[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Cheoljong dari Joseon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cheoljong
철종
哲宗
Potret Raja Cheoljong (Khazanah #1492)
Dilukis pada tahun 1861[1], ini adalah satu-satunya potret diraja yang masih selamat yang menggambarkan penampilan fizikal Raja Cheoljong, serta pakaian ketenteraan diraja era Joseon; sebahagiannya rosak semasa Kebakaran Kedua Yongdusan, Busan pada awal pagi 26 Disember 1954[2]
Raja Joseon
Pemerintahan1849–1864
Didahului olehHeonjong dari Joseon
Diikuti olehGojong dari Joseon
Keputeraan(1831-07-25)25 Julai 1831
Kejiranan Hyanggyo-dong, Daerah Gyeonghaeng-bang, Hanseong, Kerajaan Joseon
Kemangkatan16 Januari 1864(1864-01-16) (umur 32)
Balai Daejojeon[3][4], Istana Changdeokgung, Kerajaan Joseon
PemakamanMakam Diraja Yereung[5], Kluster Seosamneung, Goyang, Wilayah Gyeonggi
PasanganPermaisuri Cheor'in
AyahandaPutera Besar Dalaman Jeon'gye
BondaPuteri Damping Besar Dalaman Yongseong [ko]
Cheoljong dari Joseon
Hangul
Hanja
Perumian SemakanCheoljong
McCune–ReischauerCh'ŏlchong
Nama pena
Hangul
Hanja
Perumian SemakanDaeyongjae
McCune–ReischauerTaeyongchae
Nama lahir
Hangul
Hanja
Perumian SemakanYi Wonbeom
McCune–ReischauerYi Wŏnpŏm
Nama sopan
Hangul
Hanja
Perumian SemakanDoseung
McCune–ReischauerTosŭng
Nama tabu
Hangul
Hanja
Perumian SemakanYi Byeon
McCune–ReischauerYi Pyŏn

Cheoljong dari Joseon (25 Julai 1831 - 16 Januari 1864) ialah raja ke-25 dari Dinasti Joseon Korea. Baginda adalah sepupu kedua kepada Heonjong dari Joseon, dan juga cucu Yeongjo dari Joseon.[6]

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Baginda putera ke-3 dan bongsu kepada Yi Gwang, Putera Jeon'gye-gun (yang mangkat pada 14 Disember 1841), dan gundik pertamanya Puan Besar Yeom, di Ganghwa[7] Nama baginda pada asalnya Yi Won-beom (이원범), tetapi setelah menaiki takhta namanya diubah secara sah menjadi Yi Byeon (이변) (atau Seong[8]).

Pada tahun 1841, tahun ke-10 pemerintahan Raja Heonjong, Min Jin-yong (daripada puak Noron), Lee Won-deok, Park Sun-su dan yang lainnya berusaha mencari kesempatan terhadap Heonjong yang ketiadaan waris, dan secara diam-diam melakukan pemberontakan untuk menobatkan Yi Won-gyeong, anak sulung Yi Gwang dan satu-satunya anak sah taraf, sebagai raja berikutnya. Namun, rancangan pemberontakan Min Jin-yong terbongkar dan dihukum bunuh dengan Yi Won-gyeong. Disebabkan bersalah kerana mempunyai pertalian, saudara tiri Yi Won-gyeong iaitu Yi Gyeong-eung dan Yi Won-beom diusir ke Ganghwa.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Cheoljong naik takhta pada tahun 1849 pada usia 19 tahun setelah Raja Heonjong mangkat tanpa pewaris. Sebagai saudara jauh kedua-dua raja yang baru mangkat dan juga keturunan Raja Yeongjo, Cheoljong dipilih untuk dijadikan anak angkat oleh Permaisuri Balu Besar (balu Raja Sunjo) pada waktu itu untuk membolehkannya naik takhta. Cheoljong dijumpai di Pulau Ganghwa tempat keluarganya berada dalam pengasingan sejak Penganiayaan Katolik 1801.

