Siti Saleha
Siti Saleha | |
---|---|
سيتي صالحة | |
Kelahiran | Siti Saleha binti Mohd Baharum 14 Mac 1990 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Sally |
Pendidikan | Diploma Komunikasi Massa |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2002–kini |
Ketinggian | 165 cm (5 ka 5 in) |
Ibu bapa |
|
Hubungan | Sam Bunkface (abang) |
Siti Saleha Mohd Baharum (lahir 14 Mac 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun, seterusnya mula menempa nama menerusi drama bersiri Nora Elena (2011) bersama Aaron Aziz yang disiarkan di TV3. Siri tersebut mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.
Siti Saleha kemudiannya mencapai kejayaan komersial menerusi drama lakonannya termasuk Asmara Luna (2013), Ramadan Jangan Pergi (2014), Uda & Dara, 7 Hari Mencintaiku (kedua-duanya 2016) dan 7 Hari Mencintaiku 2 (2020). Beliau telah membintangi beberapa filem termasuk Kerat 14 dan Balada Pencinta (kedua-duanya 2013), Mamak Cupcake (2014) dan Langit Cinta (2016). Beliau juga dikenali sebagai seorang yang bijak dalam pengendalian kewangannya selain daripada wajahnya yang menawan.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Siti Saleha dilahirkan pada 14 Mac 1990 di Basildon, England. Beliau memiliki darah kacukan Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau dikenali sebagai Aishah Rahman dan bapanya yang berketurunan Melayu, Mohd Baharum Abdul Rahman. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik dan dibesarkan di Klang, Selangor. Beliau merupakan adik perempuan kepada Sam Bunkface atau Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2002, pada usia 12 tahun, Siti Saleha memulakan kerjaya awalnya sebagai model komersial dan pernah muncul dalam beberapa iklan TV sepanjang tempoh itu. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008, menjayakan watak utama sebagai Zaleha dalam siri drama 8TV, 5 Jingga. Ia merupakan peranan lakonan utama pertamanya. kemudian diikuti oleh peranan kecil sebagai Farah dalam Kasut Tumit Tinggi. Pada tahun 2009, beliau memegang watak Jaslina Effendi dalam drama Kecuali Cintamu di Astro Prima. Beliau kemudiannya terus melakonkan watak pembantu dalam beberapa drama TV termasuk Awan Dania musim kedua dan Di Bawah Ketiak Isteri musim kedua.
Juga pada 2009, beliau membintangi telefilem sulungnya, Puaka Topeng Putih, diikuti oleh beberapa telefilem lain termasuk Hati Batu dan Senandung Semalam.
Dalam tahun 2010, Siti Saleha menerima peranan dramatik, menerusi peranan utama sebagai Maria dalam Habil & Qabil yang menyaksikan gandingan beliau bersama Aaron Aziz buat julung kalinya. Seterusnya, beliau digandingkan bersama Qi Razali dalam telefilem Bersalji Di Kuala Lumpur, yang mana beliau menjayakan watak utama sebagai Diana.[2]
Kemuncak kerjaya
[sunting | sunting sumber]Nama Siti Saleha mula menjadi perhatian umum menerusi watak tajuk dalam drama waktu perdana TV3, Nora Elena yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Aaron Aziz yang memegang watak Seth Tan. Drama ini turut menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin, dan diadaptasi daripada novel popular terbitan Karangkraf Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham.
