Persekutuan Hoki Antarabangsa
"FIH" melencong ke sini. "FIH" juga ialah kod lapangan terbang IATA bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kinshasa.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | FIH |
Jenis/bentuk sah | Persekutuan sukan |
Keanggotaan | 127 ahli persekutuan |
Anggota bagi | Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas |
Tapak web | http://worldhockey.org/ |
Sejarah | |
Dibentuk | 7 Januari 1924 |
Pengurusan | |
Presiden | Leandro Negre |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Lausanne, Switzerland |
Koordinat | 46°32′N 6°38′E |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
Persekutuan Hoki Antarabangsa (Fédération Internationale de Hockey sur Gazon, atau FIH) adalah organisasi sukan antarabangsa untuk sukan hoki, atau juga dikenali dengan nama hoki padang di sesetengah negara.
FIH telah ditubuhkan pada 7 Januari 1924 di Paris oleh Paul Léautey yang juga sebagai presiden pertama sebagai tindak balas kepada penyingkiran sukan hoki daripada program Sukan Olimpik 1924. Ketika itu, hanya tujuh negara yang terlibat dalam mengasaskan badan sukan antarabangsa tersebut. Tujuh negara itu adalah Austria, Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Hungary, Sepanyol dan Switzerland. Kemudian FIH berkembang untuk mendapat ramai keahlian dan mencapai pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1982, FIH bergabung dengan IFWHA (Persekutuan Hoki Wanita Antarabangsa), yang telah diasaskan pada tahun 1927 oleh Australia, Denmark, England, Ireland, Scotland, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Wales.
Pertubuhan ini berpusat di Lausanne semenjak 2005, selepas berpindah dari Brussel. Presiden terkini adalah Leandro Negre dari Sepanyol, yang telah dipilih pada 29 November 2008 di Los Angeles, California.[1]
Ahli-ahli persatuan
[sunting | sunting sumber]FIH terdiri daripada lima persatuan kebenuaan dan 127 ahli persatuan, di dalam kerjasama untuk mempromosi dan membangunkan sukan berkenaan. Secara geografinya, terdapat 17 dari Afrika, 30 dari Asia, 45 dari Eropah, 9 dari Oceania dan 26 dari Benua Amerika.
Pertandingan
[sunting | sunting sumber]Selaras dengan hoki sebagai salah satu sukan yang dimainkan di Sukan Olimpik, terdapat pelbagai kejohanan yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Antaranya ialah:
- Sukan Olimpik dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
- Hoki Kelayakan Sukan Olimpik
- Hoki Piala Dunia
- Hoki Kelayakan Piala Dunia
- Hoki Piala Dunia Remaja
- Hoki Liga Dunia
- Hoki Trofi Juara-Juara
- Cabaran Juara-Juara I
- Cabaran Juara-Juara II
Selain itu juga terdapat kejohanan jemputan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia. Kejohanan tersebut adalah:
Kedua-dua kejohanan ini dianjurkan setiap tahun di dua lokasi yang berbeza di mana kejohanan Piala Sultan Azlan Shah berlangsung di Ipoh dan kejohanan Piala Sultan Johor dianjurkan di Johor Bahru.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Seperti bola sepak, terdapat dua anugerah hoki yang diberikan secara tahun dari 1998, lelaki dan wanita. Dari 2001, dua anugerah lagi diperkenalkan untuk para pemain hoki junior (under-21) bagi lelaki dan wanita, dinamakan Lelaki Remaja dan Wanita Remaja.
Tahun | Lelaki | Wanita | Lelaki Remaja | Wanita Remaja |
---|---|---|---|---|
1998 | Stephan Veen | Alyson Annan | ||
1999 | Jay Stacy | Natascha Keller | ||
2000 | Stephan Veen | Alyson Annan | ||
2001 | Florian Kunz | Luciana Aymar | Tibor Weißenborn | Angie Skirving |
2002 | Michael Green | Cecilia Rognoni | Jamie Dwyer | Agustina García |
2003 | Teun de Nooijer | Mijntje Donners | Grant Schubert | Maartje Scheepstra |
2004 | Jamie Dwyer | Luciana Aymar | Santi Freixa | Agustina García |
2005 | Teun de Nooijer | Luciana Aymar | Robert van der Horst | Maartje Goderie |
2006 | Teun de Nooijer | Minke Booij | Christopher Zeller | Park Mi-hyun |
2007 | Jamie Dwyer | Luciana Aymar | Mark Knowles | Maike Stoickel |
2008 | Pol Amat | Luciana Aymar | Eddie Ockenden | Maartje Paumen |
Ranking dunia
[sunting | sunting sumber]Ranking dunia digunakan untuk menilai kekuatan sesebuah pasukan hoki untuk kejohanan hoki antarabangsa. Kutipan mata dipungut berdasarkan kedudukan pasukan yang bertanding di dalam sesebuah kejohanan.
Senarai di bawah merupakan kejohanan-kejohanan yang terlibat di dalam pengiraan mata:
- Sukan Olimpik
- Piala Dunia
- Trofi Juara-Juara
- Cabaran Juara-Juara I
- Cabaran Juara-Juara II
- Liga Dunia
- Kejohanan Benua
Jika kejohanan utama mempunyai satu pertandingan kelayakan, keputusannya nanti akan digunakan di dalam menentukan kedudukan:
- 25 peratus dari jumlah mata di dalam tahun satu
- 50 peratus dari jumlah mata di dalam tahun dua
- 75 peratus dari jumlah mata di dalam tahun tiga
- 100 peratus dari jumlah mata di dalam tahun empat
- Kejohanan kebenuaan akan berdasarkan kepada kedudukan akhir
Bagi kejohanan untuk setiap benua, oleh kerana zon Asia, zon Eropah dan zon Oceania mempunyai piawaian pertandingan yang lebih tinggi serta saingan yang lebih kompetetif, mereka dianugerahkan 500 mata bagi tempat pertama berbanding zon Afrika dan zon Amerika yang mana hanya kedua-dua benua ini hanya dianugerahkan 375 mata bagi tempat pertama.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Ranking Hoki Dunia (Tahun)
- Kedudukan Dunia FIH (Semasa)
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "Leandro Negre elected as FIH President". FIH. 2008-11-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-04. Dicapai pada 2008-12-04.
- ^ a b Adherent members in International Hockey Federation
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]