi. Kali ini, kerajaan mematahkan bantahan dengan kekerasan. Ramai peserta bantahan telah dipenjarakan.

Pada Julai 1980, kerajaan mengumumkan peningkatan harga makanan sebanyak 100%. Keputusannya bantahan tercetus dan berlakunya mogok di seluruh Poland. Pada bulan Ogos 1980, limbungan Lenin di Gdansk melancarkan mogok. Diketuai oleh seorang juruelektrik yang bernama Lech Wałęsa. Mereka membentangkan segala kemahuan mereka termasuk kebebasan bersidang, pembebasan tahanan politik dan hak untuk membentuk kesatuan kerja yang bebas. Pada 31 Ogos, komunis menyerah diri. Mereka membuat perjanjian Gdańsk dan menerima semua kemahuan pekerja.

Pekerja-pekerja kemudian membentuk solidarność (perpaduan), iaitu pertubuhan pekerja Poland yang kemudian menjadi gerakan beramai-ramai menentang pemerintahan komunis. Walau bagaimanapun, komunis memberi tentangan semula. Pada Disember 1981, Jeneral Wojciech Jaruzelski melancarkan undang-undang tentera di Poland. Parti solidarność diharamkan dan pemimpin-pemimpin ditangkap.

Jaruzelski mengisytiharkan keadaan negara sedang bergolak. Perang antara pekerja dan komunis tetap berterusan. Krisis ekonomi terus melonjak. Hutang Poland semakin melambung. Harga bayaran hutang tidak tetap kerana dikenakan bunga. Sementara itu, pekerja tetap melancarkan mogok besar-besaran.

Lech Wałęsa pada 1980.

Akhirnya pada tahun 1988, komunis mengalah dan Jaruzelski dipanggil untuk 'pemulihan berani'. Pada tahun 1989, pihak komunis dan solidarność mengadakan rundingan. Kerajaan bersetuju untuk menarik balik pengharaman parti solidarność dan dibenarkan untuk bebas bersidang. Komunis juga bersetuju Sejm (parlimen Poland) perlu sebahagian daripadanya dipilih secara demokrasi. Komunis juga akan memegang sekurang-kurangnya 65% kerusi di dewan rakyat dan baki 35% bebas diundi. Kesemua kerusi di dewan pertuanan pula bebas diundi.

Pemilihan raya berlangsung pada 4 Jun 1989. Solidarność memenangi 35% daripada kerusi di dewan rakyat dan 99% di dewan pertuanan. Ia kekalahan memalukan bagi pihak komunis. Pada Ogos 1989, Tadeusz Mazowiecki menjadi Perdana Menteri Poland. Pemerintahan komunis mula runtuh dan berakhir di Poland.

Masa kini

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990, Lech Wałęsa diundi sebagai presiden. Pada Oktober 1991, pilihan raya bebas Sejm mula diadakan. Walau bagaimanapun, kerajaan demokratik baru Poland mewarisi beberapa masalah ekonomi dari komunis. Malangnya, Poland menjalani peralihan daripada komunisme ke kapitalisme. Industri telah diswastakan dan ekonomi Poland pada hari ini semakin berkembang dan pengangguran walaupun tinggi tetapi ia semakin menurun.

Pada 1997, Poland memperoleh perlembagaan baharu. Poland mula menyertai NATO pada tahun 1999 dan Kesatuan Eropah (EU) pada 2004. Poland merupakan ahli Kumpulan Visegrád yang juga menjalankan kerjasama dalam bidang ketenteraan, ekonomi dan tenaga dengan Hungary, Republik Czech dan Slovakia untuk membentuk hubungan erat antara keempat-empat negara Eropah itu. Selain itu, Poland juga merupakan ahli Kawasan Schengen.

Pada 10 April 2010, Presiden Poland, Lech Kaczyński, bersama 89 kakitangan tertinggi Poland yang lain terlibat dalam nahas kemalangan pesawat berdekatan Smolensk, Rusia. Presiden Kaczyński bersama yang lain dalam perjalanan bagi menghadiri acara tahunan untuk memperingati mangsa pembunuhan beramai-ramai Katyn.

