Anjing Malta
Negara asal | Itali[1] | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Malta atau maltese[a] merujuk satu keragaman purba bagi baka anjing kerdil berbulu putih dari Itali[1] dan pada umumnya berkaitan juga dengan pulau Malta, dan dengan baka anjing serupa moden dalam kumpulan mainan, yang secara genetik berkaitan dengan baka-baka bichon, anjing Bologna, dan anjing Havana.[2] Hubungan tepat, jika ada, antara baka moden dengan baka purba tidak diketahui. Nicholas Cutillo mencadangkan bahawa anjing Malta mungkin diturunkan daripada kanin jenis spits dan bahawa keragaman purba barangkali serupa dengan baka-baka Pomerania yang kemudiannya dengan muncung pendek, telinga mencucuk, dan kepala bulat.[3][4] Kedua-dua keragaman ini, menurut Stanley Coren, mungkin merupakan anjing pertama yang digunakan oleh sebagai pendamping manusia.[5]
Keragaman moden secara tradisional mempunyai lapis bulu putih metah sutera, telinga tergantung, dan ekor yang melengkung ke atas belakangnya, dan berukuran sehingga seberat 3–4 kg (7–9 lb).[1] Anjing Malta tidak bersalin bulu.[6] Anjing Malta dibela untuk pendampingan, hiasan, atau pameran kompetitif.
Anjing Malta pada zaman purba
[sunting | sunting sumber]Keragaman lama anjing Malta kelihatannya telah menjadi haiwan peliharaan paling umum atau kegemaran, atau pastinya anjing rumah, pada zaman purba.[b][c][d] Anjing pelbagai saiz dan rupa bentuk digambarkan pada pasu dan amfora.[7] Pada sebuah amfora Athena dari kira-kira tahun 500 SM yang digali di Vulci pada abad kesembilan belas dan kini hilang, ilustrasi seekor anjing kecil dengan muncung runcing disertai oleh perkataan μελιταῖε, melitaie.[8]
Banyak rujukan kepada anjing ini terdapat dalam kesusasteraan Yunani dan Rom Purba.[9] Penulis purba secara pelbagai mengaitkan asal usulnya sama ada dengan pulau Malta di Laut Tengah yang dipanggil Melita dalam bahasa Latin, – nama yang terbit daripada kota Carthago bagi nama itu di pulau itu, Melite – atau dengan pulau Mljet di Laut Adriatik, berhampiran Corfu dan di luar pantai Dalmatia di Croatia moden yang juga dipanggil Melita dalam bahasa Latin. Ketidakpastian berterusan, tetapi kesarjanaan baru-baru ini pada umumnya menyokong pengenalan dengan Malta.[10]
Di Greece pada zaman klasik, satu keragaman jenis anjing kenit (νανούδιον/nanoúdion - "anjing kerdil")[11] dipanggil Μελιταῖον κυνίδιον (Melitaion kunídion, "anjing kecil [dari] Melita"). Dalam kekecilan luar biasanya, ia diumpamakan dengan pelbagai cara seperti marten (ἴκτις/iktis) atau tenggiling.[e] Perkataan "Melita" dalam bentuk kata sifat ini, yang dinyatakan dalam tulisan Aristoteles,[f] merujuk pulau Malta, menurut Busuttil.[11][g] Ahli falsafah sinis Diogenes dari Sinope, tokoh sezaman dengan Aristoteles, menurut testimoni Diogenes Laertius, merujuk dirinya sebagai "anjing Malta" (κύων.. Μελιταῖος/kúōn Melitaios).[13] Sebuah cerita tradisional dalam Dongeng Aesop mengkontraskan pemanjaan seekor anjing Malta oleh pemiliknya, berbanding dengan kehidupan pengabaian melelahkan yang dialami oleh keldai tuannya. Oleh sebab iri hati dengan perhatian memanjakan yang diberikan kepada anak anjing itu, keldai itu mencuba untuk bermain-main dan menjadi menarik juga, untuk memasuki rahmat tuannya dan dilayan dengan baik, hanya untuk dipukul dan ditambat ke palungannya.[11][h]
Pada sekitar 280 SM,[14] penyair Helenistik terpelajar, Kallimakhos, menurut tulisan Plinius yang Tua pada abad ke-1 Masihi, mengenal pasti Melite – tempat asal keragaman anjing purba ini – sebagai pulau di Laut Adriatik, bukannya Malta.[i] Sebaliknya, puisi Alexandra yang diikat pada Lykophron yang sama terpelajar sezaman dengan beliau, yang kini dianggap telah dikarang pada sekitar 190 SM, juga secara tidak langsung menyebut pulau Melite, tetapi mengenal pastinya sebagai Malta.[j][k][l] Strabo, yang menulis pada awal abad pertama Masihi, mengatributkan asal usulnya kepada pulau Malta.[m]