Bersama pelakon Beto Kusyairy, Siti Saleha berlakon dalam telefilem Aku, Dia dan Tong Sampah arahan Ismail Jamaluddin dan Megat Shahrizal (yang turut menulis lakonlayar) terbitan Playground Production yang disiarkan pada 3 Oktober 2012 di Skrin Di 9 TV9. Beliau memegang watak sebagai Sharnaz. Penerbit telefilem itu, Tuan Faisal Azmy berkata: "Ternyata gandingan beliau (Siti Saleha) bersama (Beto Kusyairy) dalam telefilem ini cukup serasi, sekali gus kedua pelakon ini berjaya menghidupkan watak yang diberikan."[3]
Kerjaya filem Siti Saleha bermula pada 2013, menerusi filem Kerat 14 arahan Arjin Uppal. Filem ini menyaksikan gandingan peranan filem pertama beliau bersama Aaron Aziz dan turut dibintangi oleh Zamarul Hisham dan Fouziah Gous, dan ia merupakan kejayaan komersial. Ia mengisahkan percintaan di antara Haziq dan Nurzara yang terbabit dalam satu kes jenayah berprofil tinggi.[4][5] Saleha menjayakan watak utama sebagai Syuhara dalam drama 15 episod Ruby di Slot Samarinda TV3 di samping Sharnaaz Ahmad. Drama ini mengisahkan tentang percintaan Syuhara dan Benjamin yang mulanya benci tetapi bertukar menjadi sayang. Walaupun Syuhara dan Benjamin berbeza kedudukan pangkat dan kekayaan, namun demi cinta sejati, mereka menempuhi pelbagai dugaan bersama.[6]
Juga pada 2013, Siti Saleha muncul dalam beberapa drama termasuk Asmara Luna dan Memberku Hawa. Selepas berjaya dengan filem pertama, beliau berlakon di samping Zizan Razak, Izara Aishah dan Usop Wilcha di dalam filem seram komedi apokaliptik adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku FIXI, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013[7] mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur. Gandingan beliau bersama Zizan telah melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar, Siti Saleha sendiri juga memenangi kategori Pelakon TV dan Filem Paling Popular di anugerah sama.[8] Beliau juga menerima pencalonan di Anugerah MeleTOP Era 2014 bagi kategori Bintang Filem meleTOP menerusi filem sama.
Di bawah arahan pelakon, Khir Rahman, beliau berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Balada Pencinta yang ditayangkan pada 24 Oktober 2013. Namun, ia menjadi kegagalan komersial, hanya meraih kutipan RM27 juta sahaja semasa tempoh tayangannya.[9]
Beliau berlakon di samping Shaheizy Sam dalam filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 28 Ogos 2014.[10][11] [12] Seterusnya, beliau berlakon bersama Bront Palarae dalam filem cereka sains fantasi 2014, Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Di dalam filem ini, beliau menjayakan watak Zelda, anak kepada seorang usahawan kaya.[13]
Siti Saleha dan Beto Kusyairy menghidupkan semula peranan mereka dalam kesinambungan telefilem Aku, Dia & Tong Sampah, yang berjudul Aku, Dia dan Tong Gas yang memulakan tayangan perdana di TV9 pada 3 April 2015.[14] Ia berkisarkan kehidupan Sharnaz dan Amir (Beto Kusyairy) selepas berkahwin. Mereka mengambil keputusan untuk berbulan madu di kampung bersama Tok Wan. Semuanya berjalan dengan lancar hinggalah Sharnaz bertemu Melati, rakan lama Amir. Telefilem ini turut dibintangi oleh Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Zaidi Omar, Fauziah Nawi dan Projek Disko Baldi. Selain itu, beliau turut berlakon dalam filem ketenteraan Bravo 5, memegang watak sebagai Aida, isteri kepada Leftenan Azri (lakonan Remy Ishak).
Juga pada 2015, Siti Saleha menjayakan peranan tajuk dalam drama Ayuni Safira di TV9,[15] yang diadaptasi daripada cerpen Hello My Slave karya Nor Shuhadatul Ain Zakaria.[16]
Tahun 2016 menjadi penanda aras untuk Siti Saleha yang mana beliau kembali berpasangan bersama Zul Ariffin menerusi watak lakonannya sebagai Siti Maryam dalam drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Usman Awang dan disiarkan di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016. Ini merupakan kolaborasi kedua beliau dengan Zul selepas Nora Elena.[17]
