[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Fushigi Yuugi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fushigi Yuugi
GenreDrama, Fantasi, Cinta
Manga
PengarangYuu Watase
PenerbitJepun Shogakukan
Penerbit LainArgentina Editorial Ivrea
Brazil Conrad
Finland Egmont Kustannus
Poland Japonica Polonica Fantastica
Korea Selatan Seoul Publish
Taiwan Sharp Point Press
Amerika Syarikat Viz Media
Thailand Bongkoch Comics
United Kingdom Gollancz Manga
Singapura Chuang Yi
DemografikShōjo
Anime
PengarahHajime Kamegaki
StudioStudio Pierrot
Dilesenkan olehGeneon
Penyiaran AsalJepun Animax, TV Tokyo
Penyiaran LainKorea Selatan Tooniverse
Taiwan China TV, HER TV
Filipina GMA 7, AXN-Asia, Animax
India Animax
Amerika Syarikat International Channel
Portugal Canal Panda
Dikeluarkan pada6 April 199528 Mac 1996
Video animasi original
PengarahHajime Kamegaki
StudioStudio Pierrot
Dilesenkan olehGeneon
Jangka masa tayangan25 minit
Video animasi original
Fushigi Yūgi OVA 2
StudioStudio Pierrot
Dilesenkan olehGeneon
Jangka masa tayangan25 minit
Video animasi original
Fushigi Yūgi Eikoden
PengarahNanako Shimazaki
StudioStudio Pierrot
Dilesenkan olehGeneon
Jangka masa tayangan25 minit
Novel
PengarangMegumi Nishizaki
PenerbitJepun Shōgakukan
Berkait

Fushigi Yūgi Genbu Kaiden, siri manga prequel yang ditulis selepas Fushigi Yūgi

Portal Anime dan Manga

Fushigi Yūgi (ふしぎ 遊戯, harf. Drama Misteri) ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasi oleh Yuu Watase. Ia pada asalnya disirikan dalam Shōjo Comic dari Mei 1992 hingga Jun 1996.

Kisah ini mengisarkan tentang seorang gadis bernama Miaka Yuki, bersama rakan baiknya Yui Hongo, yang termasuk ke zaman dahulu melalui sebuah buku di perpustakaan. Kemudian, Miaka mendapati Yui telah hilang lalu mencarinya, tanpa mengetahui rakannya itu telah kembali ke zaman asal. Kisah ini seterusnya memperkenalkan watak Tamahome, seorang pemuda kacak dan miskin yang telah membantunya mencari Yui. Miaka menghentikan pencariannya setelah mengetahui Yui selamat dan telah kembali ke dunia asalnya. Dalam pada masa yang sama, Miaka dan Tamahome bertemu dengan seorang raja bernama Hotori yang mengesahkan bahawa Miaka adalah perawan Suzaku yang telah lama dicari-cari. Tamahome dan Hotohori pula adalah dua daripada tujuh pahlawan Suzaku yang bertanggungjawab melindungi perawan Suzaku. Cerita ini juga memaparkan suka duka dalam pencarian pahlawan yang selebihnya untuk memakbulkan hajat mereka sekiranya kesemua pahlawan Suzaku berjaya ditemui. Kisah ini menjadi lebih rumit apabila Tamahome dan Hotohori saling jatuh cinta terhadap Miaka.