[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Heonjong dari Joseon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heonjong dari Joseon
朝鮮憲宗
조선 헌종
هونجوڠ دري جوسون
Raja Joseon
Pemerintahan18 Disember 1834 - 25 Julai 1849
Didahului olehSunjo dari Joseon
Diikuti olehCheoljong dari Joseon
Keputeraan(1827-09-08)8 September 1827
Gyeongchunjeon, Istana Changdeok, Seoul, Joseon Korea
Kemangkatan25 Julai 1849(1849-07-25) (umur 21)
Junghuidang, Istana Changdeok, Seoul, Joseon Korea
PemakamanGyeongneung, Guri, Korea Selatan
PasanganPermaisuri Hyohyeon
Permaisuri Hyojeong
AnakandaAnak perempuan tanpa nama
Nama selepas mangkat
헌종경문위무명인철효대왕 憲宗經文緯武明仁哲孝大王
KerabatWangsa Yi
AyahandaMunjo dari Joseon
BondaPermaisuri Sinjeong
Heonjong dari Joseon
Hangul헌종
Hanja憲宗
Perumian SemakanHeonjong
McCune–ReischauerHŏnjong
Nama pena
Hangul원헌
Hanja元軒
Perumian SemakanWonheon
McCune–ReischauerWŏnhŏn
Nama lahir
Hangul이환
Hanja李烉
Perumian SemakanI Hwan
McCune–ReischauerI Hwan
Nama sopan
Hangul문응
Hanja文應
Perumian SemakanMuneung
McCune–ReischauerMunŭng

Heonjong dari Joseon (8 September 1827 - 25 Julai 1849; Jawi: هونجوڠ دري جوسون) ialah raja ke-24 Dinasti Joseon Korea. Baginda ialah cucu Sunjo. Ayahandanya ialah Putera Mahkota Hyomyeong (nama selepas mangkatnya ialah Munjo dari Joseon), yang mangkat pada usia 20 tahun iaitu sebelum menjadi raja dan ibundanya adalah Permaisuri Sinjeong dari suku Jo dari Pungyang. Heonjong dilahirkan tiga tahun sebelum kematian Hyomyeong.

Yi Hwan diputerakan oleh Puteri Mahkota Jo dan Putera Mahkota Hyomyeong pada 8 September 1827 di Gyeongchunjeon (경춘전, 景春殿) di dalam Istana Changdeok. Dikatakan bahawa ketika sehari sebelum baginda diputerakan, ibunda baginda bermimpi memberikan anakandanya sebuah kotak berisi pohon yang diukir dengan batu jed, dan pada hari keputeraannya, sekumpulan burung jenjang terbang dari ruang depan dan berkeliaran lama. Baginda dan yang lain menganggapnya pelik.[1] Heonjong yang muda naik takhta pada tahun 1834 semasa berusia 7 tahun setelah nendanya, Raja Sunjo, mangkat. Sama seperti Raja Sunjo, Heonjong menaiki takhta pada usia muda dan nenda perempuannya, Permaisuri Sunwon pula menjadi pemangku. Walaupun Raja Heonjong naik takhta, baginda tidak memiliki kuasa politik terhadap Joseon. Ketika Heonjong mencapai usia dewasa, Permaisuri Sunwon enggan melepaskan kuasanya. Pada tahun 1840, penguasaan kerajaan kemudian diserahkan kepada suku Kim dari Andong, keluarga nendanya Permaisuri Sunwon, beikutan penganiayaan Gihae anti-Katolik pada tahun 1839.

Raja Heonjong mangkat setelah memerintah selama 15 tahun pada tahun 1849 pada usia 21 tahun. Baginda dimakamkan di makam Gyeongneung di dalam Kluster Makam Donggureung di Seoul, di mana beberapa orang raja dan permaisuri dari Dinasti Joseon dikebumikan, bersama Permaisuri Hyohyeon dan Permaisuri Hyojeong.[2] Apabila Raja Heonjong mangkat tanpa pewaris, takhta diturunkan kepada keturunan Raja Yeongjo yang seterusnya, Raja Cheoljong.

Seperti kebiasaan dengan Sejarah Dinasti Joseon, catatan pemerintahan Heonjong disusun setelah kemangkatannya, pada tahun 1851. Penyusunan babad16 jilid ini diselia oleh Jo In-yeong, bapa saudara ibundanya.

Nama penuh selepas kemangkatan

[sunting | sunting sumber]
  • Raja Heonjong Jangsuk Chegeon Gyegeuk Jungjeong Gwangdae Jiseong Gwangdeok Hongun Janghwa Gyungmun Wimu Myeongin Cheolhyo Agung Korea
  • 헌종장숙체건계극중정광대지성광덕홍운장화경문위무명인철효대왕
  • 獻宗莊肅體健繼極中正光大至聖廣德弘運章化經文緯武明仁哲孝大王

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ 헌종 대왕 행장(行狀)
  2. ^ "Donggureung Tombs, Gyeonggi, South Korea - 동구릉 (東九陵), 경기 구리시". Asian Historical Architecture. Dicapai pada 2 September 2013.
Heonjong dari Joseon
Tarikh keputeraan: 8 September 1827 Tarikh kemangkatan: 25 Julai 1849
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sunjo
Raja Joseon
1834–1849
bersama Permaisuri Sunwon (1834–1841)
Diikuti oleh:
Cheoljong