[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Onigiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Onigiri

Onigiri (Hiragana: おにぎり, Kanji: 御握り; Jawi: اونيڬيري) atau nasi kepal[1] ialah nama Jepun bagi makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat sehingga berbentuk segi tiga, bulat, atau seperti karung beras. Onigiri dimakan dengan tangan, bukan dengan penyepit. Ia turut dikenali dengan nama omusubi iaitu istilah yang kononnya digunakan oleh wanita di istana maharaja untuk menyebutnya.[perlu rujukan]

Di Malaysia, onigiri boleh dijumpai di bahagian makanan Jepun di pusat membeli belah terkemuka dan di restoran yang menyediakan makanan Jepun. Di China, onigiri dikenal dengan nama fàntuán (飯糰).

Cara mengepal

[sunting | sunting sumber]

Nasi yang digunakan untuk membuat Onigiri sebaik-baiknya adalah beras yang memiliki kadar kanji yang tinggi seperti beras jenis Japonica sedangkan beras yang dimakan di negara-negara Asia Tenggara adalah beras jenis Indica. Nasi yang ditanak dari beras Japonica mudah melekat antara satu sama lainnya sehingga mudah dibentuk menjadi Onigiri.

Sebelum membuat Onigiri, kedua belah tangan harus dibasahkan dengan air agar nasi tidak melekat di tangan. Onigiri dibentuk oleh kedua-dua tapak tangan yang diletak sedikit garam, sedangkan garam di tapak tangan diratakan penyebarannya dengan gerakan seperti mencuci tangan.

Onigiri jenis paling sederhana biasanya berisi daging ikan salmon panggang atau Umeboshi yang berada di tengah-tengah nasi. Selain itu, ada Onigiri yang dipanggang setelah dicelup ke dalam kicap atau miso.

Di Jepun, Onigiri merupakan bekal makanan siang sewaktu berkelah atau dimakan sewaktu dalam perjalanan. Nasi pada Obento (kotak makanan siang khas Jepun) sering berupa Onigiri. Walaupun banyak orang Jepun yang membeli Onigiri hasil kilang yang dijual di pusat membeli belah yang dibuka 24 jam, Onigiri merupakan sejenis makanan yang gemar dibuat sendiri di rumah malah cara pembuatannya juga diwariskan secara turun-temurun.

Pada tahun 1987, telah ditemui gumpalan butiran nasi yang terkarbonisasi peninggalan zaman Yayoi dari penggalian arkeologi yang dilakukan di Wilayah Ishikawa. Dari nasi berbentuk Onigiri yang sudah terkarbonisasi tersebut ditemui sisa bekas tekanan jari tangan manusia. Selain itu, nasi yang dibentuk menyerupai Onigiri juga ditemukan di tapak penggalian Wilayah Kanagawa.

Kata onigiri terbitan kata kerja 握り nigiri "menggengam" atau "mengepal tangan". Pengungkapan onigiri pertama kali dicatatkan semasa Zaman Nara dalam Warta Wilayah Hitachi (常陸国風土記 Hitachi no Kuni Fudoki) pada tahun 5 Yōrō bersamaan 721 Masihi:[2]

Teks asal bertanda kanbun 〈風俗說云握飯筑波之國。〉[3]
Teks setelah dijepunkan 握飯(にぎりいひ) 筑波の国(つくはのくに)風俗(くにぶり)(ことば)()ふ。〉
Nigiri-ihi Tsukuba no kuni, kuniburi no kotoba-ni ifu.
Terjemahan bahasa moden 筑波国(つくばのくに)(なま)りで「握飯(にぎりいい)」と云う。〉
Tsukuba no namari de nigiri-ī to iu.
("Dalam loghat Tsukuba,[a] ia dipanggil nigiri-ī ["kepalan nasi"].)

Bentuk terawal onigiri adalah tonjiki (Hiragana: とんじき, Kanji: 屯食) yang dimasak dengan pulut kukus.[2]

Jenis-jenis Onigiri

[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, terdapat beratus-ratus jenis Onigiri dengan isi yang pelbagai bergantung kepada selera orang yang membuatnya. Nori sering digunakan untuk membungkus agar lebih mudah dimakan tanpa ada nasi yang melekat di tangan, walaupun berbagai jenis Onigiri tanpa Nori juga sering dijumpai.

  1. ^ terangkum dalam selatan Prefektur Ibaraki moden, Kawasan Kantō, pulau Honshu
  1. ^ Thaiyibah Sulaiman; Yoko Kami (1997). Nahu Bahasa Jepun. m/s. 466. ISBN 983625594X.
  2. ^ a b Naoto Yoshikai (23 Okt 2018) “「おにぎり」と「おむすび」の違い” Maktab Seni Terbuka Wanita Doshisha. Dicapai pada 20 April 2020
  3. ^ 川副由理子 (2013-02-26). "『常陸国風土記』行方郡に見える建借間命の国見記事について". 早稲田大学大学院文学研究科紀要. 第3分冊, 日本語日本文学 演劇映像学 美術史学 表象・メディア論 現代文芸. 早稲田大学大学院文学研究科. 58: 85. ISSN 1341-7533.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]