Kem tahanan
Kem tahanan atau kem tumpuan ialah satu bentuk kem penahanan untuk mengurung banduan politik atau demografi yang disasarkan secara politik, seperti ahli kelompok bangsa atau etnik minoriti, atas alasan keselamatan negara, atau untuk eksploitasi atau hukuman.[1] Antara contoh kem tahanan bersejarah yang terkenal termasuk pengurungan orang awam bukan pejuang oleh British semasa Perang Boer Kedua, tahanan besar-besaran warga Jepun-Amerika oleh AS semasa Perang Dunia Kedua, kem tahanan Nazi (yang kemudiannya berubah menjadi kem penghapusan), dan kem buruh Soviet atau gulag.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Takrifan
[sunting | sunting sumber]Istilah kem tahanan berasal dari Perang Sepuluh Tahun Sepanyol–Kuba apabila tentera Sepanyol menahan orang awam Cuba masuk kem untuk memerangi pasukan gerila dengan lebih mudah. Sepanjang dekad-dekad berikutnya, British semasa Perang Boer Kedua dan Amerika semasa Perang Filipina-Amerika juga menggunakan kem tahanan.
Istilah "kem tahanan" dan "kem tumpuan" digunakan untuk merujuk kepada pelbagai sistem yang berbeza-beza dalam keterukan, kadar kematian dan pelan binaan; ciri yang menentukannya ialah banduan ditahan di luar kedaulatan undang-undang.[2] Kem penghapusan atau kem kematian, yang tujuan utamanya ialah membunuh, juga disebut secara tidak tepat sebagai "kem tahanan".[3]
American Heritage Dictionary (Kamus Warisan Amerika) mentakrifkan istilah kem tahanan sebagai: "Sebuah kem di mana orang dikurung, biasanya tanpa perbicaraan dan biasanya dalam keadaan yang teruk, selalunya akibat keahlian mereka dalam kumpulan yang kerajaan telah kenal pasti sebagai berbahaya atau tidak diingini."[4]
Meski contoh pertama orang awam ditahan mungkin bermula sejak tahun 1830-an,[5] istilah ini dalam bahasa Inggeris concentration camp pertama kali digunakan untuk merujuk kepada kem penumpuan semula (Bahasa Sepanyol: reconcentrados) yang didirikan oleh tentera Sepanyol di Cuba. semasa Perang Sepuluh Tahun (1868–1878).[6][7] Label itu digunakan sekali lagi untuk kem-kem yang dibina oleh Amerika Syarikat semasa Perang Filipina-Amerika (1899–1902).[8] Label kem tahanan kemudian diperluaskan dan diteruskan penggunaannya, apabila British mendirikan kem semasa Perang Boer Kedua (1899–1902) di Afrika Selatan untuk menahan orang Boer pada ketika itu.[6][9] Empayar Jerman juga mendirikan kem tahanan semasa genosid Herero dan Namaqua (1904–1907); kadar kematian kem-kem ini ialah 45 peratus, dua kali ganda berbanding kem British.[10]
Kem Rusia
[sunting | sunting sumber]Empayar Rusia menggunakan pembuangan dan buruh paksa sebagai bentuk hukuman kehakiman. Katorga, satu kategori hukuman yang dikhaskan untuk mereka yang disabitkan dengan jenayah paling serius, mempunyai banyak ciri yang dikaitkan dengan pemenjaraan kem buruh. Menurut ahli sejarah Anne Applebaum, katorga bukanlah hukuman yang lazim; kira-kira 6,000 banduan katorga menjalani hukuman tersebut pada tahun 1906 dan 28,600 pada tahun 1916.[11] Kem-kem ini berfungsi sebagai model pemenjaraan politik semasa zaman Soviet. Pada pertengahan Perang Saudara Rusia, Lenin dan Bolshevik menubuhkan sistem kem penjara "istimewa", berasingan daripada sistem penjara tradisionalnya dan di bawah kawalan polis rahsia yang dipanggil Cheka.[12] Kem-kem ini, seperti yang dibayangkan oleh Lenin, mempunyai tujuan politik yang jelas.[13] Kem tahanan ini tidak sama dengan kem Stalinis atau Nazi, tetapi diperkenalkan untuk mengasingkan tawanan perang bagi situasi sejarah yang melampau selepas Perang Dunia Pertama.[14] Pada tahun 1929, perbezaan antara banduan jenayah dan politik telah dihapuskan,[15] pentadbiran kem diserahkan kepada Direktorat Politik Negeri Bersama, dan kem-kem tersebut diperluaskan sehingga ke tahap yang merangkumi sebahagian besar ekonomi Soviet.[16] Sistem Gulag ini terdiri daripada beberapa ratus[17] kem sepanjang kewujudannya dan telah menahan kira-kira 18 juta orang dari 1929 hingga 1953.[18] Sebagai sebahagian daripada siri pembaharuan semasa Khrushchev Thaw, Gulag mengecil kepada satu perempat daripada saiz asalnya dan keutamaannya merosot dalam masyarakat Soviet.[19]
Kem Nazi