Juga pada tahun yang sama, Siti Saleha berlakon di samping Farid Kamil, Keith Foo dan Fazura dalam filem drama romantik Langit Cinta arahan Osman Ali, memegang watak sebagai Suzana. Beliau digandingkan bersama Shukri Yahaya dalam drama 7 Hari Mencintaiku di Slot Akasia TV3,[18] yang telah mencatatkan penarafan tontonan drama tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12 juta penonton serta melayakkan beliau bersama Shukri memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.[19][20][21]
Beliau memegang watak utama sebagai Puspa yang hilang ingatan akibat dipanah kilat dalam telefilem Kekasih Elektrik bersama Redza Minhat. Telefilem arahan Razaisyam Rashid dengan skrip ditulis oleh Nazri M. Annuar terbitan Playground Productions ini ditayangkan pada 11 Mac 2017 di Astro Citra dan menampilkan kameo daripada pelakon termasuk Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Tony Eusoff, ini merupakan telefilem ketiga Siti Saleha bersama Playground selepas Aku, Dia & Tong Sampah dan Aku, Dia & Tong Gas.[22][23]
Beliau muncul dalam rancangan realiti TV Extreme Ends untuk siaran di saluran KIX.[24][25] Saleha bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Johan As'ari, Cristina Suzanne, dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018, yang mana beliau memegang watak sebagai Tina.[26]
Pada tahun 2020, beliau kembali menjayakan watak sebagai Mia Adriana dalam drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 2 di slot Akasia TV3 yang berjaya meraih rating berjumlah 12 juta penonton sepanjang 33 episod dan menjadi sohor kini di media sosial pada setiap episod membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim pertama.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Siti Saleha dibesarkan di Klang dan bersekolah di S.M.K. (P) Methodist, Klang. Beliau telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan seorang pegawai kerajaan bernama Lutfi Azhar yang berusia 30 tahun ketika itu di sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya di Klang pada 26 November 2016.[27] Beliau dikatakan sudah bercinta dengan Lutfi sejak tahun lalu. Bermula sebagai kenalan biasa, lama - kelamaan perasaan itu bertukar ke arah perasaan cinta antara mereka berdua kerana selalu bertemu. Saleha dilamar oleh Lutfi ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico, Julai lalu. Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik.[28]
Siti Saleha juga merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya Lutfi Azhar selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Namun, mereka berdua masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.[29]
Pada 28 Julai 2017, Siti Saleha sah bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar dengan sekali lafaz. Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.[30][31][32]
Walaupun begitu, beliau memfailkan perceraian empat tahun kemudian pada Oktober 2021 atas sebab-sebab yang sulit; perkahwinan mereka tidak mendatangkan sebarang cahaya mata.[33] Pada 17 Januari 2022, Siti Saleha sah bercerai dengan talak satu.[34]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Kerat 14 | Nurzara | Filem pertama |
KL Zombi | Nora | ||
Balada Pencinta | Aisyah | ||
2014 | Mamak Cupcake | Juliana | |
Terbaik dari Langit | Zelda | ||
2015 | Bravo 5 | Aida | |
2016 | Langit Cinta | Suzana | |
2017 | Aku Bukan Spy | Pevita | |
Pak Pong | Puteri Serapit | ||
2018 | 7ujuh | Tina | |
The Spiral | Melanie / Katarina / Alice | ||
2021 | Proksi | Diana | |
2022 | Rajawali[35] | Maya | |
Seratus | Jururawat | Penampilan khas | |
2023 | Seindah Kasih The Movie | Sharifah |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | 5 Jingga | Zaleha | 8TV | Drama pertama |
Kasut Tumit Tinggi | Farah | Astro Prima | ||
Kapten Boleh | Astro Ceria | |||
2009 | Kecuali Cintamu | Jaslina | Astro Prima | |
Kau Laksana Bulan | TV2 | |||
Awan Dania (Musim 2) | Astro Ria | |||
2010 | Di Bawah Ketiak Isteri (Musim 2) | Noni | Astro Prima | |
