Syafiq Kyle
Syafiq Kyle | |
---|---|
شفيق کائل | |
Kelahiran | Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak 24 Jun 1992 |
Pendidikan | Diploma Komunikasi dan Media |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, penerbit |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 1.76 m (5 ka 9 in) |
Ibu | Rohaya Sulaiman |
Bapa | Abdul Razak Husin |
Saudara | Syazwan Razak (adik) |
Laman web rasmi | syafiqkyle |
Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak[1] atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle (Jawi: شفيق کائل; lahir 24 Jun 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis.[2][3] Sejak itu, Syafiq telah membintangi beberapa siri drama televisyen terkenal seperti Nur (2018-19), Seribu Nina (2022) dan One Cent Thief (2022). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Langsuir (2018) sebelum membintangi dalam beberapa filem seperti Pusaka (2019), Saka Nan Sepi (2020), Polis EVO 3 (2023), Sheriff: Narko Integriti (2024), The Experts (2024) dan Takluk: Lahad Datu (2024).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1992 sebagai Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak di Kuala Lumpur. Syafiq merupakan lulusan dalam Diploma Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Syafiq merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir, Fendy Bakry dan Hafidz Roshdi, sekaligus dinobatkan sebagai Naib Juara.
Lakonan pertama beliau ialah menerusi watak kecil dalam drama Iparku Diva di Astro Warna lakonan Rozita Che Wan, Norman Hakim dan Sheera Iskandar. Bersama pelakon veteran Nasir Bilal Khan, Syafiq menjayakan watak Johan, seorang anak yang kuat memberontak dalam drama keagamaan Tanah Kubur dari musim ke-3 hingga ke-9 yang bersiaran di Astro Oasis.[4]
Pada tahun 2014, beliau memegang watak pembantu sebagai Tajul Fahin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3. Seterusnya, buat pertama kalinya beliau memegang watak utama dalam drama Bila Hati Berbicara sebagai Emir Qasha dan bergandingan bersama pelakon Singapura Atikah Suhaime di Slot Akasia TV3. Pada tahun 2016, beliau digandingkan bersama pendatang baharu dalam bidang lakonan, Azira Shafinaz menerusi drama Married Tapi Benci di TV3 sebagai Kamal. Drama Sekali Aku Jatuh Cinta pula memperlihatkan beliau menjayakan watak komedi sebagai Johan iaitu seorang jururawat.
Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Izz Haikal dalam drama Slot Akasia TV3, Suamiku Paling Sweet dan seterusnya memegang watak Nazmi Elyas, seorang jurugambar profesional di Slot MegaDrama Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Singapura, Hannah Delisha.[5] Beliau kemudiannya menjayakan watak utama bersama Ayda Jebat menerusi drama Dekatkan Jarak Kita sebagai Ian Tashriq.[5]
Pada tahun 2018, beliau menjayakan watak utama bersama Zahirah MacWilson menerusi drama Slot MegaDrama Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Hazran Widad. Beliau juga terlibat dalam drama mini 100 Plus, Pelangi Cinta bersama Shukri Yahaya, Aiman Hakim Ridza, Hairul Azreen dan Mira Filzah. Nama Syafiq terus melonjak naik apabila beliau menjayakan watak Ustaz Adam dalam Nur bergandingan bersama Amyra Rosli. Syafiq juga beraksi dalam filem sulungnya bertajuk Langsuir arahan Osman Ali bersama Hannah Delisha. Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 sebagai Hakim, pelajar kolej yang bergelar Pak Cik Bawang.
Pada tahun 2019, beliau berlakon dalam filem seram Pusaka arahan Razaisyam Rashid yang mengandingkan beliau bersama Mimi Lana dan turut dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Yuna Rahim, Aleza Shadan, Faizal Hussein serta Ogy Ahmad Daud menampilkan sisi lain lakonan Syafiq iaitu seorang pegawai polis.[6] Beliau juga berlakon dalam teater muzikal arahan Erma Fatima yang bertajuk Pawana Isabella. Beliau menjadi Raja Al Hasiq Ghibran/Raja Melayu di samping Janna Nick, Johan Raja Lawak, Ozylnn, Ziela Jalil, Afdlin Shauki, Azar Azmi, Jay Iswazir dan ramai lagi.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19 bermula Mac 2020, Syafiq menerima tawaran berlakon dalam drama mini arahan Erma Fatima, Lock In 2 untuk saluran YouTube. Drama yang juga menampilkan ramai pelakon seperti Erma Fatima, Umie Aida, Sherry Alhadad, Nora Danish dan banyak lagi serta penampilan istimewa bekas pelakon 90an, Azah Aziz dan pembantu peribadi Neelofa, Rosix, telah menjalani penggambaran secara individu di rumah masing-masing serta bersama-sama tanpa melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Di dalam drama ini, Syafiq berlakon sebagai teman lelaki Neelofa. Drama Lock In sebelum ini mempunyai 2 episod. Untuk musim kedua, Erma Fatima menambah lagi 4 episod dan menampilkan ramai lagi selebriti.