Poland melancarkan satelit pertamanya, PW-Sat pada 2012.

Poland ialah sebuah negara yang terletak di timur Eropah memiliki keluasan 312,679 kilometer persegi (120,726 persegi bt.) dan kebanyakannya beriklim sederhana. Secara amnya, Poland memiliki dataran tanpa penghujung bermula dari Laut Baltik di sebelah utara sehingga ke Pergunungan Karpatos di selatan. Pantai menghadap laut Baltik mempunyai dua pelabuhan semula jadi. Yang terbesar ialah di bahagian Gdańsk-Gdynia dan yang paling kecil terletak di berdekatan Szczecin. Di bahagian timur laut, terdapat 2,000 tasik di Bahagian Tasik Mazuria padat dengan hutan-hutan namun terdapat juga ramai penduduk mendiami penempatan tersebut. Di bahagian pusat Poland merupakan tanah rendah yang dibentuk oleh hakisan glasier sejak zaman ais Pleistosen.

Landskap semula jadi Poland boleh dibahagikan kepada tiga iaitu tanah rendah, tanah tinggi dan pergunungan. Di bahagian timur Poland merupakan bentuk muka bumi yang ekstrem dan mencabar manakala baki bahagian-bahagian yang lain sama seperti keadaan di Eropah Barat dari segi iklim, struktur dan bentuk tumbuh-tumbuhan.

Poland jika dibandingkan merupakan sebuah negara rendah. 91.3 peratus daripada wilayahnya merupakan berada di 300 meter di bawah paras laut. Poin tertinggi dicatat ialah Gunung Rysy yang terletak di Pergunungan Tatra (2499 m) manakala poin terendah berada di perkampungan barat Poland, Raczki Elbląskie (1.8 m di bawah paras laut).

Penempatan tertinggi di Poland ialah Gubałówka (terletak di bahagian Zakopane; 1125 m) manakala penempatan terendah ialah Żółwiniec (1.3 m di bawah paras laut). Terdapat tiga banjaran di Poland iaitu banjaran Karpatos, Sudetes dan Góry Świętokrzyskie (Pergunungan Salib Suci).

Sungan terpanjang di Poland ialah Vistula sejauh 1047 kilometer dan diikuti Oder (854 km), Warta (808 km), Bug (772 km), Narew (484 km), San (443 km), Noteć (388 km), Pilica (319 km), Wieprz (303 km) dan Bóbr (272 km).

Poland terdapat kira-kira 9,300 tasik bersama luas permukaan kira-kira 1 hektar; membuatkan tasik di Poland meliputi 1 peratus daripada wilayah Poland. Tasik terbesar di Poland ialah Śniardwy (11,383 hektar) yang terletak di Daerah Tasik Mazuria manakala tasik paling dalam ialah Hańcza (108.5 meter) yang terletak di utara Suwałki.

Alam semula jadi

[sunting | sunting sumber]

Poland merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Di Poland, terdapat 75 spesies tumbuh-tumbuhan, 39 ribu mikroorganisma atau fungi, kira-kira 2750 spesies dan subspesies tumbuhan vaskular. Serta kira-kira 33 hingga 45 ribu spesies haiwan yang terdapat di kira-kira 360 jenis ekosistem.

Disebabkan beberapa perubahan dalam persekitaran semula jadi yang disebabkan oleh pembangunan ekonomi berlaku di Poland, terdapat beberapa jenis spesies dan habitat yang telah pupus di Barat, namun masih lagi terdapat di Poland. Selain itu, perlindungan ke atas alam semula jadi merupakan tradisi lama di Poland untuk melindungi hutan purba Eropah iaitu Hutan Białowieża. Di sana, kita semua akan dapat melihat bagaimana keadaan alam semula jadi Eropah Tengah pada beberapa abad lamanya.