Apabila utusan (dikirim untuk mencari bakal raja itu) tiba di Pulau Ganghwa, mereka mendapati sisa-sisa suku kerabat diraja yang diasingkan itu hampir tidak dapat bertahan hidup dalam kemiskinan, dan di tengah-tengah kemerosotan itu, Yi Won-beom yang berusia 19 tahun ketika ity, diisytiharkan sebagai Raja. Walaupun sejak awal pemerintahan Korea, Dinasti Joseon mengutamakan pendidikan putera-putera mereka, Cheoljong langsung tidak tahu membaca setiap perkataan dalam pemberitahuan yang mengucapkan tahniah kepadanya itu atas kenaikannya ke takhta kerajaan.[9]

Bagi suku Kim dari Andong, Cheoljong adalah pilihan yang sangat baik. Buta hurufnya membuatnya senang dimanipulasi mereka. Akibatnya, walaupun Cheoljong memerintah negara itu selama 13 tahun, hingga hari-hari terakhirnya juga baginda masih belum arif tentang cara bergerak atau mengenakan pakaian diraja, sehinggakan apabila baginda berjubah yang paling gah tetap membuatkan baginda kelihatan seperti seorang nelayan.[9]

Cheoljong mangkat pada usia 32 tahun pada 16 Januari 1864 (disyaki disebabkan oleh suku Kim Andong, suku yang sama yang menjadikannya raja), tanpa ada waris lelaki yang hidup. Sekali lagi, Josoen perlu mencari keturunan Wangsa Yi untuk menjadi calon ke takhta.

  • Nama Panggilan: Putera Penebang Kayu Pulau Ganghwa (강화도령)

Gelaran diraja

[sunting | sunting sumber]
  • 27[10] –28 Julai 1849: Putera Deokwan (덕완군 德完君)
  • 28 Julai 1849[11] - 16 Januari 1864: Raja Joseon (조선 국왕 朝鮮國王)

Gelaran anumerta

[sunting | sunting sumber]
  • Dinasti Joseon
    • Gelaran rasmi penuh: Raja Cheoljong[12] Huiryun Jeonggeuk Sudeok Sunseong[13] Munhyeon Museong Heon'in Yeonghyo Agung of Joseon (철종희륜정극수덕순성문현무성헌인영효대왕 哲宗熙倫正極粹德純聖文顯武成獻仁英孝大王)
    • Gelaran tidak rasmi pendek: Raja Cheoljong Agung (철종대왕 哲宗大王)
    • Gelaran kurniaan Dinasti Qing: Raja Zhōngjìng(忠敬王 충경왕 King Chunggyeong)[14]
  • Empayar Korea
    • Gelaran rasmi penuh: Maharaja Cheoljong Huiryun Jeonggeuk Sudeok Sunseong Heummyeong Gwangdo Don'won Changhwa[15] Munhyeon Museong Heon'in Yeonghyo Jang[16] Empayar Korea (철종희륜정극수덕순성흠명광도돈원창화문현무성헌인영효장황제 哲宗熙倫正極粹德純聖欽明光道敦元彰化文顯武成獻仁英孝章皇帝)
    • Gelaran tidak rasmi pendek: Maharaja Cheoljong Jang (철종장황제 哲宗章皇帝)

Keturunan

[sunting | sunting sumber]


