Syazuwan Hassan
Syazuwan Hassan | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Syazuwan bin Hassan 17 April 1990 |
Nama lain | Syazuwan DFKL |
Pendidikan | Diploma Komunikasi dan Pengajian Media |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UITM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, pemuzik |
Tahun aktif | 2014–kini |
Ketinggian | 1.9 m (6 ka 3 in) |
Muhammad Syazuwan Hassan[1] (lahir 17 April 1990) merupakan seorang pelakon, model, pelawak, penari, pengacara dan pemuzik Malaysia.[2] Syazuwan memulakan kerjaya awal sebagai ahli pemain bes kumpulan rock indie Julie Goes Overseas. Bakat beliau mula dicungkil melalui Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) dan menjadi finalis.[3] Syazuwan terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Sein Dan Luna (2016), Cik Serba Tahu (2017), Cinta Fatamorgana (2018) dan Dia Menantu Rahsia (2019).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Syazuwan dilahirkan pada 17 April 1990 di Shah Alam, Selangor. Beliau berkelulusan dalam Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan merupkan anak ketiga dari lima beradik, mempunyai dua abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.[4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Syazuwan memulakan kerjaya hiburan dengan menyertai pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016)[5] dan berjaya menjadi salah seorang finalis sekaligus diperkenalkan sebagai salah seorang pelapis baharu dalam bidang lakonan bersama-sama Nafiz Muaz, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan indah Emeerlda.[6]
Beliau pernah menganggotai kumpulan muzik bebas (indie) bersama tiga lagi ahli bernama Rassadan sebelum itu kumpulan ini pernah dinamakan Julie Goes Overseas. Didalam kumpulan ini, beliau merupakan pemain bes. Beliau juga pernah menjadi pengurus artis kepada pelakon Adi Putra sehingga dilamar masuk pertandingan DFKL. Drama Sein Dan Luna lakonan beliau telah menarik minat peminat drama terhadap beliau.[7] Beliau juga pernah muncul dalam iklan KFC Double Down Maxx dan KFC Chewy Cheese Commercial dan Klik Dengan Bijak. Syazuwan pernah membintangi sebuah drama mini terbitan Pusat Beli-belah The Mines bertajuk 'Terjatuh in Love' pada tahun 2014 bersama Tash Yong.[8]
Selain itu, beliau pernah menjadi pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3 bersama Ain Edruce. Dari 13 April 2018 hingga 22 Mei 2018, Syazuwan memegang watak sebagai Huzair dalam siri drama waktu perdana, Cinta Fatamorgana yang bersiaran di Slot Akasia TV3, drama ini turut dibintangi oleh Azar Azmi sebagai Wildad dan Aeril Zafrel sebagai Rifqi.[9]
Syazuwan memulakan kerjaya filemnya dengan membintangi filem sulungnya, Pulang arahan Kabir Bhatia, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.[10]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Pulang | Cikgu Hassan | Filem pertama |
2022 | The Disappearance of Irdina Adhwa | Daniel Farhan | |
Seratus | Penampilan khas |
Drama
[sunting | sunting sumber]Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Luna Elvira | Fattah Azim | TV9 |
2017 | Cik Misi | Farish | |
Isteriku Cikguku | Cikgu Ahmad | TV3 | |
Bawaku Ke Syurga | Farouk | TV9 | |
2018 | Menantu Nista | Armin | TV3 |
Diari Abah | Zarif | ||
2019 | 14 Hari | Eddie | |
Cassandra | Luqman | ||
Ayyad Aisyah | Suhaimi | ||
Syawal Untuk Semah | Fazreen | ||
Bisu | Nazim | ||
2020 | Jihad Ramadhan | Fuad | |
2021 | Aku Bukan Malaikat | Mahmud Din | TV1 |
Raya Hampir Tak Jadi | Angah | TV3 | |
2022 | Jeriji Patin | Rizal | |
2023 | Cik Diva Balik Kampung | Fahri |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | MBuzz | Pengacara | TV3 | Beliau mengacarakannya bersama Ain Edruce |