Pada tahun 2022, Syafiq muncul dalam tiga buah drama bersiri, antaranya ialah Seribu Nina, One Cent Thief dan Cinta Buat Dara serta filem Cikgu vs Hantu.
Aktiviti
[sunting | sunting sumber]Syafiq merupakan pengasas jenama kosmetik KylezLab dan jenama fesyen Jiwa by Kylez (dijenamakan semula sebagai Sajiwa) yang diwujudkan pada awal tahun 2018 dan mempunyai kelab peminat iaitu Skylovers. Selain itu, beliau juga kerap mengemaskini aktiviti terkininya di laman web rasminya, syafiqkyle
Syafiq juga aktif dalam sukan permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia yang turut menampilkan selebriti-selebriti popular seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Aiman Tino, Akim Ahmad, Diana Danielle dan Wany Hasrita.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Kehidupan peribadi Syafiq menjadi bualan masyarakat ketika berlakon di dalam telefilem Raya arahan Rashid Sibir. Gosip mengenai hubungan Syafiq dengan kakak kepada pelakon cantik, Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose menjadi tanda tanya adakah mereka memang bercinta. Syafiq mengakui beliau bercinta dengan Uqasha, namun Uqasha mengatakan sebaliknya. Syafiq juga dikaitkan dengan finalis Dewi Remaja yang juga heroin Syafiq dalam drama Sekali Aku Jatuh Cinta iaitu Mimi Lana. Mereka mengakui mereka sedang berkawan. Pada masa yang sama, kemesraan Syafiq dengan pelakon cantik dari Singapura, Hannah Delisha dalam dan luar drama Mencintaimu Mr. Photographer membuatkan peminat mendoakan agar mereka berjodohan.[8]
Pada tahun 2019, terbongkar mengenai hubungan sebenar antara Syafiq dan Mimi Lana. Mereka sudah menjadi pasangan kekasih sejak tahun 2016. Mereka kekal profesional sewaktu berlakon dalam filem seram Pusaka sebagai adik beradik kembar. Hubungan mereka direstui kedua belah keluarga.[9] Namun begitu, pada Mac 2020, hubungan percintaan mereka yang terjalin selama 4 tahun terlerai. Dikatakan punca perpisahan mereka adalah tiada persefahaman antara mereka.[10][11] Namun begitu, hubungan mereka kembali terjalin selepas berkongsi gambar masing-masing di media sosial.[12]
Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada Januari 2023,[13][14] dan dijadualkan bakal bernikah pada 18 Ogos 2023,[15] namun mereka membatalkan pernikahan mereka pada saat akhir.[16][17][18]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Langsuir | Azlan | Filem pertama |
Gol & Gincu Vol. 2 | Hakim | ||
2019 | Pusaka | Inspektor Nuar Ishak | |
2020 | Saka Nan Sepi | Sufian | |
2021 | Mat Bond Malaya | Ejen 8 | Penampilan khas |
2022 | Cinta VS Hantu | Cikgu Ahmad (muda) | |
Siku 12: Langkah Derhaka | Atid | ||
2023 | Seindah Kasih The Movie | Nazmi | |
Polis EVO 3 | Inspektor Dani | ||
Doh | Faiz | Juga sebagai penerbit | |
2024 | The Experts Selamatkan Raya | Khairul | Filem pendek |
Sheriff: Narko Integriti | Inspektor Nazri | ||
The Experts | Khairul (Keyrol) | ||
Takluk: Lahad Datu | DSP Zambri | ||
2025 | Blood Brothers | Ariff | Pra-produksi |
TBA | Nur | Ustaz Adam | Dalam perancangan |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Iparku Diva | Pelayan | Astro Warna | Drama pertama |
Terowong | Wan Zaharul | TV3 | Episod: "Sesat" | |
2012–2015 | Tanah Kubur | Johan | Astro Oasis | |
2013 | Kampung Girl | Redhuan | TV3 | |
Kerana Lelaki Itu | Dr. Tajul | TV9 | ||
2014 | Mat Cepat | Jo | TV2 | |
Anugerah Terindah[19] | Amir | TV3 | ||
Oh My English! (Musim 3) | Khai | Astro TVIQ | ||
Senafas Cinta[20] | Adam | TV1 | ||
