[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Myeongjong dari Joseon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Myeongjong dari Joseon
朝鮮明宗
조선 명종
ميوڠجوڠ دري جوسون
Raja Joseon
Pemerintahan1545–1567
Didahului olehInjong dari Joseon
Diikuti olehSeonjo dari Joseon
Pemangku rajaPermaisuri Munjeong
(1545–1565)
Keputeraan3 Julai 1534
Kemangkatan3 Ogos 1567(1567-08-03) (umur 33)
PasanganPermaisuri Insun
AnakandaPutera Mahkota Sunhoe
Nama selepas mangkat
Raja Gongheon Heoneui Somun Gwangsuk Gyeonghyo Agung
공헌헌의소문광숙경효대왕
恭憲獻毅昭文光肅敬孝大王
Nama tokong
Myeongjeong (명종, 明宗)
KerabatJeonju Yi
AyahandaJungjong dari Joseon
BondaPermaisuri Munjeong
Myeongjong dari Joseon
Hangul명종
Hanja明宗
Perumian SemakanMyeongjong
McCune–ReischauerMyŏng-jong
Nama lahir
Hangul이환
Hanja李峘
Perumian SemakanI Hwan
McCune–ReischauerI Hwan

Myeongjong dari Joseon (Jawi: ميوڠجوڠ دري جوسون; 3 Julai 1534 – 3 Ogos 1567, memerintah 1545 – 1567) ialah raja ke-13 Dinasti Joseon Korea. Baginda ialah putera kedua Jungjong, dan ibundanya ialah Permaisuri Munjeong, yang merupakan permaisuri ketiga Jungjong.

Baginda menjadi raja pada tahun 1545 pada usia 12 tahun setelah kematian kakanda tirinya, Injong. Memandangkan baginda terlalu muda untuk memerintah kerajaan, Permaisuri Munjeong memerintah negara atas namanya.

Puak politik

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua puak politik ketika Myeongjong berkuasa; Yun Besar, diketuai oleh Yun Im, ayahanda saudara sebelah ibunda Injong,[1] dan Yun Kecil, diketuai oleh ayahanda saudara sebelah ibunda Myeongjong, Yun Won-hyeong dan Yun Wonro.[2] (Yun Im dan Yun Bersaudara ialah saudara terdekat menurut piawaian masa itu - Yun Im ialah tiga pupu Yun Bersaudara.) Yun Besar mengambil alih kuasa pada tahun 1544, ketika Injong menggantikan Jungjong; tetapi mereka gagal melenyapkan tentangan mereka, kerana Ratu Munjeong melindungi puak Yun Kecil dan pegawai pembangkang yang lain.

Setelah kemangkatan Injong pada tahun 1545, Yun Kecil menggantikan Yun Besar sebagai majoriti di istana kerajaan dan mengusir musuh mereka dengan kejam dalam Pembersihan Pujangga Keempat tahun 1545. Yun Im dihukum mati bersama banyak pengikutnya.

Kebangkitan Yun Won-hyeong

[sunting | sunting sumber]

Puak Yun Kecil terus menyerang penentang mereka. Pada tahun 1546, Yun Won-hyeong mendakwa abangnya, Yun Won-ro, yang dihukum mati beberapa hari kemudian bersama dengan pengikutnya. Tidak menghadapi tentangan daripada pemerintah, Yun Won-hyeong menjadi Menteri Personel 15 판서 pada tahun 1548, Ahli Majlis Negara Kiri pada tahun 1551 dan akhirnya Ketua Majlis Negara 영의정 pada tahun 1563.

Di sebalik pemerintahan Yun Won-hyeong yang ganas, Permaisuri Munjeong ialah seorang pentadbir yang efektif, mengagihkan tanah kepada orang biasa yang sebelumnya dimiliki oleh bangsawan. Namun, baginda tetap berkuasa walaupun raja mencapai majoriti pada usia 20 tahun.

