I masnadieri
Senarai Opera Giuseppe Verdi |
---|
Oberto, Conte di San Bonifacio (1839) |
I masnadieri ("Kumpulan perompak") ialah opera empat babak penggubah Giuseppe Verdi ditulis untuk libreto Itali oleh Andrea Maffei, berdasarkan lakonan pementasan Die Räuber oleh Friedrich von Schiller. Persembahan pertama opera ini dibuat di Her Majesty's Theatre, London pada Julai 22, 1847.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1842, Benjamin Lumley mengambil alih pengurusan Her Majesty's Theatre, sebuah rumah opera tradisi Itali di London.
Tiga tahun kemudian, opera Verdi yang berjudul "Ernani" dipersembahkan di Her Majesty's Theatre dan menerima pujian ramai meyakinkan Lumley untuk meminta Verdi menulis satu opera baru untuk dipersembahkan buat pertamakali di rumah opera beliau. Verdi ketika itu sudah pun terkenal sebagai penggubah utama negara Itali.
Verdi menerima cadangan Lumley dan bercadang untuk membuat persembahan opera di situ pada musim panas pada tahun 1846. Nasib agak malang untuk Lumkey, persembahan opera Verdi terpaksa ditangguhkan sehingga 1847 kerana sakit Verdi berlarutan. Ketika dalam masa perubatan, salah seorang rakan karib Verdi, Andrea Maffei, seorang pemuisi yang menterjemahkan kerja Shakespeare dan Schiller kepada bahasa Itali mencadangkan opera "Macbeth" dan kerjaseni Schiller, "Die Rãuber" mungkin boleh menyumbang subjek-subjek operatik yang sesuai.
Maffei sendiri mengusahakan libreto untuk opera Schiller, yang berjudul "I masnadieri" dalam bahasa Itali, manakala, libretis tetap Verdi, Francesco Maria Piave menyumbangkan teks-teks yang sesuai diambil dari opera "Macbeth".
Pada asalnya, Verdi bercadang untuk menerbitkan "I masnadieri" ketika karnival di Florence dan mempersembahkan pembukaan "Macbeth" di London pada tahun itu, malangnya beliau gagal mendapatkan tenor yang sesuai di Florence untuk peranan “Carlo”. Oleh itu, beliau menyudahkan "Macbeth" terlebih dahulu untuk persembahan di Florence dan kemudiannya meghasilkan "I Masnadieri" untuk persembahan di London. Verdi berlepas ke London dari Itali pada akhir bulan Mei 1847 apabila kerja-kerja gubahannya selesai kecuali bahagian orkhestra yang hanya dibuat apabila opera itu mula masuk sessi latihan.
Para pelakon dan penyanyi opera yang terpilih untuk malam pembukaan pada 22 Julai, 1847 adalah dianggap paling tinggi taraf untuk piawaian antarabangsa, yang memperkenalkan penyanyi soprano koloratura Sweden yang ternama, Jenny Lind untuk peranan utama wanita, "Amalia".
Malam pembukaan itu dihadiri oleh ramai orang-orang kenamaan termasuk Permaisuri England, Ratu Victoria dan suaminya, Putera Albert dari Saxe-Coburg dan Gotha , Duke of Wellington Arthur Wellesley, dan semua ahli aristokrat Britain. Persembahan tersebut mendapat kejayaan yang amat beasr dan disanjungi tinggi dengan laporan-laporan akhbar yang amat memberangsangkan. Namun, kejayaan itu hanyalah sekali dan tidak berulang lagi di masa dan tempat yang lain sehingga ke hari ini.
Peranan
[sunting | sunting sumber]Peranan | Jenis suara | Tayangan pembukaan Julai 22, 1847[1] (Konduktor: Giuseppe Verdi) |
---|---|---|
Massimiliano, Count dari Moor | bes | Luigi Lablache |
Carlo, anak sulung Massimiliano | tenor | Italo Gardoni |
Francesco, anak bongsu Massimiliano | bariton | Filippo Coletti |
Amalia, anak buah Massimiliano | soprano | Jenny Lind |
Arminio, orang gaji Massimiliano | tenor | Leone Corelli |
Rolla, ahli kumpulan pencuri berkedudukan tinggi | bariton | |
Moser, paderi | bes | Lucien Bouché |
Kumpulan koir yang juga melakonkan peranan perompak, pembunuh, penyangak, perogol dan lain-lain penjenayah |
Aria-aria terkenal
[sunting | sunting sumber]- "Nell'argilla maledetta" - Carlo dalam babak I, Adegan I
- "O mio castel paterno" - Carlo dalam babak I, Adegan I
- "Tremate, o miseri" - Francesco dalam babak I, Adegan II
- "La sua lampada vitale" - Francesco dalam babak I, Adegan II
- "Lo sguardo avea degli angeli" - Amalia dalam babak I, Adegan III
- "Tu del mio Carlo al seno" - Amalia dalam babak II, Adegan I
- "Carlo vive? O caro accento" - Amalia dalam babak II, Adegan I
- "Di ladroni attorniato" - Carlo dalam babak II, Adegan II
- "Un ignoto tre lune or saranno" - Massimiliano dalam babak III, Adegan II
- "Pareami che sorto da lanto convito" - Francesco dalam babak IV, Adegan I
Plot
[sunting | sunting sumber]- Tempat : Empayar suci Roman
- Masa : Sekitar 1755 dan 1757.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Senarai penyanyi-pelakon dari Budden, Julian: The Operas of Verdi (Cassell), vol 1, ms. 314.
Buku rujukan
[sunting | sunting sumber]- Osborne, Charles (1969). The Complete Operas of Verdi. Oxford: Oxford University Press.
- The Earl of Harewood & Peattie, Antony (1997). The New Kobbe's Opera Book. London: Ebury Press.
- Sadie, Stanley (1996). The New Grove Book of Operas. London: Macmillan Press Ltd.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Libreto Diarkibkan 2007-03-17 di Wayback Machine