Pengganti Aristoteles, Theophrastus (371 – sekitar 287 SM), dalam lakaran jenis moral beliau, Karakter Etika, mempunyai satu bab tentang jenis orang yang mempunyai kebanggaan remeh dalam mengejar cita-cita menonjol untuk menjadi sangat cerewet dalam citarasanya (Μικροφιλοτιμία/mikrophilotimía). Salah satu ciri yang dikenal pasti dengan jenis watak ini ialah jika anjing peliharaannya mati, dia akan mendirikan papak peringatan untuk memperingati "zuriat Melita"-nya.[n] Athenaios, dalam Deipnosophistai karya besar beliau dari awal abad ke-3 Masihi (12:518–519), menyatakan bahawa orang Sybaris Sicilia, yang terkenal dengan keterlaluan cita rasa halus mereka, berciri untuk bergembira dengan kumpulan badut kerdil bermuka burung hantu dan anjing riba Melite (berbanding dengan sesama manusia), dengan anjing riba itu yang menemani mereka walaupun mereka pergi bersenam di gymnasion.[o]
Orang Rom memanggilnya catuli melitaei (tunggal: catulus melitaeus). Semasa abad pertama, pemuisi Rom Martialis menulis ayat-ayat deskriptif tentang seekor anjing riba bernama "Issa" yang dimiliki oleh sahabatnya Publius.[20][21][p] Telah ada dakwaan bahawa Issa ialah seekor anjing Malta dan bahawa pelbagai sumber mengaitkan Publius ini dengan Gabenor Rom Publius dari Malta,[22] tetapi tiada apa-apa yang diketahui tentang Publius ini, selain bahawa ia merupakan sahabat Paulus yang tidak dikenal pasti, anggota kelompok kesusasteraan Martialis.[23]
Anjing Malta pada zaman moden
[sunting | sunting sumber]Pakar genomik anjing menyatakan bahawa walaupun terdapat sejarah kaya tentang baka purba itu, anjing Malta moden, seperti banyak baka lain, tidak dapat dikaitkan dengan pedigri dengan susur galur purba itu, tetapi, sebaliknya, muncul pada era Victoria dengan mengawal atur penyilangan keragaman anjing sedia ada untuk menghasilkan jenis yang dapat didaftarkan sebagai baka tersendiri. Anjing Malta dan baka-baka serupa seperti anjing Havana, bichon, dan anjing Bologna, sememangnya berkaitan, mungkin melalui leluhur bersama akibat kejejalan teruk apabila segelintir keragaman anjing kecil mula dipilih untuk dikawankan pada sekitar dua abad lalu.[2]
Dalam karya beliau Insulae Melitae Descriptio, sejarah pertama seumpamanya,[24] Abbé Jean Quintin, Setiausaha kepada Pemimpin Umum Kesateria Malta Philippe Villiers de L'Isle-Adam, menulis pada tahun 1536 bahawa, sementara pengarang klasik menulis tentang anjing Malta, yang mungkin pernah lahir di sana, penduduk tempatan Malta pada zaman beliau tidak lagi mengenali spesies tersebut.[q]
John Caius, doktor perubatan kepada Ratu Elizabeth I, yang menulis tentang haiwan peliharaan kamar wanita, canes delicati seperti Comforter atau Spanish Gentle, menyatakan bahawa anjing-anjing itu dikenali sebagai "Melitei" yang berasal dari Malta,[26] walaupun spesies yang diperihalkan oleh beliau sebenarnya merupakan spaniel,[27][28] mungkin daripada jenis King Charles spaniel yang baru diimport. Satu variasi bagi King Charles spaniel itu merupakan anjing mainan Blenheim yang dibiakbakakan oleh keluarga Marlborough dengan mantel putih dan perang berangan distingtif.[29] Keragaman bermantel merah dan putih bagi anjing mainan peliharaan ini, baka-baka King Charles atau Blenheim Oxfordshire, kesemuanya menjadi fesyen pada abad ke-17 sehingga awal abad ke-19.[29]
