[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Rantau PAL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rantau PAL atau PAL region ialah sebuah kawasan publikasi permainan video yang terdiri daripada negara-negara seperti Australia, New Zealand dan kawasan Eropah yang lain. Kebanyakan judul-judul permainan video daripada kawasan-kawasan tersebut tidak akan mampu dimainkan pada kawasan konsol NTSC-U/C atau NTSC-J disebabkan sekat masuk serantau. Meskipun ini adalah kejadian yang paling kerap berlaku, sesetengah judul Xbox dan Xbox 360 adalah dikodkan bebas, kerana polisi Microsoft ialah ditentukan oleh penerbitnya. Konsol kecil Nintendo adalah bebas daripada sekatan serantau, namun konsol mereka tetap disekat. Judul permainan video Blu-ray PlayStation 3 adalah bebas daripada sekatan. Namun ada kritikan akan penyesuaian sistem PAL oleh beberapa syarikat permainan video, dengan kes Virtual Console oleh Nintendo menjadi perhatian dimana mod kelajuan main 50 Hz dipersembahkan berbanding 60 Hz yang sepatutnya.[1]

Rantau keluaran

[sunting | sunting sumber]

Ruang lingkup rantau PAL berbeza mengikut sistem dan penerbit. Negara-negara berikut biasanya termasuk dalam keluaran rantau PAL:

Bagaimanapun, negara-negara lain di Timur Tengah, Afrika dan Eropah boleh juga termasuk dalam rantau ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "PAL Virtual Console games slow and bordered - VideoGamer.com". videogamer.com.