[sunting | sunting sumber]Nazi mula-mula menubuhkan kem tahanan untuk puluhan ribu tahanan politik, terutamanya ahli Parti Komunis Jerman dan Parti Demokratik Sosial Jerman, pada tahun 1933, menahan berpuluh ribu banduan.[20] Banyak kem ditutup selepas pembebasan banduan pada penghujung tahun itu, dan populasi kem terus berkurangan hingga tahun 1936; trend ini akan terbalik pada tahun 1937, dengan rejim Nazi menangkap berpuluh-puluh ribu orang "anti-sosial", sejenis kategori yang termasuk orang Roma serta gelandangan, pesakit mental dan orang yang tidak mengikuti standard masyarakat. Orang Yahudi semakin menjadi sasaran bermula pada tahun 1938. Selepas Nazi menceroboh Poland dan Perang Dunia Kedua bermula, kem-kem itu diperluaskan secara besar-besaran dan mendatangkan lebih banyak maut.[21] Pada kemuncaknya, sistem kem tahanan Nazi ada merata-rata, sebanyak 15,000 buah kem[22] dan sekurang-kurangnya 715,000 orang tahanan pada satu masa.[23] Kira-kira 1.65 juta orang didaftarkan sebagai banduan di kem-kem itu, dan kira-kira sejuta orang mati dalam penjara. Jumlah korban dalam kem-kem itu sukar ditentukan, tetapi dasar pemusnahan yang disengajakan melalui buruh di kebanyakan kem telah direka untuk memastikan banduan mati akibat kebuluran, penyakit yang tidak dirawat dan hukuman mati singkat dalam tempoh masa yang ditetapkan.[24] Selain kem tahanan, Jerman Nazi menubuhkan enam kem penghapusan, direka khusus untuk membunuh berjuta-juta orang, terutamanya dengan menggunakan gas.[25][26] Disebabkan itu, istilah "kem konsentrasi/tahanan" kadangkala digabungkan dengan konsep "kem penghapusan" dan ahli sejarah memperdebatkan sama ada istilah "kem tahanan" atau "kem tahanan" patut digunakan dalam contoh-contoh kem penahanan orang awam yang lain.[27]
Kem lain
[sunting | sunting sumber]Semasa Perang Dunia Kedua juga, kem tahanan didirikan oleh tentera Itali, Jepun, AS dan Kanada.
Label kem tahanan tetap digunakan untuk kes-kes selepas Perang Dunia Kedua, contohnya berhubung dengan kem British di Kenya semasa pemberontakan Mau Mau (1952–1960),[28][29] dan kem yang didirikan di Chile semasa pemerintahan diktator tentera Augusto Pinochet (1973–1990).[30] Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, seramai 3 juta orang Uyghur dan ahli kelompok minoriti Islam yang lain ditahan di kem "pendidikan" semula China yang terletak di wilayah Xinjiang dan yang sering dilabelkan oleh berita Amerika sebagai kem tahanan.[31][32] Kem-kem itu dibinakan pada akhir 2010-an di bawah pentadbiran Setiausaha Agung Xi Jinping.[33][34]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Concentration camp | Facts, History, Maps, & Definition | Britannica". www.britannica.com.
- ^ Stone, Dan (2015). Concentration Camps: A Very Short Introduction. Oxford University Press. m/s. 122–123. ISBN 978-0-19-879070-9.
Kem tahanan sepanjang abad ke-20 dan ke-21 jelas tidak sama, sama ada dari segi tahap keganasan yang mencirikannya atau sejauh mana tahanan mereka diabaikan oleh pihak berkuasa... Ciri penting sebuah kem tahanan bukanlah sama ada ia mempunyai dawai berduri, pagar, atau menara pengawal; sebaliknya, ia adalah pengumpulan orang awam, yang ditakrifkan oleh satu rejim sebagai ‘musuh’ de facto, untuk menahan mereka tanpa kerelaan mereka tanpa sebarang tuduhan di tempat kedaulatan undang-undang (prinsip keadilan) telah digantung.
- ^ "Nazi Camps". United States Holocaust Memorial Museum. Dicapai pada 3 October 2020.
- ^ "Concentration camp". American Heritage Dictionary. Dicapai pada 22 July 2014.
- ^ James L. Dickerson (2010). Inside America's Concentration Camps: Two Centuries of Internment and Torture. Chicago Review Press. m/s. 29. ISBN 978-1-55652-806-4.
- ^ a b The Columbia Encyclopedia: Concentration Camp (ed. Sixth). Columbia University Press. 2008.
- ^ "Concentration Camps Existed Long Before Auschwitz". Smithsonian. 2 November 2017.
- ^ Storey, Moorfield; Codman, Julian (1902). Secretary Root's record. "Marked severities" in Philippine warfare. An analysis of the law and facts bearing on the action and utterances of President Roosevelt and Secretary Root. Boston: George H. Ellis Company. m/s. 89–95.
- ^ "Documents re camps in Boer War". sul.stanford.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2007.