Tuan Rumah Pembantu Rumah | Luth | TV3 | ||
Kerana Terpaksa Aku Relakan | Tajul Fahin | |||
Bila Hati Berbicara | Emir Qasya | |||
2015 | Angin Syurga | Ustaz | TV2 | |
Isteri Separuh Masa[21] | Megat Zafril | Astro Ria | ||
Dhia Sofea[22] | Din | TV3 | ||
Merah Gaun Pengantin[23] | Faizal | TV1 | ||
Alaa Bib.. | Joeran | TV3 | ||
Kifarah Mistik | Syafiq | Episod: "Celupar" | ||
2016 | Puteri Labu | Ady | TV1 | |
Married Tapi Benci | Kamal | TV3 | ||
Sekali Aku Jatuh Cinta | Johan | |||
Tika Langit Terbuka | Haris | Astro Oasis | Episod: "Si Miskin Pun Terbang" | |
2017 | Suamiku Paling Sweet | Izz Haikal | TV3 | |
Mencintaimu Mr. Photographer | Nazmi Elyas / Jemy | Astro Ria | ||
Mocha Kau Bahagia | Firdaus | TV3 | ||
Red Velvet | Jeffry | Astro Ria | ||
Dekatkan Jarak Kita | Ian Tashriq | TV3 | ||
2018 | Mencari Mel & Ayu | Zainuddin (muda) | TV1 | |
Tak Ada Cinta Sepertimu | Hazran Widad | Astro Ria | ||
Nur | Ustaz Adam | TV3 | ||
Pelangi Cinta | Wan | Drama mini 100Plus | ||
Mocha Kau Bahagia 2 | Firdaus | |||
Budak Usin | Ustaz Adam | |||
2019 | Senafas Rindu | Fariz Ashman | Astro Ria | |
Nur 2 | Ustaz Adam | TV3 | ||
Serikan Hatimu | Adam | |||
Bukan Cinta Aku | Tengku Isma | |||
2020 | Lock In Drama 2 | Syafiq | Youtube | Drama mini PKP arahan Erma Fatima sebagai kekasih Neelofa |
Serikan Hatimu 2 | Azrul | TV3 | ||
2021 | Diva Popular | Engku Imran | Awesome TV | |
Covid Oh Covid | Remy | TV3 | ||
Suara Hati | Haris | Astro Prima | ||
Lockdown | Hairi | Astro Ria | ||
Diva Popular 2 | Engku Imran | Awesome TV | ||
Serikan Hatimu 3 | Syafiq | TV3 | ||
2022 | Seribu Nina | Amar | Viu | |
Cinta Buat Dara | Hariz | TV3 | ||
One Cent Thief | Iman Shah | Astro Ria | ||
2024 | I.D. | Bro Malik Alpha | Astro Premier | Penampilan khas |
Terlanjur Cinta | Amir | Viu | ||
Gadis Masa | Khairi |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Tasbih Putih | Zali | Astro Prima | Telefilem pertama |
2012 | Anak Ikan | Syafiq | ||
2013 | Kampungku Aidiladha[24] | Bendi | TV3 | |
Cinta Laila Majnun | Qalid | Astro Oasis | ||
Syair Untuk Bonda | Angah | |||
2014 | Aki Bangku | Aki Bustamin | TVi | |
Dari Pintu Neraka[25] | Zakri | TV3 | ||
2015 | Romantika Bulan Madu | Zack | ||
Mat Despatch Raya Sakan | Syafiq | TV2 | ||
Gangster Melor[26] | Hariz / Haikal | TV9 | ||
2016 | Takraw Kampung[27] | Lan | ||
Bapa Mentuaku | Mazlan | TV1 | ||
Jangan Ambil Botol Itu | Nued | TV9 | ||
Syahadah Yang Hilang | Nizam | Astro Citra | ||
Mat Chia Chia | Arif | TV9 | ||
Bella | Adam | |||
Kari Sanjana | Farhan | TV3 | ||
Tawar | Que Dani | TV2 | ||
Kalau Aku Kaya | Din | TV3 | ||
Suamiku Bukan Tukang Masak | Daniel | Astro Ria | ||
2017 | Takdir Yang Terhenti | Asif | TV3 | |
Isteriku Cikguku | Azlan | |||
Malam Tanpa Yasin | Yasin | |||
Hassan | Fuad | |||
Sayang Achu Ketat-Ketat | Irfan Zakri | Hypp Sensasi | ||
Ada Apa Dengan Ramadhan | Ahnaf | Astro Ria | ||
Nur 3 Pagi | Fariz | TV3 | ||
2018 | Abang Kandung | Usop | ||
Manipulasi | Ku Hariz | ntv7 | ||
Taubatku | Ismail | TV3 | ||
Mentari | Firash | |||
Pengantin Lari Culik Artis | Jay Johan | Astro Citra | ||
Syirik | Syafiq | |||
2019 | Senafas Rindu Raya | Fariz Ashman | Astro Ria | |
Shiba Shiba Doo | Shiba | Astro Citra | ||
2020 | Tolong Saya Encik Dinosour | Karl | ||
Artis Lari Culik Pengantin lah Pulak | Jay Johan | |||
Derai | Khalid | TV3 | ||
Cerai | Azim | Astro Citra | ||
2021 | Bukan Cerita Cinta Cliche | Faliq | ||
Rompak Raya | Awie | Awesome TV | ||