2017 | Perang Bibir | Peserta | TV9 | Juara Episod 8 bersama Raja Afiq (yang dicabar oleh Juara Minggu 7 iaitu Reen Rahim) dan Adeline Tsen. Akan ke pusingan separuh akhir 3 bersaing dengan Reen Rahim, juara minggu 7 dan Ryzal Jaafar, juara wildcard. Malangnya tidak dapat ke peringkat akhir kerana telah dikalahkan oleh Ryzal. |
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL) | Penari | TV3 | Melakukan persembahan tarian (pembukaan) bersama Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Mawar Rashid, Jaja Iliyes, Izzue Islam, Mimi Lana dan Azira Shafinaz. | |
Ketuk-Ketuk Ramadhan | Artis Jemputan | TV1 | muncul di episod 15 Jun 2017. | |
Bila Bujang Masuk Dapur | Pengacara | TV9 | bergandingan dengan Syafiq Kyle di musim 4 | |
2018 | Anugerah Juara Lagu ke-32 | Artis Jemputan | TV3 | menjadi watak teman lelaki kepada Wany Hasrita dalam persembahannya menerusi lagu "Menahan Rindu". |
I Can See Your Voice Malaysia | ntv7 | Menjadi penyiasat jemputan bersama Jaja Iliyes disamping penyiasat tetap - Jihan Muse, Seelan Paul dan Mark Adam (Episod 2-11 Ogos 2018). Penyanyi Jemputan adalah Ayda Jebat. | ||
2020 | Studio Drama Sangat | TV3 | menjadi artis jemputan bersama Ayda Jebat, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Niezam Zaidi, Fatin Afeefa untuk mempromosikan drama Cindai (11/1/2020) | |
menjadi artis jemputan bersama Nadia Brian, Sweet Qismina, Fimie Don, Balkish Semundur Khan dan Raja Atiqullah untuk mempromosikan drama Titian Takdir (18/1/2020) | ||||
Pesan Makan | sebagai tetamu chef Paris' Yaacob Scammer' untuk episod 25 April 2020 | |||
By The Sea | selebriti jemputan bersama Riena Diana |
Iklan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Iklan |
---|---|
2015 | KFC Double Down Maxx |
KFC Chewy Cheese Combo | |
2016 | Klik Dengan Bijak |
2017 | Nescafe Blend & Brew |
Penajaan
[sunting | sunting sumber]- DFKL 2018 bersama Pauline Tan
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) | — | Penerima |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Artis Baru Meletop (Ops Cinta Din Sardin) | Pencalonan awal |
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 | Selfie Pilihan | Top 5
| |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Lelaki Popular | Tercalon | |
2020 | Gempak Most Wanted 2020 | Artis Bujang Tergempak | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Biodata Syazuwan Hassan azhan.co (7 November 2016). Dicapai pada 7 November 2016.
- ^ Najiy Jefri (9 Januari 2021). Syazuwan mahu bersih kontroversi Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2021.
- ^ Zulqarnain Abu Hassan (1 Julai 2018). Sikit pun tak terkilan: Syazuwan Hassan Sinar Harian. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
- ^ Norhayati Nordin (1 Mei 2018). Usaha sendiri, bukan ‘anak emas’ Harian Metro. Diperoleh pada 6 Mei 2018.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Disember 2016). "Risau penerimaan peminat". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Nurul Fadila Awaludin (9 Jun 2017). "Harapan wajah baharu penghias televisyen". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (13 Mei 2018). Syazuwan ‘anak emas’ TV3 Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (18 April 2016). "Teroka bakat dalam diri". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Kisah cinta yang dikorbankan Diarkibkan 2018-06-23 di Wayback Machine Kosmo! (22 April 2018). Dicapai pada 1 Mei 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
- ^ New acts on the block: Syazuwan Hassan and Mimi Lana, join a growing number of Malaysian talents New Straits Times (4 Januari 2017). Dicapai pada 13 Mac 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1990
- Orang hidup
- Orang dari Shah Alam
- Orang dari Selangor
- Pelakon lelaki Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Alumni Drama Festival Kuala Lumpur
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Muslim Malaysia