Haiwan terbesar di Poland ialah bison Eropah. Pada abad ke-18, bison Eropah ini hampir berada dalam kepupusan. Hanya tinggal sekawan yang mendiami Hutan Bialowieza dan Kaukasus. Pada masa kini, terdapat 250 bison hidup bebas dan berkeliaran di mana-mana di Hutan Bialowieza. Secara keseluruhan, kira-kira 600 ekor bison hidup bebas di seluruh Poland. Spesies ini juga telah membiak di beberapa negara Eropah utama. Kesemua bison yang terdapat di seluruh dunia mempunyai nenek moyang mereka di Hutan Bialowieza di Poland.

Taman negara di Poland menjadi tempat perlindungan terbesar alam semula jadi. Taman-taman negara ini melindungi kawasan yang kaya dengan nilai saintifik, alam semula jadi, budaya dan pendidikan. Terdapat satu taman negara melindungi seluruh sifat dan ciri-ciri landskap tertentu di dalam sempadannya. Tugas utama taman negara adalah untuk mengkaji dan memelihara sistem perpaduan semula jadi dalam kawasan itu dan juga untuk memulihkan elemen terganggu atau pupus yang bersifat asli. Taman ini dibuka kepada pengunjung, tetapi pemuliharaan alam semula jadi adalah matlamat utama dan mempunyai keutamaan ke atas semua aktiviti-aktiviti lain.

Terdapat 23 taman negara di Poland dengan keluasan kira-kira 780,000 ekar. Taman Negara Poland adalah yang antara luar biasa di Eropah kerana terdapat pelbagai hidupan liar, saiz dan berbeza-beza kepentingan geografi.

Poland mempunyai iklim sederhana. Ini kerana dibawa dari udara lembap Atlantik yang berlanggar dengan udara kering dari pedalaman Eurasia.

Purata suhu tahunan ialah dari 7 deg. C(44.6 F) di kawasan berbukit Pomerania dan daerah tasik Mazuria. Di tanah tinggi, suhu selalunya menjangkau ke 10 deg. C (50 F).

Bulan terpanas ialah pada bulan Julai dengan suhu purata berdiri di 17.5 deg C (63.5 F). Kawasan paling sejuk ialah di pergunungan ketika bulan Julai. (puratanya 0.6 deg. C [33 F] untuk setiap 100 meter). Kawasan paling hangat ialah di bahagian pusat Poland dengan suhu mencapai 18 deg. C (64.5 F). Januari ialah bulan tengkujuh. Udara sejuk bertiup dari timur pada Januari membuatkan bahagian timur Poland menerima angin sejuk yang kuat.

Suhu di bawah sifar direkodkan antara bulan November dan Mac. Suhu terendah pernah direkodkan di Poland ialah -41 deg. C (41.8 F) di Siedlce pada 1940. Suhu tertinggi dicatat pada +40.2 deg. C (104.5 F) di Opole pada 1921.

Purata suhu maksimum dan minimum bagi keenam-enam bandar terbesar di Poland[8]
Lokasi Julai (°C) Julai (°F) Januari (°C) Januari (°F)
Warsaw 23/13 74/55 0/−5 32/23
Kraków 24/13 75/56 1/−5 34/23
Łódź 24/14 75/57 0/−5 33/25
Wrocław 25/13 77/55 3/−4 37/25
Poznań 24/15 76/60 2/–4 36/23
Gdańsk/Gdynia 22/15 73/58 2/−3 35/26

Politik dan kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Politik Poland berdasarkan pemerintahan demokrasi. Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan sistem pelbagai-parti manakala Presiden ialah ketua negara.

Kuasa eksekutif dilatih oleh Presiden dan Kerajaan yang merangkumi majlis para menteri yang diketuai Perdana Menteri. Ahli-ahli menteri biasanya dipilih daripada pakatan majoriti di dewan rakyat Sejm (Parlimen) walaupun pengecualian atas peraturan ini adalah bukan luar biasa. Kerajaan secara rasminya akan diumum Presiden dan mesti lulus dalam usul keyakinan terhadap Sejm dalam tempoh dua minggu.

Kuasa perundangan terletak pada dua kamar parlimen, Sejm dan Senat. Ahli-ahli Sejm ddiundi oleh perwakilan berkadar bersama dengan syarat bahawa parti beretnik minoriti mesti menerima paling minima 5% daripada undian negara untuk memasuki Dewan Rakyat. Kini, lima parti mengambil bahagian. Pemilihan berlangsung kira-kira setiap empat tahun.

