Miera Leyana
Miera Leyana | |
---|---|
ميايرا ليانا | |
Kelahiran | Miera Leyana binti Kasmi 28 Ogos 1993 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2008–kini |
Ketinggian | 5 ft 7 in (1.7 m) |
Pasangan | Rosland Othman (k. 2020) |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Datin Sri Aishah Abdullah |
Bapa | Dato' Sri Kasmi Mat Arsat |
Saudara | Muhammed Fadley (abang) Miera Leydia (adik) |
Miera Leyana Dato' Sri Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Luna drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau dalam kerjaya lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat Maverick+Co.[1] Kredit filem Miera termasuk Apokalips X (2014) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Antara drama lakonan beliau ialah Kamelia Katrina, Putera Rayyan, Memori Cinta Suraya dan Biar Aku Jadi Penunggu.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Miera memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi drama web siri iaitu Luna Fantasiku yang bersiaran di Gua.com.my pada tahun 2008. Ketika itu, beliau hanya berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Pada tahun 2010, beliau menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh dan Adeline Tsen.
Kerjaya filem Miera bermula pada 2012 menerusi watak pembantu dalam filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.
Pada tahun yang sama, beliau terlibat dengan pementasan semula teater Tun Siti Hasmah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012. Beliau menggantikan Lisa Surihani yang menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda. Bagi pementasan semula itu, Miera hanya melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda selama tiga hari, manakala selebihnya digalas oleh Lisa.[2]
Pada tahun 2017, Miera telah membintangi dalam sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Damia Hani.
Seterusnya, Miera membintangi filem bertajuk Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid yang mula ditayangkan pada 4 Mei 2017. Ia merupakan filem kedua beliau bersama Mamat selepas Apokalips X (2014).[3]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Miera Leyana berkahwin dengan usahawan, Rosland Othman pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata.[4] Beliau mempunyai seorang abang dan seorang adik bernama Muhammed Fadley dan Miera Leydia.[5]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Jangan Pandang-Pandang | Marsha | Ahmad Idham | Filem pertama |
2013 | Pecah | Sarah | Asrul Hisham Ahmad | |
Balada Pencinta | Ayu | Khir Rahman | ||
2014 | Apokalips X | QiQi | Mamat Khalid | |
Dendam Orang Mati | Min | Jason Chong | ||
2015 | Kastil Tua | Model | Chiska Doppert | Filem Indonesia |
2017 | Lebuhraya Ke Neraka | Dina | Mamat Khalid |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Luna Fantasiku | Luna | TV9 |
2009 | Kamelia Katrina[6] | Kamelia | Astro Ria |
Bio-Nik | TV3 | ||
Ceria-Ceria Cikgu Rubina | |||
2010 | Hotel Mania | Hani | |
2011 | Nana Narita | Mona | TV9 |
Nora Elena | Maria Tan | TV3 | |
2012 | Aishiteru | TV9 | |
Friday I'm In Love | Bella | ||
Mulanya Di Sini | Alya | TV1 | |
Psikik[7] | Sukma | ||
Putera Rayyan | Anisa | TV3 | |
2012–2013 | Terlanjur Cinta | Nadila | TV9 |
2013 | Asmara Luna | Emma | TV3 |
Hujan | Azura | ||
Rumah Kedai | Suhaila | ||
2014 | Kusinero Cinta | Adawiyah | Astro Mustika HD |
2015 | Memori Cinta Suraya | Irina | Astro Prima |
Nasuha | Marina | TV9 | |
2016 | Mr. Boss Miss Stalker | Ria Alisya | TV3 |
Biar Aku Jadi Penunggu | Damia Hani | ||
2018 | Aku Cinta Dia | Anis | TV3 |
2019 | Detak Cinta Stetoskop | Dr Farah | TV Okey |
Hola Hermosa | Sheerin | TV1 | |
KL Meroyan | TV2 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke Malaysia | Sarah | RTV |
2016 | Mama Sado | Andra Raina | TV9 |
Mat Chia Chia | Fatimah | ||
Lari Lagi | Dhia | TV2 | |
2017 | Peah Singa[8] | Peah | TV9 |
Kismet | TV3 | ||
2018 | Genesis |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Anugerah Skrin 2013 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) | Rembat | Menang |
2015 | Anugerah Skrin 2015 | Dendam Orang Mati | Tercalon | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon Filem Wanita Popular | — | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Miss Ayu (12 Ogos 2008). "Mira dan Sakhee taruhan Luna Fantasiku". gua.com.my. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (25 Ogos 2015). "Miera Leyana nak jadi CEO". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2016.
- ^ Angelin Yeoh (May 6, 2017). "Review: Lebuhraya Ke Neraka". Star2. Dicapai pada 12 Julai 2017.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (26 Julai 2020). "Miera sah jadi isteri Rosland". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2020.
- ^ Zulaikha Yusof (9 September 2018). ""Beauty with Brain" - Netizen puji adik Miera Leyana". Gempak. Dicapai pada 27 Julai 2019.
- ^ Budiey (3 November 2009). "Elyana, Syed Ali, Nabil Dalam Drama Kamelia Katrina". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Julai 2010.
- ^ Budiey (24 Julai 2012). "Drama Psikik Temukan Miera Liyana & Lash Mokhtar". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Julai 2012.
- ^ Aqmar Mustaza (1 Februari 2017). "Peah Singa bukan sekadar hiburan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-09. Dicapai pada 27 Julai 2017.