Syurgamu Ramadhan | Adura | TV3 | ||
Habil & Qabil | Maria | |||
2011 | Ustaz Amirul | Munirah | ||
Nora Elena | Nora Elena | |||
Mistik Alam Hitam | Puteri | Astro Ria | ||
2012 | Cinta Alif Ba Ta | Zulaikha | TV AlHijrah | |
Terlanjur Cinta | Nia Maizura | TV9 | ||
2013 | Ruby | Syuhara | TV3 | |
Asmara Luna | Luna | |||
Memberku Hawa | Nur Hawa | Astro Ria | ||
2014 | Aku Ada Wali | Syumaila | TV AlHijrah | |
Ramadan Jangan Pergi | Farah | TV3 | ||
Manis | Anis | Astro Ria | ||
2015 | Ayuni Safira | Ayuni Safira | TV9 | |
2016 | Uda & Dara | Siti Mariam | Astro Prima | |
7 Hari Mencintaiku | Mia Adriana | TV3 | ||
2017 | Mandatori | Juliana Johari | Astro First Eksklusif | |
2018 | Bila Aidil Ada Fitri | Fitri Syafiah | Astro Oasis | |
Jika Masih Ada Rindu | Wahida | TV3 | ||
2019–2021 | Black | Sofia Farid | Viu | Adaptasi drama Korea |
2020 | Manuskrip Cinta | Dian Aryani | TV Okey | |
7 Hari Mencintaiku 2 | Mia Adriana | TV3 | ||
2021 | Scammer | Amy | Astro Ria | |
2022 | Love In Lockdown | Suzanna | Sooka | |
7 Hari Mencintaiku 3 | Mia Adriana | TV3 | ||
Scammer 2 | Amy | Astro Ria | Penampilan khas | |
Hilang | Wangi | Viu | ||
2023 | That Cover Girl | Sofi Safwan | Prime Video | |
2024 | SeOfis | Sam (Samirah) | Tonton | |
The Secret | Dr. Jo | Viu | ||
Kayangan | Vicky | Prime Video |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Puaka Topeng Putih | Laila | Astro Ria |
Senandung Semalam | Astro Prima | ||
Baju Raya Mona | Astro Ria | ||
2010 | Bersalji di Kuala Lumpur | Diana | Astro Citra |
2011 | Gincu | Maria | TV9 |
Sudu & Garfu | Aliya | TV3 | |
Cintaku 120 km/j | Asminar | ||
Rebah Di Hujung Taubat | Nisha | Astro Prima | |
Kekasih Awal dan Akhir | Akhirah | TV9 | |
Aku Untuk Siapa | Julia | TV3 | |
2012 | Semadikan Aku | Elly | |
Izan Azizan | TV9 | ||
7 Hari Di Neraka | Mariam | ||
Syawal Aidil Dan Fitri | Nur Ain | TV AlHijrah | |
Pelita Buluh Tok Wan | TV3 | ||
Bila Kerbau Bunting Berkubang | Astro Warna | ||
Aku, Dia dan Tong Sampah[36] | Sharnaz | TV9 | |
Bukan Itu Takdirku | |||
2013 | Dari Kerana Mata | TV3 | |
Kisah Sebenar Mengenai Bibah | Bibah | TV9 | |
2014 | Sekilas Cinta | Izara | TVi |
Luth Mahfuz | Ema | TV3 | |
Mat Gedebe | Cikgu Murni | TV9 | |
Hati Untuk Siapa | Astro Prima | ||
Cinta Hati Suri | Suri | TV3 | |
Cikgu Gangster | Maria | Astro Ria | |
Ketupat Rendang Keju | Alysa | Astro Warna | |
2015 | Aku, Dia dan Tong Gas | Sharnaz | TV9 |
Cintaku Tertinggal Di Mostar | Zulaikha | TV3 | |
Tak Nak Balik Raya | Uda | Astro First Eksklusif | |
Parut Sarajevo | Naida Beslajic | TV9 | |
Ada Sejadah Panjang Terbentang | Siti Aishah | ||
Cinta Paling Agung | Amyza | Astro First Eksklusif | |
2016 | Maduku Telefon Bimbit | Mastura | TV2 |
Malam Ku Bermimpi | TV1 | ||
2017 | Kekasih Elektrik | Puspa | Astro Citra |
Isteri Untuk Abang Long | Dian | TV9 | |
Memori Pajeri Nenas | Camelia | Astro First Eksklusif | |
Mat So'od | Samsiah | Astro Citra | |
Sekolah Api | |||
Gadis Kosmos | Puspa | ||
2018 | Hamba Iblis | Aishah | |
Bulan, Bintang & Sayang | Lily/Seri | ntv7 | |
I Heart You Cik Yah | Badariah | Astro Citra | |
2020 | Anais Patah Hati Pertama Kali | Anais | |
Koboi & Vampire | Budi | Astro Boo | |
2021 | Ancak | Hanis | Astro Citra |
2023 | Mendarat Di Syurga | Julia | TV3 |
Sempurna | Rossa |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Terbitan |
---|---|---|---|
2009 | Stage Therapy | Electric Minds Project | |
2014 | AsramaRaAllStars | Laili | Revolution Stage |
2016 | Zombi La La La | CTRA Production |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Gerbang AIM | Artis Jemputan | Astro Ria | |
2013 | Projek Gila | TV9 | ||
2022 | Women Talk (Musim 1) | Pengacara | TV3 | |
Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) | Juri | Astro Warna | ||
Sepahtu Reunion Live | Bella | Episod: "Kau Culik Cintaku" |
Videografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk lagu | Artis |
---|---|---|
2011 | "Legasi Cleopatra" | Erul AF9 |