Presiden Poland menjadi ketua negara dan menjadi panglima tertinggi untuk Angkatan Tentera mempunyai kuasa veto untuk membenarkan undang-undang parlimen yang boleh diatasi dengan majoriti tiga perlima dan boleh membubarkan parlimen di bawah syarat-syarat tertentu; pemilihan presiden berlaku setiap lima tahun, jika tiada calon menerima undian terbanyak pada pusingan pertama, pemilihan runoff akan diadakan untuk dua calon menerima undian terbanyak.

Sistem politik di Poland berasaskan Perlembagaan Poland, yang juga menjamin kebebasan mana-mana individu. Cabang kehakiman memainkan peranan kecil dalam politik selain daripada Perlembagaan Keadilan. yang boleh membatalkan undang-undang yang melanggar kebebasan akan dijamin dalam perlembagaan.

Hubungan luar

[sunting | sunting sumber]

Sejak kebelakangan ini, Poland telah melanjutkan tanggungjawab dan kedudukannya dalam hal-hal Eropah serta menyokong dan menbuka hubungan baik dengan negara-negara Eropah dan negara-negara maju lain.

Poland banyak menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa antaranya Kesatuan Eropah, NATO, PBB, WTO, OECD, Kawasan Ekonomi Eropah, Agensi Tenaga Antarabangsa, Majlis Eropah, International Energy Agency, Majlis Eropah, Pertubuhan untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Agensi Angkasa Eropah, G6, Majlis Negara-negara Laut Baltik, Kumpulan Visegrád, Perjanjian Schengen.

Pada tahun 1994, Poland menjadi ahli bersekutu Kesatuan Eropah (EU) dan negara ini menyampaikan dokumentasi awal untuk menjadi ahli penuh pada tahun 1996. Akhirnya, Poland rasminya menyertai EU pada Mei 2004 bersama-sama ahli Kumpulan Visegrád yang lain. Pada tahun 1996, Poland memperoleh keahlian penuh OECD dan pada Kemuncak Madrid 1997, Poland telah dijemput ke Persatuan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam gelombang pertama polisi pembesaran NATO dan akhirnya, Poland menjadi ahli penuh NATO pada Mac 1999.

Sejak kejatuhan komunis pada 1989 dan pelakaran semula peta Eropah, Poland telah cuba untuk menjalinkan hubungan dengan tujuh negara jiran baharu, termasuklah menandatangani 'perjanjian persahabatan' untuk menggantikan Pakatan Warsaw yang telah dibubarkan. Poland menjalinkan hubungan istimewa dengan Ukraine[9] dengan kedua-dua negara ini mengacarakan kejohanan bola sepak UEFA Euro 2012. Walaupun negara ini banyak pembangunan positif di daerah-daerah masing-masing, Poland juga perlu mengambil langkah untuk mempertahankan hak etnik Poland yang tinggal atau menetap di negara-negara bekas Kesatuan Soviet dan contohnya di Belarus, apabila rejim Lukashenko melancarkan kempen menentang etnik minoriti Poland pada 2005.[10]

Sejak menyertai Kesatuan Eropah pada 2004, kerajaan Poland telah melaksanakan polisi untuk meningkatkan peranan negara di Eropah dan hubungan-hubungan antarabangsa lain.

Voivodeship Poland (2007)

Pembahagian pentadbiran Poland sejak tahun 1999 telah dilaksanakan berdasarkan tiga peringkat bahagian. Wilayah Poland dibahagi ke dalam voivodeships (wilayah) sebelum dibahagi lagi kepada powiat (daerah) kemudian beralih menjadi gmina (komun atau kawasan perbandaran). Bandar-bandar utama di Poland kebiasannya mempunyai status gmina dan powiat. Poland kini mempunyai 16 voivodeship, 379 powiat (termasuklah 65 bandar yang mempunyai status powiat) dan 2,479 gmina.