Holiday Aji Tom | Jamil | |||
2022 | Nafsu Mental | Nizam | Astro Citra | |
2023 | Mendarat Di Syurga | Khalif | TV3 |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2019 | Pawana Isabella | Raja Al-Hasiq Ghibran/Raja Melayu |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Liga Lawak Superstar[28] | Peserta | TV3 | Berkumpulan dengan Didie Alias dan Kamal Adli dalam Kumpulan "Apa Kasih Toq" semasa Separuh Akhir dan Final menggantikan Fizz Fairuz, ahli asal "Kumpulan Spy Kampung" yang mempunyai komitmen lain. |
2015 | Karok La Kau | Astro Ria | Kumpulan Oh My English bersama Zain Saidin dan Akhmal Nazri. | |
MeleTOP | Artis Jemputan | Bersama Juzzthin mempromosikan Oh My English Musim 3. | ||
2016 | Perang Bibir Raya | Peserta | TV9 | Peserta kumpulan Issey Fazlisham bersama Hafidz Roshdi. |
Bila Bujang Masuk Dapur Musim ke-2 | Pengacara | Mengacara bersama penyanyi rap, SonaOne untuk bulan Ramadhan tahun 2016 pada setiap hari Khamis dan Jumaat. | ||
2017 | Perang Bibir | Peserta | Beliau dicabar oleh Juara Episod 5 iaitu Izreen Azminda. Bersaing bersama Ramona Zamzam dan Hafeez Mikail. | |
Bila Bujang Masuk Dapur Musim ke-4 | Pengacara | Bergandingan bersama Syazuwan Hassan. | ||
MeleTOP | Artis Jemputan | Astro Ria | Bersama Hannah Delisha mempromosikan drama terbaharu Mencintaimu Mr. Photographer. | |
CCTV | Bersama Hannah Delisha mempromosikan drama Mencintaimu Mr Photographer serta Hael Husaini yang juga mempromosikan lagu "Jampi", OST drama yang sama. | |||
Nona – Segmen "Dapur Bonda" | TV3 | Menjadi selebriti pertama yang memasak hidangan istimewa untuk ibu tersayang dengan bantuan Chef Fikri. | ||
Bas Ria | Astro Ria | Bersama Aedy Ashraf. | ||
Melodi | TV3 | Bersama kumpulan NOAH dari Indonesia yang akan mengadakan Meet & Great dan sidang media di Malaysia sebelum konsert mereka yang akan diadakan pertengahan November 2017. | ||
Melodi | Bersama Farah Nabilah dalam mempromosikan drama terbaharu Mocha Kau Bahagia. | |||
Pop TV | TV9 | Bersama Ayda Jebat dan Wan Sharmila mempromosikan drama Dekatkan Jarak Kita. | ||
Melodi | TV3 | Bersama Ayda Jebat mempromosikan episod akhir drama Dekatkan Jarak Kita yang akan ditayangkan pada 25 Disember 2017. | ||
Anugerah DFKL 2017 | Dirinya sendiri | Bersama Izzue Islam, Azira Shafinaz, Jaja Iliyes, Mawar Rashid, Hafidz Roshdi, Syazuwan Hassan dan Mimi Lana dalam membuat persembahan pembukaan. | ||
2018 | Bintang Bersama Bintang | Artis Jemputan | Pertandingan akhir BBB - Artis jemputan untuk persembahan Issey. | |
CCTV | Astro Ria | Bersama Zahirah MacWilson, Nik Adam Mika, Ruhainies, Fikry Ceria Pop Star, Alif Muhaimin mempromosikan drama terbaharu Tak Ada Cinta Sepertimu. | ||
Experience Projek Theme Park | Bersama dengan peminat dan pemenang, Erni Nurshahira di Himeji Central Park, Jepun dalam Episod 12 (22 Mei 2018). | |||
MeleTOP | Bersama Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Khai Bahar untuk promosi top 5 Anugerah MeleTOP Era 2018. Dan mempromosikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang berakhir pada 5 April 2018. | |||
H! Live | Mempromosikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu di minggu akhir dan menjadi Top 5 Anugerah Meletop Era (4 April 2018). | |||
Anugerah DFKL 2018 | Dirinya sendiri | TV3 | Penyampai anugerah kategori Antagonis Pilihan dan Pasangan Pilihan serta membuat persembahan sketsa dengan Shukri Yahaya dan Maria Farida yang merupakan penyampai anugerah kategori Aktor Pilihan dan Aktres Pilihan. | |