- ^ Stone, Dan (2017). Concentration Camps: A Very Short Introduction (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 19–20. ISBN 978-0-19-103502-9.
- ^ Applebaum, Anne. Gulag: A History. Anchor, 2004, pp. xxxi
- ^ Applebaum, Anne. "Gulag: A History." Anchor, 2003, pp. 12
- ^ Applebaum, Anne. "Gulag: A History." Anchor, 2003, pp. 5
- ^ Krausz, Tamás (27 February 2015). Reconstructing Lenin: An Intellectual Biography (dalam bahasa Inggeris). NYU Press. m/s. 512. ISBN 978-1-58367-449-9.
- ^ Applebaum, Anne. Gulag: A History. Anchor, 2003, pp. 50.
- ^ Ellman, Michael (2002). "Soviet Repression Statistics: Some Comments" (PDF). Europe-Asia Studies. 54 (2): 1151–1172. doi:10.1080/0966813022000017177. Dicapai pada August 14, 2011.
- ^ "Gulag | Definition, History, Prison, & Facts | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-21. Dicapai pada 2024-07-15.
- ^ "Gulag: A History, by Anne Applebaum (Doubleday)". The Pulitzer Prizes. 2004. Dicapai pada 2019-11-13.
- ^ Marc Elie. Khrushchev's Gulag: the Soviet Penitentiary System after Stalin's death, 1953-1964. Denis Kozlov et Eleonory Gilburd. The Thaw: Soviet Society and Culture during the 1950s and 1960s, Toronto University Press, pp.109-142, 2013, 978-1442644601. ⟨hal-00859338⟩
- ^ White, Joseph Robert (2009). "Introduction to the Early Camps". Early Camps, Youth Camps, and Concentration Camps and Subcamps under the SS-Business Administration Main Office (WVHA). Encyclopedia of Camps and Ghettos, 1933–1945. Vol. 1. Indiana University Press. pp. 3–16. ISBN 978-0-253-35328-3.
- ^ Wachsmann, Nikolaus (2009). "The Dynamics of Destruction: The Development of the Concentration Camps, 1933–1945". In Jane Caplan; Nikolaus Wachsmann (eds.). Concentration Camps in Nazi Germany: The New Histories. Routledge. pp. 17–43. ISBN 978-1-135-26322-5.
- ^ "Concentration Camp Listing". Belgium: Editions Kritak.
Sourced from Van Eck, Ludo Le livre des Camps
and Gilbert, Martin (1993). Atlas of the Holocaust. New York: William Morrow. ISBN 0-688-12364-3.. In this online site are the names of 149 camps and 814 subcamps, organized by country. - ^ Evans, Richard J. (2005). The Third Reich in Power. New York: Penguin Group. ISBN 978-0-14-303790-3.
- ^ Marek Przybyszewski. IBH Opracowania – Działdowo jako centrum administracyjne ziemi sasińskiej [Działdowo as the centre of local administration] (dalam bahasa Poland). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-22 – melalui Internet Archive.
- ^ Robert Gellately; Nathan Stoltzfus (2001). Social Outsiders in Nazi Germany. Princeton University Press. m/s. 216. ISBN 978-0-691-08684-2.
- ^ Anne Applebaum (18 October 2001). "A History of Horror| Review of Le Siècle des camps by Joël Kotek and Pierre Rigoulot". The New York Review of Books.
- ^ Schumacher-Matos, Edward; Grisham, Lori (10 February 2012). "Euphemisms, Concentration Camps And The Japanese Internment". npr.org.
- ^ "Museum of British Colonialism releases online 3D models of British concentration camps in Kenya". Morning Star. 27 August 2019.
- ^ "The Mau Mau Rebellion". The Washington Post. 31 December 1989.
- ^ "Chilean coup: 40 years ago I watched Pinochet crush a democratic dream". The Guardian. 7 September 2013.
- ^ "As the U.S. Targets China's 'Concentration Camps', Xinjiang's Human Rights Crisis is Only Getting Worse". Newsweek. 22 May 2019.
- ^ "Uighurs and their supporters decry Chinese 'concentration camps', 'genocide' after Xinjiang documents leaked". The Washington Post. 17 November 2019.
- ^ Ramzy, Austin; Buckley, Chris (2019-11-16). "'Absolutely No Mercy': Leaked Files Expose How China Organized Mass Detentions of Muslims". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2019-11-16.
- ^ Kate O'Keeffe and Katy Stech Ferek (14 November 2019). "Stop Calling China's Xi Jinping 'President', U.S. Panel Says". The Wall Street Journal.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Pitzer, Andrea (2017). One Long Night: A Global History of Concentration Camps. Little, Brown and Company. ISBN 978-0-316-30359-0.
- Stone, Dan (2015). Concentration Camps: A Very Short Introduction. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-879070-9.
- Smith, Iain R.; Stucki, Andreas (September 2011). "The Colonial Development of Concentration Camps (1868–1902)" (PDF). The Journal of Imperial and Commonwealth History. 39 (3): 417–437. doi:10.1080/03086534.2011.598746.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Kem tahanan di Wikimedia Commons