Sistem kini telah diperkenalkan menurut siri akta yang diluluskan oleh parlimen Poland pada tahun 1998 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 1999. Sebelum ini, (dari tahun 1975 hingga 1998) terdapat 49 voivodeship kecil dan tiada powiats (lihat butiran di Pembahagian pentadbiran Republik Rakyat Poland). Pembaharuan ini menubuhkan 16 voivodeship besar (berdasarkan nama dan kedudukan daerah-daerah dahulu) sebelum memperkenalkan semula powiat.

Sempadan voivodeship kini tidak selalu mencerminkan sempadan sejarah asal wilayah Poland. Sekitar separuh Wilayah Silesia tergolong ke dalam wilayah bersejarah Małopolska. Sama juga situasi yang berlaku sekitar kawasan Radom, yang mana dahulunya sebahagian daripada Małopolska, kini terletak di Wilayah Masovian. Juga, Wilayah Pomerania kini hanya sebahagian daripada Pomerania yang terletak di bahagian timur kawasan bersejarah itu.

Ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Angkatan Tentera Poland terbahagi kepada empat iaitu, Tentera Darat (Wojska Lądowe), Tentera Laut (Marynarka Wojenna), Tentera Udara (Siły Powietrzne) dan Tentera Istimewa (Wojska Specjalne). Semua tentera di Poland di bawah Menteri Pertahanan Poland. Walau bagaimanapun, pemegang jawatan Panglima Tertinggi ("commander-in-chief") merupakan Presiden Republik ini.

Tentera Poland terdiri daripada 65,000 kakitangan aktif manakala tentera laut dan tentera udara masing-masing mempunyai 14,300 dan 26,126 perajurit dan perempuan. Tentera Laut Poland biasanya beroperasi di Laut Baltik dan mengendalikan operasi seperti rondaan maritim, misi mencari dan menyelamat hanya bahagian Laut Baltik yang berada di bawah kedaulatan Poland serta pengukuran hidrografi dan penyelidikan. Di samping itu, Tentera Laut Poland juga memainkan peranan antarabangsa dalam serangan ke atas Iraq 2003 dengan menyediakan bantuan logistik untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Sementara itu, posisi kini Tentera Udara Poland juga hampir sama. Rutin hariannya mengambil bahagian dalam tugasan Baltic Air Policing melainkan dengan pengecualian beberapa unit yang berkhidmat di Afghanistan yang telah menyaksikan tiada pertempuran aktif semenjak Perang Dunia Kedua. Pada tahun 2003, the F-16C Block 52 telah sebagai jet pejuang pelbagai peranan baru untuk tentera udara dab penerbangan pertama berlaku pada November 2006.

Misi terpenting angkatan tentera ialah mempertahankan keutuhan wilayah Poland dan kepentingan Poland di luar negara.[11] Matlamat keselamatan utama Poland ialah untuk bersatu padu dengan NATO dan pertahanan, ekonomi dan institusi politik Eropah melalui pemodenisasi dan penyusunan semula ketenteraannya.[11]

Doktrin ketenteraan Poland mencerminkan sifat pertahanan yang sama dengan rakan kongsi NATO. Dari tahun 1953 hingga 2009, Poland merupakan penyumbang terbesar untuk pelbagai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[11][12] Tentera Poland juga sebahagian daripada tentera PBB dalam serangan ke atas Iraq 2003 dengana menempatkan 2,500 askar di selatan negara itu.

Selain itu, tentera Poland kehilangan banyak komandernya sewaktu kemalangan Tu-154 Tentera Udara Poland 2010 berdekatan Smolensk, Rusia yang telah mengorbankan kesemua 96 penumpang dan anak kapal termasuklah salah satu daripada mereka merupakan Ketua Jeneral Tetnera Poland Franciszek Gągor dan Jeneral Tentera Udara Poland, Andrzej Błasik. Mereka dalam perjalanan dari Warsaw untuk menyambut ulang tahun ke-70 pembunuhan beramai-ramai Katyn dan tempat nahas itu kira-kira 19 km (12 bt) di bahagian barat bandar Smolensk.[13][14]

Undang-undang dan perkhidmatan kecemasan

[sunting | sunting sumber]