2012 | "Untuk Dia" | Sleeq dan Najwa Latif |
Tahun | Acara | Tajuk Lagu | Artis | Tempat |
---|---|---|---|---|
2015 | Konsert Tapestry Of Colour Universiti Teknologi Petronas | Four Five Seconds | Siti Saleha & Sam Bunkface | Dewan Filharmonik Petronas KLCC |
Ghazal Empat Dara | Siti Saleha | |||
Stand By Me | Siti Saleha & Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim Naib Canselor UTP serta peserta konsert |
Endorsmen
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Anugerah Artis Harapan Pantene | Sudu & Garfu | Tercalon | |
2012 | Pelakon TV Wanita Popular[38] | — | Tercalon | |
2013 | Anugerah Skrin Bella | Tercalon | ||
Artis Wanita Pilihan | Tercalon | |||
Aktres Pilihan | Ruby | Tercalon | ||
Barisan Pelakon Pilihan | Tercalon | |||
Pasangan Pilihan (bersama Sharnaaz Ahmad) | Tercalon | |||
Pelakon TV Wanita Popular | — | Menang | ||
Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |||
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Zizan Razak) | Tercalon | |||
2014 | Selebriti Wanita Paling Seksi [39] | Tercalon | ||
Bintang Filem Meletop | KL Zombi | Tercalon | ||
Pelakon Harapan Wanita | Kerat 14 | Tercalon | ||
2015 | Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon | |
Pelakon Filem Wanita Popular | Menang | |||
Artis Wanita Pilihan | Tercalon | |||
Pelakon Wanita Terbaik Drama | Ada Sejadah Panjang Terbentang | Tercalon | ||
2016 | Pelakon Filem Wanita Popular | — | Tercalon | |
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
2017 | Aktres Pilihan | 7 Hari Mencintaiku[40] | Tercalon | |
Pasangan Pilihan (bersama Shukri Yahaya) | Menang | |||
Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon | ||
Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) | 7 Hari Mencintaiku | Tercalon | ||
Selebriti Wanita Paling Seksi | — | Tercalon | ||
2018 | Pelakon Wanita Terbaik Telenovela | Mandatori | Menang | |
2019 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem | 7ujuh | Menang | |
2020 | Pelakon TV Wanita Popular | — | Menang | |
2021 | Pelakon TV Wanita Popular | — | Menang | |
Gandingan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) | 7 Hari Mencintaiku 2 | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |||
Pasangan Drama Terbaik (bersama Shukri Yahaya) | Menang | |||
2023 | Anugerah Telenovela | Pelakon Wanita Popular (2020) | 7 Hari Mencintaiku 2 | Menang |
Pasangan Serasi Popular (bersama Shukri Yahaya) | Tercalon | |||
Ratu Telenovela | Menang | |||
Pelakon Wanita Terbaik | 7 Hari Mencintaiku 3 | Tercalon | ||
Pasangan Drama Terbaik (bersama Shukri Yahaya) | Tercalon | |||
2024 | Outstanding Asian Star (Malaysia)[41] | — | Menang | |
Aktres TV Popular | — | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Siti Saleha: Lebih Daripada Wajah Yang Menawan (Wawancara). iMoney.my. Diperoleh pada Julai 9, 2015.
- ^ Hong Boon How (24 Julai 2011). "Siti Saleha rolls with the punches". Carsifu. Dicapai pada 11 Mei 2014.
- ^ "Aku, Dia dan Tong Sampah, dari teater ke telefilem". Sinar Harian. 13 Ogos 2012. Dicapai pada 11 Mei 2014.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (15 Februari 2013). "Kerat 14 tak sehebat judulnya". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-25. Dicapai pada 11 Mei 2014.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (31 Januari 2013). "Kerat 14 tiada kaitan kisah pembunuhan sebenar". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-31. Dicapai pada 11 Mei 2014.
- ^ Budiey (13 Januari 2013). "Sinopsis drama bersiri Ruby". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Mei 2014.
- ^ KL Zombi tidak seram Diarkibkan 2017-10-25 di Wayback Machine Kosmo! (15 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
- ^ Filem KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Empat Hari Tayangan Rotikaya (2 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
- ^ Romantis cara Johan, Saleha Kosmo! (24 Oktober 2013). Dicapai pada 4 Julai 2015.