Kemangkatan Permaisuri Munjeong

[sunting | sunting sumber]

Setelah kemangkatan Permaisuri Munjeong pada tahun 1565, raja memutuskan untuk memerintah kerajaan itu sendiri dan mengarahkan ayahanda saudaranya Yun Won-hyeong dibunuh, bersama dengan isteri keduanya[3] Jeong Nan-jeong, yang juga berkuasa kerana persahabatannya yang rapat dan menjadi adik ipar kedua kepada Permaisuri Munjeong.[4][5] Yun Won-hyeong membiarkan rasuah berkembang dalam pemerintahan; sementara kerajaannya tidak stabil, pasukan Jurchen, Jepun, dan pemberontak mengamuk sesuka hati dan mengancam pemerintah itu sendiri. Pemimpin pemberontak Im Kkeok-jeong ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1552, tetapi pencerobohan di luar tetap berterusan; Dinasti Joseon harus menggerakkan kembali tentera dan tentera lautnya untuk melindungi sempadannya.

Kemangkatan dan penggantian

[sunting | sunting sumber]

Myeongjong berusaha mereformasi pemerintahan setelah mengambil alih kekuasaannya sendiri dengan memanggil semula dan mengembalikan sarjana Sarim yang dibuang dalam pembersihan, tetapi mangkat hanya dua tahun kemudian tanpa putera.[6] Raja Seonjo, anakanda saudaranya, menaiki takhta pada 1567.

  1. Permaisuri Insun dari suku Cheongsong Shim (27 Jun 1532 - 12 Februari 1575) (인순 왕후 심씨)
    1. Yi Bu, Putera Mahkota Sunhoe (1 Julai 1551 - 6 Oktober 1563) (이부 순회 세자)
  2. Damping Mulia Diraja Gyeong dari suku Jeonui Lee (1541 - Jun 1595) (경빈 이씨)
  3. Damping Mulia Diraja Sun dari suku Jeong (? - 1592) (순빈 정씨)
  4. Damping Diraja Gwi-in dari suku Shin (귀인 신씨)
  5. Damping Diraja So-ui dari suku Shin (1533 - 1565) (소의 신씨)
  6. Damping Diraja Suk-ui dari suku Han (숙의 한씨)
  7. Damping Diraja Suk-ui dari suku Jeong (숙의 정씨)
  8. Damping Diraja Suk-ui dari suku Jeong (숙의 정씨)

Nama penuh selepas kematiannya

[sunting | sunting sumber]
  • Raja Myeongjong Gongheon Heoneui Somun Gwangsuk Gyeonghyo Agung Korea
  • 명종공헌헌의소문광숙경효대왕
  • 明宗恭憲獻毅昭文光肅敬孝大王
  • راج ميوڠجوڠ ڬوڠهون هونوي سومون ڬواڠسوق ڬيوڠهيو اڬوڠ كوريا
[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Yun Im ialah abang kepada Permaisuri Janggyeong (ibu Injong).
  2. ^ Mereka ialah abang Permaisuri Munjeong.
  3. ^ Pada asalnya gundiknya, Chung Nanjung menyebabkan isteri pertamanya, Puan Besar Kim, diracun hingga mati.
  4. ^ Dia menjadi diktator; kekuatan sebenar di sebalik tabir pemangkuan Permaisuri Munjeong.
  5. ^ Sebenarnya, Jeong Nan-jeong bunuh diri sebagai kesan domino dari musibah: kematian Permaisuri Munjeong, dan hilangnya kawalan pemerintah.
  6. ^ Putera tunggalnya, Putera Mahkota, mangkat dunia 4 tahun sebelum kemangkatannya sendiri.

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]
Myeongjong dari Joseon
Tarikh keputeraan: 1534 Tarikh kemangkatan: 1567
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Injong
Raja Joseon
1545–1567
bersama Permaisuri Munjeong (1545–1565)
Diikuti oleh:
Seonjo