Poland mempunyai sistem penguatkuasaan undang-undang yang sangat maju dan mempunyai sejarah pengawasan efektif yang panjang oleh "Policja". Struktur agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang ialah secara "multi-tier". Polis Perbandaran ini bertujuan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan beberapa agensi-agensi khusus yang lain, seperti Pengawal Sempadan Poland, yang bertindak untuk menyelesaikan misi yang diberikan. Selain daripada perkhidmatan kerajaan, syarikat-syarikat keselamatan swasta juga biasa, walaupun mereka tidak mempunyai sebarang kuasa yang diberikan kepada agensi-agensi kerajaan seperti sebagai contoh, kuasa untuk membuat tangkapan atau menahan suspek.

Perkhidmatan kecemasan di Poland terdiri daripada perkhidmatan perubatan, misi mencari dan menyelamat yang melibatkan unit Angkatan Tentera Poland dan Perkhidmatan Bomba Negeri. Perkhidmatan perubatan di Poland tidak seperti perkhidmatan lain yang diperuntukkan oleh kerajaan tempatan dan serantau. Sejak menyertai Kesatuan Eropah, semua perkhidmatan kecemasan Poland telah menjalani penyusunan semula yang besar dan dalam proses itu, perkhidmatan ini memperoleh sejumlah besar peralatan dan kakitangan baru.[15] .

Ekonomi Poland merupakan ekonomi terpesat di Eropah Tengah,[16][17] enam terpesat di Kesatuan Eropah (EU) dan paling terpesat antara bekas ahli sosialis Kesatuan Eropah.[18] Sejak tahun 1990, Poland telah meneruskan dasar liberalisasi ekonomi dan ekonominya adalah satu-satunya di EU yang mengelakkan kemelesetan pada era kemelesetan tahun 2008-2009. Sebelum kemelesetan pada lewat 2000an, ekonomi Poland berkembang pada kadar tahunan lebih daripada 6.0%.[19]

Peralihan Poland kepada pemasaran ekonomi bebas telah dipermudahkan melalui pembaharuan struktur dan sektor swasta yang semakin memberangsangkan. Dasar terbuka terhadap perdagangan global dan perdagangan, cukai yang kompetitif, dan sistem kawal selia yang cekap telah menggalakkan perkembangan ekonomi lebih dinamik.

Sektor perbankan Poland merupakan paling terpesat di bahagian Eropah Tengah atau Eropah Timur[20] dengan 32.3 cawangan bagi setiap 100,000 orang dewasa.[21][22] Bank-bank adalah sektor terbesar dan paling maju di pasaran kewangan negara ini. Mereka dikawal selia oleh Pihak Pengawasan Kewangan Poland.

Bahasa Poland (Język polski)

[sunting | sunting sumber]

Rakyat di Poland menggunakan bahasa Poland sebagai bahasa utama.Kebanyakan daripada rakyat Poland kurang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris.Namun demikian,golongan profesional dan segelintir golongan mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih.Bahasa Polish dikategorikan sebagai antara bahasa yang sukar untuk dikuasai.

Sejak kepulangannya sampai demokrasi, Poland dengan tegas sudah mengejar kebijakan meliberalkan ekonomi dan hari ini sikap ke luar sebagai salah satu contoh peralihan yang paling berhasil dan terbuka dari ekonomi pasar yang keadaan-kapitalis sebagian ke terutama secara pribadi bertuan pasar ekonomi.

Poland mempunyai sektor pertanian besar perkebunan pribadi, yang bisa menjadi produsen terkemuka makanan di European Union sejak Poland adalah seorang anggota.

Buatan-buatan Poland termasuk pakaian, ilmu elektronik, kereta, bus (Autosan, Jelcz SA, Solaris, Solbus), helikopter (PZL Świdnik), perlengkapan pengangkut, lokomotif, pesawat (PZL Mielec), kapal, teknik militer (termasuk tangki, sistem SPAAG), ubat (Polpharma, Polfa, dll), makanan, produk kimia dll.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Poland

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Poland

Hubungan Malaysia-Poland

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mac 2002, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad melawat negara Poland. Ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia ke Poland selepas hubungan diplomatik 10 tahun. Duta Malaysia ke Poland ialah Ng Bak Hai.