Kata Serasi | ntv7 | Bersama Amyra Rosli, Shahrulezad Mohameddin, Azhan Rani, Kuna Muzani, Raja Atiq, Riena Diana dan Mathni Razak mempromosikan drama terbaharu sempena bulan Ramadhan Nur yang ditayangkan di Slot Samarinda TV3 (14 Mei 2018). | ||
MHI | TV3 | Bersama Amyra Rosli dan Shahrulezad Mohameddin dalam mempromosikan drama Nur minggu akhir (11 Jun 2018). | ||
WHI | ||||
MeleTOP Raya | Astro Ria | Bersama Awal Ashaari, Scha Al-Yahya & Lara Alana, Diana Danielle, Farid Kamil & anak-anak, Zero, Zira Ayub dan anak-anak, Hael Husaini, Aiman Tino, Ernie Zakri dan Wany Hasrita. | ||
MeleTOP | Astro Ria | Bersama Hannah Delisha dan penerbit filem untuk mempromosikan filem Langsuir. | ||
Melodi | TV3 | Mempromosikan filem Langsuir & telefon bimbit terbaru OPPO. | ||
Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-31 | Penyampai trofi bersama Fasha Sandha untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular. | |||
Gegar Vaganza (musim 5) | Astro Ria | Artis jemputan selepas selesainya persembahan Farawahida (peserta) feat Ezad Lazim (artis pasangan duet) bersama Jad Hidhir dan Ummi Nazeera dalam mempromosikan filem Gol & Gincu 2. | ||
MeleTOP | Artis jemputan bersama Jad Hidhir, Datin Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani dan Intan Serah dalam mempromosikan filem Gol & Gincu 2 (23 Oktober) | |||
Jozan Live | Astro Warna | Artis jemputan bersama Ummi Nazeera, Sazzy Falak dan Datin Diana Danielle dalam mempromosikan filem Gol & Gincu 2 (23 Oktober) | ||
Bawang Live | Astro Ria | Artis jemputan bersama Nad Zainal, Aman Aziz, Sharul Kamal dan Michael Ang untuk mempromosikan telefilem Syirik (25 Oktober) | ||
2019 | Bawang Live | Artis jemputan bersama Wan Sharmila, Sharul Kamal, Alya Iman, Nelissa Edreena dan Josiah Lim untuk mempromosikan drama Senafas Rindu (14 Februari) | ||
MeleTOP | Artis jemputan bersama Aman RA, Tajul, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi dalam segmen Top 5 Anugerah Meletop ERA.(16 April ) | |||
Sepahtu Reunion Live – Episod 13 | Syafiq | Astro Warna | Penampilan khas | |
Anugerah MeleTOP Era | Dirinya sendiri | Astro Ria | Penyampai trofi kategori Lagu Meletop ,Grup/Duo Meletop dan Penyanyi Meletop bersama Farah Nabilah dan Fatin Afeefa. | |
MeleTOP | Artis jemputan bagi diwawancarakan mengenai kemenangan di Anugerah Meletop ERA.(23 April) | |||
Wanita Hari Ini | TV3 | Artis jemputan bersama Eyra Hazali bagi mempromosikan drama Nur 2 yang bakal berakhir pada 25 April (25 April) | ||
Lagu Cinta Kita Finale | Juri jemputan bersama juri tetap -Hael Husaini dan Scha Al Yahya (5 Mei) | |||
Michael Ang's Halal Kitchen | Astro Ria | Artis jemputan bagi rancangan masakan halal daripada pengarah terkemuka,Michael Ang -Episod 2 (13 Mei) | ||
Melodi | TV3 | Artis jemputan bersama Erma Fatima ,Johan ,Syamel dan Ernie Zakri untuk mempromosikan teater muzikal Pawana Isabella yang akan berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 ogos 2019 (ahad,18 Ogos 2019) | ||
MeleTOP | Astro Ria | Artis jemputan bersama Mimi Lana ,Sweet Qismina dan Hafidz Roshdi untuk mempromosikan filem Pusaka (29 Oktober 2019) | ||
Gegar Vaganza (musim 6) | Artis jemputan bersama Mimi Lana dan Sweet Qismina untuk mempromosikan filem Pusaka(3 November 2019) | |||
Trek Selebriti | Artis jemputan untuk segmen Prank dalam episod 21,episod Mimi Lana (22 November 2019) | |||