- ^ Aqmar Mustaza (25 Ogos 2014).Mamak Cupcake satukan Sam & Saleha Sinar Harian. Diperoleh pada 1 September 2014.
- ^ Jodoh Shaheizy Sam, Siti Saleha Kosmo! (30 Ogos 2014). Diperoleh pada 1 September 2014.
- ^ "'Mamak Cupcake' actress has a sweet tooth". The Star (Malaysia). 11 September 2014. Dicapai pada 20 Februari 2015.
- ^ Hului, Patricia (25 April 2015). "Terbaik Dari Langit: A little film with big ambition". The Borneo Post.
- ^ https://rainfallasleep.blogspot.my/2015/04/skrin-di-9-aku-dia-dan-tong-gas-2015.html
- ^ Zaidi Mohamad (13 April 2015). "TV9 siar drama Ayuni Safira". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mei 2015.
- ^ "Adaptasi cerpen: Ayuni Safira sarat konflik". Sinar Harian. 27 Mei 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
- ^ "Siti Saleha bakal muncul dalam drama terbaharu 'Uda dan Dara'". Astro Awani. 6 Februari 2016. Dicapai pada 1 Jun 2016.
- ^ Budiey (4 November 2016). "Drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Shukri Yahaya & Siti Saleha". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Mei 2017.
- ^ Naufal Idrus (13 Ogos 2012). "Watak Mia Adriana serlahkan Siti Saleha". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2017.
- ^ Naufal Idrus (25 Disember 2016). "Siti Saleha terima penangan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Mei 2017.
- ^ Angelin Yeoh (30 March 2017). "Actress Siti Saleha and the importance of knowing your self worth". Star2. Dicapai pada 11 Mei 2017.
- ^ http://www.myinfotaip.com/2017/03/kekasih-elektrik.html
- ^ "Kekasih Elektrik: Cinta dari sudut pandang lelaki". Utusan Malaysia. 6 Disember 2016. Dicapai pada 11 Mei 2017.
- ^ Nor Eryani Yusop (7 Oktober 2018). "Eksplorasi diri, watak & Siti Saleha". Kosmo!. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
- ^ Mumtaj Begum (16 Oktober 2018). "Siti Saleha goes into action mode in Extreme Ends". Star2. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
- ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
- ^ 26 November 2016. Siti Saleha kini tunangan Lutfi Azhar - Hiburan Sinar Harian
- ^ 26 November 2016. Siti Saleha Sah Tunangan Lutfi Setelah Setahun Berkenalan. Mynewshub
- ^ 12 Januari 2017. Siti Saleha & Lutfi Rancang Nikah Lepas Raya - Berita Hiburan. mStar
- ^ Syarrizuan Abdul Rashid (28 Julai 2017). "Siti Saleha sah jadi isteri Lutfi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 28 Julai 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (28 Julai 2017). "Siti Saleha selamat diijabkabul". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-30. Dicapai pada 28 Julai 2017.
- ^ Retrieved on 30 July 2017. Actress Siti Saleha and hubby want 11 children. The Star Online
- ^ Mohammad Shahmey Azmi (14 Oktober 2021). "Isu cerai, Siti Saleha dibanjiri doa, kata-kata semangat". Kosmo!. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
- ^ ABU BAKAR, FATHULLAH. "Siti Saleha sah bercerai talak satu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 January 2022.
- ^ 27 Ogos 2013. Pertarungan klimaks M. Nasir, Faizal Hussein. Kosmo
- ^ Playground Productions Hasilkan Aku, Dia Dan Tong Sampah. gua. Ogos 8, 2012.
- ^ Astro Plug & Play Box. Saksikan Astro tanpa gangguan!
- ^ Top 5 APBBH 2012, Zizan Razak Dahului Dengan 8 Pencalonan. gua. Januari 9, 2013.
- ^ Pilih selebriti paling ‘stailo’[pautan mati kekal]
- ^ Nor Eryani Yusop (11 April 2017). Malam 7 Hari Mencintaiku DFKL. Kosmo!. 12 April 2017.
- ^ https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/2024/09/26/siti-saleha-wins-outstanding-asian-star-trophy-at-seoul-international-drama-awards-in-south-korea
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Siti Saleha |
- Kelahiran 1990
- Orang hidup
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Peragawati Malaysia
- Muslim Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Orang dari Selangor
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Anugerah Skrin