[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Peluru berpandu udara ke udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
F-14 Tomcat melancarkan peluru berpandu udara ke udara jarak jauh AIM-54 Phoenix. Foto ihsan Angkatan Atlantik, Tentera Laut A.S
Sebuah peluru berpandu moden IRIS-T yang digunakan oleh Tentera Udara Jerman.
Peluru berpandu AIM-132 ASRAAM pada pesawat Eurofighter Typhoon milik Tentera Udara Diraja British.

Peluru berpandu udara ke udara merupakan sebuah peluru berpandu panduan yang ditembak dari pesawat tentera untuk memusnahkan pesawat yang lain. Peluru jenis ini biasanya digerakkan oleh satu atau lebih motor roket, dengan menggunakan bahan api pepejal atau bahan api cecair. Enjin pendorong jet seperti yang digunakan pada peluru berpandu MBDA Meteor (kini dalam tahap pembangunan), merupakan sistem pendorongan yang muncul bagi membolehkan peluru berpandu jarak sederhana untuk mengekalkan kelajuan purata yang tinggi semasa merentasi lingkungan pertempurannnya.

Peluru berpandu udara ke udara biasanya dikelaskan berdasarkan jarak dekat, yang juga dipanggil "pertempuran jarak dekat" (dogfight) atau "dalam lingkungan jarak penglihatan", jarak sederhana dan jarak jauh atau peluru berpandu jarak melangkaui penglihatan. Peluru berpandu jarak dekat lebih cenderung menggunakan panduan inframerah, sementara jarak sederhana dan jarak jauh bergantung kepada beberapa jenis panduan radar (dan kadang kala panduan inersia).


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]