Perdana Menteri Poland ketika itu ialah Leszek Miller. Sementara Presiden Poland ialah Aleksander Kwaśniewski .Beliau pernah melawat Malaysia pada 1999.

Mahathir menyaksi peralatan ketenteraan, demonstrasi tentera laut di Gdansk dan sembahyang Jumaat di masjid Gdansk-Oliwa.

Parlimen Poland kagum dengan Malaysia kerana berjaya menyelesaikan krisis kewangan dengan cara tersendiri yang tidak konvensional.

Mahathir diiringi isterinya Siti Hasmah Mohamad Ali .Rombongan Dr Mahathir disertai oleh Menteri Luar Syed Hamid Albar, Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Rafidah Aziz dan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud. 60 ahli korporat Malaysia turut serta. Sebelum itu rombongan telah singgah di Jerman dan Rusia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pelancongan Poland

[sunting | sunting sumber]

Pemandangan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Główny Urząd Statystyczny, dane za rok 2018, stan na 01.01.2018
  2. ^ Bankier.pl, Powierzchnia Polski wzrosła o 1643 ha
  3. ^ Thompson, Wayne C. (2021). Nordic, Central, and Southeastern Europe 2020–2022. Blue Ridge Summit: Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 322. ISBN 978-1-4758-5626-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2024. Dicapai pada 24 July 2023.
  4. ^ Lehr-Spławiński, Tadeusz (1978). Język polski. Pochodzenie, powstanie, rozwój (dalam bahasa Polish). Warszawa (Warsaw): Państwowe Wydawnictwo Naukowe. m/s. 64. OCLC 4307116. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2023. Dicapai pada 24 July 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Potkański, Karol (2004) [1922]. Pisma pośmiertne. Granice plemienia Polan (dalam bahasa Polish). 1. Kraków: Polska Akademia Umiejętności. m/s. 423. ISBN 978-83-7063-411-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2023. Dicapai pada 24 July 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Buko, Andrzej (2014). Bodzia. A Late Viking-Age Elite Cemetery in Central Poland. Leiden: Brill. m/s. 36, 62. ISBN 978-90-04-28132-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2023. Dicapai pada 24 July 2023.
  7. ^ Radvanyi, Pierre; Villain, Jacques (Nov 2017). "La découverte de la radioactivité". Comptes Rendus. Physique (dalam bahasa Perancis). 18 (9–10): 548. doi:10.1016/j.crhy.2017.10.008.
  8. ^ "Poland climate information". Weatherbase. Dicapai pada 4 February 2016.
  9. ^ name="grushenko"
  10. ^ name="Bordering on madness: Belarus mistreats its Polish minority"
  11. ^ a b c name="mil"
  12. ^ name="Polska zakończyła udział w misjach po auspicjami ONZ – Wiadomości z kraju i ze świata – Gazeta Prawna – Partner pracodawcy, narzędzie specjalisty"
  13. ^ name="Accident Database"
  14. ^ name="Senior Polish figures killed in plane crash"
  15. ^ name="– 15 tys. zimowych mundurów trafi do jednostek"
  16. ^ https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/fields/2144.html
  17. ^ http://statisticstimes.com/economy/european-countries-by-gdp.php
  18. ^ Stay informed today and every day (2011-08-27). "Eastern Europe's economies: Some calm amid storms". The Economist. Dicapai pada 2014-06-01.
  19. ^ "Tapping into Polish Power". Forbes. 24 September 2007.
  20. ^ name="TWI-2011"
  21. ^ Worldbank.org, Global Financial Development Report 2014. Appendix B. Key Aspects of Financial Inclusion (PDF file, direct download). Retrieved 6 November 2014. There are 32.3 providers per 100,000 adults in Poland by IMF’s Financial Access Survey (FAS). Comparatively, in the United States there are 35.4 but in Cyprus a whopping 103.9.
  22. ^ World Bank, Financial Inclusion Data. Country Dashboard: Poland. The World Bank Group. Retrieved 6 November 2014.