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ 조선왕조실록 철종실록 13권, 1861년 음력 3월 22일 1번째기사 (Sejarah Dinasti Joseon, Sejarah Raja Cheoljong, jld. 13, 01 Mei 1861, bab 1) Teks "予三十一歲真" yang tertulis di sebelah kanan atas diterjemahkan menjadi "Potret beta pada usia 31", dan juga gelaran era Joseon Raja Cheoljong ditambahkan selepas kematian.
  2. ^ Semasa "Kebakaran Kedua Yongdusan", kira-kira 3,400 buah artifak bersejarah yang disimpan untuk dijaga kerana Perang Korea telah diletakkan di kampung kecil di Dusun Panjachon, Kejiranan Donggwang-dong, Busan: termasuk 46 (kemudian 48) potret diraja yang sebelumnya diabadikan di Balai Seonwonjeon Baru (신선원전) Istana Changdeokgung, dikatalog dalam 1935 inventori (선원전영정수개등록 璿源殿影幀修改謄錄 Seonwonjeon Yeongjeong Sugae Deungnok). Artifak yang masih selamat kini dalam koleksi Muzium Istana Negara Korea: dua barang yang rosak teruk (accession numbers 창덕27560 & 창덕27561) dikenal pasti sebagai potret diraja Raja Cheoljong kerana gelaran anumerta era Joseon tertulis di sebelah kanan; inventori tahun 1935 menyenaraikan 4 potret diraja Raja Cheoljong, termasuk potret 1861 yang masih selamat yang digunakan dalam rencana ini.
  3. ^ 조선왕조실록 철종실록 15권, 1864년 음력 12월 8일 8번째기사 (Sejarah Dinasti Joseon, Sejarah Raja Cheoljong, jld. 15, 16 Januari 1864, bab 8)
  4. ^ Ibid. 고종실록 1권, 1864년 음력 12월 8일 1번째기사 (Ibid. Sejarah Raja Gojong, jld. 1, 16 Januari 1864, bab 1)
  5. ^ Ibid. 1권, 1864년 음력 4월 7일 1번째기사 (Ibid. jld. 1, 12 Mei 1864, bab 1)
  6. ^ Neff, Robert (4 January 2013). "Child kings". Korea Times. Dicapai pada 25 March 2013.
  7. ^ 조선왕조실록 헌종실록 16권, 1849년 음력 6월 6일 14번째기사 (Annals of the Joseon Dynasty, Annals of King Heonjong, vol. 16, 25 July 1849, entry 14)
  8. ^ Cheoljong of Joseon#Hanja name
  9. ^ a b "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-17. Dicapai pada 2007-02-19.CS1 maint: archived copy as title (link)
  10. ^ Ibid. 헌종실록 16권, 1849년 음력 6월 8일 1번째기사 (Ibid. Annals of King Heonjong, vol. 16, 27 July 1849, entry 1)
  11. ^ Ibid. 철종실록 1권, 1849년 음력 6월 9일 1번째기사 (Ibid. Annals of King Cheoljong, vol. 1, 28 July 1849, entry 1)
  12. ^ Ibid. 고종실록 1권, 1864년 음력 4월 7일 3번째기사 (Ibid. Annals of King Gojong, vol. 1, 12 May 1864, entry 3)
  13. ^ Ibid. 철종실록 15권, 1863년 을력 6월 1일 6번째기사 (Ibid. Annals of King cheoljong, vol. 15, 16 July 1863, entry 6)
  14. ^ Purged by Emperor Sunjong upon the posthumous upgrade to "Emperor" status.
  15. ^ 조선왕조실록 고종실록 3권, 1866년 음력 2월 16일 5번째기사 (Annals of the Joseon Dynasty, Annals of King Gojong, vol. 3, 02 March 1866, entry 5)
  16. ^ Ibid. 순종실록 2권, 1908년 7월 30일 1번째기사 (Ibid. Annals of Emperor Sunjong, vol. 2, 30 July 1908, entry 1)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Byeon Tae-seop (변태섭) (1999). 韓國史通論 (Hanguksa tongnon) (Outline of Korean history), 4th ed. ISBN 89-445-9101-6.Byeon Tae-seop (변태섭) (1999). 韓國史通論 (Hanguksa tongnon) (Outline of Korean history), 4th ed. ISBN 89-445-9101-6. Byeon Tae-seop (변태섭) (1999). 韓國史通論 (Hanguksa tongnon) (Outline of Korean history), 4th ed. ISBN 89-445-9101-6.
  • Cummings, Bruce. (1997). Tempat Korea di Matahari: Sejarah Moden. New York.ISBN 0-393-04011-9ISBN 0-393-04011-9
Cheoljong dari Joseon
Tarikh keputeraan: 25 Julai 1831 Tarikh kemangkatan: 16 Januari 1864
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Heonjong
Raja Joseon
1849–1864
bersama Permaisuri Sunwon (1849–1852)
Diikuti oleh:
Gojong