2020 | Anugerah MeleTOP Era | Penyampai Trofi bagi kategori Drama Meletop dan Pelakon Meletop bersama Che Puan Juliana Evans dan Siti Nordiana |
Iklan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2017 | Iklan Dadah Membawa Padah | |
2019 | Iklan Zalora Raya MY |
Videografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2019 | "Semakin" | Siti Sarah |
Penajaan
[sunting | sunting sumber]- Ramadhan Raya TV3 2019 - #setulusikhlas bersama Zara Zya, Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Ismail Izzani, Haqiem Rusli & Nabila Razali (Samsung), Mimi Lana (Nivea), Mira Filzah & Hairul Azreen (100 Plus)
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011/2012 | Tempat ke-2 | — | Menang | |
2014 | Artis Baharu MeleTOP | Tercalon | ||
2015 | Gandingan Serasi Di Layar (bersama Atikah Suhaime) | Bila Hati Berbicara | Tercalon | |
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) | Gangster Melor | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Dari Pintu Neraka | Tercalon | ||
2016 | Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik | Tercalon | ||
2017 | Pelakon Paling Membantu | Tanah Kubur | Menang | |
Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
Anugerah Lelaki Dambaan | Menang | |||
Anugerah Instafamous Adiwira | Menang | |||
2018 | Temubual Terbaik Carta ERA 40 (bersama Neelofa & Fatin Afeefa) | Red Velvet | Menang | |
Pelakon MeleTOP | Mencintaimu Mr. Photographer | Tercalon | ||
Fesyen MeleTOP | — | Tercalon | ||
Aktor Pilihan | Dekatkan Jarak Kita | Tercalon | ||
Pasangan Pilihan (bersama Ayda Jebat) | Menang | |||
Pelakon Lelaki Telenovela Popular | Mencintaimu Mr. Photographer | Tercalon | ||
Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Drama (bersama Mawar Rashid) | Suamiku Paling Sweet | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Drama (bersama Hannah Delisha) | Mencintaimu Mr. Photographer | Tercalon | ||
Anugerah Skrin ke–22 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Abang Kandung | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian | Nur | Menang | ||
2019 | Aktor Pilihan | Menang | ||
Pasangan Pilihan (bersama Amyra Rosli) | Menang | |||
Pelakon MeleTOP | Tak Ada Cinta Sepertimu | Menang | ||
Bintang Filem MeleTOP | Langsuir | Menang | ||
Fesyen MeleTOP | — | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Pelakon TV Lelaki Popular | Menang | ||
Gandingan Serasi Drama (bersama Amyra Rosli) (bersama Zahirah Macwilson) |
Nur Tak Ada Cinta Sepertimu |
Tercalon | ||
Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Filem (bersama Hannah Delisha) | Langsuir | Menang | ||
2020 | Anugerah MeleTOP Era ke–7 | Bintang Filem Meletop | Pusaka | Menang |
Fesyen Meletop | — | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Gandingan Serasi Filem Popular (online) bersama Mimi Lana | Pusaka | Menang | |
Pelakon TV Popular | Tercalon | |||
Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |||
Artis Kontroversi Popular (online) | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Drama Popular (online) (bersama Janna Nick) & (bersama Amyra Rosli) | Bukan Cinta Aku & Nur 2 | Tercalon | ||
Anugerah Melodi Drama Sangat | Stylo Sangat | Tercalon | ||
Gempak Most Wanted 2020 | Artis Bujang Tergempak | Tercalon | ||
2021 | Festival Filem Malaysia ke-31 | Pelakon Lelaki Terbaik | Pusaka | Tercalon |
Pelakon Lelaki Telenovela Popular | Suara Hati | Menang | ||
2024 | Aktor Filem Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Biodata, Profil Syafiq Kyle". BukanCincai.
- ^ "Syafiq Kyle mahu dikenali | Hiburan". Utusan Online. 3 Jun 2012. Dicapai pada 3 Jun 2016.
- ^ "Cetusan fenomena Syafiq Kyle". Kosmo!. 27 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-01. Dicapai pada 25 Mac 2019.
- ^ Syafiq Kyle Mahu Lari Dari Imej “Tanah Kubur” mStar Online. (10 Disember 2013). Diakses pada 13 Ogos 2016.
- ^ a b Kesabaran Syafiq bawa ke puncak Harian Metro. (29 Disember 2017). Diakses pada 27 Januari 2018.
- ^ Ramlah Zainal (23 Disember 2019). Bervariasi dalam lakonan Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2018.
- ^ Syafiq Kyle intai bidang perniagaan Kosmo! (23 Mei 2018). Dicapai pada 30 Mei 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (16 September 2017). Syafiq Kyle, Hannah Delisha makin serasi Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2018.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (23 September 2019). Syafiq Kyle & Mimi Lana tak 'clash' lah Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Jun 2020). Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ Kenneth Chaw (4 Jun 2020). TV stars Syafiq Kyle and Mimi Lana call it quits after five years The Star Online. Dicapai pada 21 Mac 2020.
- ^ "Cinta Mimi, Syafiq bertaut kembali?". Kosmo!. 29 November 2020. Dicapai pada 13 September 2021.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Januari 2023). "Syafiq, Mimi sudah bertunang?". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ "Syafiq Kyle, Mimi Lana selamat bertunang". Berita Mediacorp. 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ Hasif Idris (14 Februari 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana nikah lepas Aidilfitri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ "Syafiq Kyle, Mimi Lana batal nikah". Malaysia Gazette. 11 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ Zaara Talita (11 Ogos 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana batal nikah". Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ Hanisah Selamat (11 Ogos 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana batalkan pernikahan". Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ Anugerah Terindah, BudakGemok.Com
- ^ Drama Senafas Cinta Full Episod - Tonton Online, SweetyzHanieyz83.blogspot.com
- ^ Syafiq Kyle Berdendam Dengan Emma Maembong Kerana Abang?, AstroGempak.com
- ^ Syafiq Kyle Seronok Tak Perlu Bersiap, Extra.Tonton.Com
- ^ Tonton Merah Gaun Pengantin (2015) , Moviesinfobsyokv2.Net
- ^ Ceritera lima sahabat, Sinar Harian. Dicapai pada 9 Jun 2015.
- ^ Syafiq Kyle - 'Dari Pintu Neraka' Kaya Dengan Pengajaran, Extra.Tonton.Com
- ^ Gangster Melor (2015) Skrin Di9 Full Telemovie, Moviesinfobsyokv2.net
- ^ Telefilem TAKRAW KAMPUNG Lakonan Syafiq Kyle, Issey & Ammar, Budiey.Com
- ^ Mstar (09122013). OMG Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama - Berita Hiburan Dicapai 29 Februari 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Syafiq Kyle |
- Kelahiran 1992
- Orang hidup
- Orang dari Kuala Lumpur
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Ahli perniagaan Malaysia
- Peserta Hero Remaja
- Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Rantaian) Anugerah Skrin