Pada tahun 1837, Edwin Landseer melukis The Lion Dog from Malta: The Last of his Tribe ("anjing singa dari Malta: Yang terakhir daripada sukunya"), sebuah potret seekor anjing bernama Quiz, seekor makhluk putih kecil bak benang sutera yang berada di sebelah anjing Newfoundland yang besar, yang ditempah oleh Ratu Victoria sebagai hadiah hari kelahiran untuk bonda baginda, Duchess Kent, yang memiliki anjing tersebut.[30][31] Menurut John Henry Walsh, sejurus selepas kanvas-kanvas Landseer, minat penggemar anjing mainan di London tertarik kepada contoh import spaniel Cina, dengan muka pendek dan hidung pesek, dan secara bersilang membiakbakakan ini dengan pug dan buldog untuk memilih anak anjing dengan "jumbai" lebih panjang atau bulu pada telinga dan anggota tubuhnya.[32] Tidak lama kemudian, pasaran London mula berurusan dengan sesuatu yang dipanggil anjing "Maltese". Anjing ini pula tidak mempunyai kaitan yang diketahui dengan pulau itu, dan salah seorang pembiak baka, T. V. H. Lukey, yang dikaitkan dengan mastif Inggeris, menyatakan bahawa strain Malta beliau sendiri diimport dari Kepulauan Manilla pada tahun 1841.[33]
Strain jenis ini telah diterima sebagai kelas tersendiri di Pertunjukan Dewan Pertanian di Islington pada tahun 1862, apabila seorang pembiak baka, R. Mandeville, menerima hadiah pertama dan terus melakukannya pada tahun-tahun berikutnya.[34] Dari tahun 1869 hingga tahun 1879, Mandeville menyapu bersih kebanyakan pertunjukan di Birmingham, di Islington, di Crystal Palace, dan di Cremorne Gardens, dan kenel-kenel beliau dianggap telah menghasilkan strain terhalus untuk pembiakbakaan anjing Malta berikutnya.[35] Dari abad ke-19 dan seterusnya, keperluan muncul untuk anjing Malta untuk mempunyai lapis bulu putih secara eksklusif.[36] Walaupun berasal usul tidak diketahui, menjelang penutup abad itu, pakar anjing William Drury menyatakan bahawa hampir semua penulis Inggeris pada zaman itu mengaitkan baka ini dengan Malta, tanpa mengemukakan sebarang bukti untuk dakwaan ini.[27]
Seekor anjing putih telah ditunjukkan sebagai "Maltese Lion Dog" ("anjing singa Malta") dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pertama di Bandar Raya New York pada tahun 1877.[37] Sejak masa itu, ia kadang-kadang disilangkan dengan pudel, dan sebuah buku pembaka, berdasarkan keluaran dua ekor betina, diasaskan pada tahun 1901. Menjelang tahun 1950-an, pendaftaran ini menghitung kira-kira 50 ekor anjing dalam jadual pedigrinya.[2] Anjing Malta diiktiraf sebagai baka oleh American Kennel Club pada tahun 1888.[38] Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa di bawah naungan Itali pada tahun 1955.[1]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Lapis bulunya padat, licau, bak sutera, dan berkilat, menurun dengan berat di sepanjang tubuh tanpa keritingan atau lapis bulu bawah.[1] Warnanya ialah putih metah, namun sentuhan warna gading pucat atau tompok perang muda diizinkan.[1] Berat dewasa biasanya ialah 3–4 kg (7–9 lb).[1] Betina pula adalah kira-kira setinggi 20–23 cm (8–9 in), jantan lebih tinggi sedikit.[1] Ia berkelakuan cergas, tenang, dan penuh kasih sayang.[1]
Anjing Malta tidak bersalin bulu.[6] Seperti anjing putih lain, ia mungkin menunjukkan kesan tangisan atau bekas air mata.[39][40]
Baka ini mungkin terdedah kepada masalah kesihatan seperti isu hati dan jantung dan tempurung lutut terkehel. Ia patut diperiksa untuk keadaan seperti "duktus arteriosus paten".[r]
Baka ini juga sangat disyorkan untuk mereka dengan alahan anjing kerana baka ini dianggap hipoalergenik. Oleh itu, sesetengah orang dengan alahan anjing mungkin boleh bertolak ansur untuk tinggal dengan anjing Malta kerana ia kurang menggugurkan bulu.[42]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Anjing Malta dibela untuk pendampingan, untuk perhiasan, atau untuk pameran kompetitif.[43] Ia berada di kedudukan ke-59 daripada 79 baka yang ditaksir untuk kecerdasan oleh Stanley Coren.[44]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[45] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 11 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[46]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ملتا; ملتيس ; bahasa Inggeris: Maltese dog; maltese
- ^ "anjing kecil juga dibela sebagai anjing peliharaan rumah. Yang paling umum antara ini kelihatan seperti haiwan yang menyerupai anjing Malta, haiwan dengan telinga tegak kecil dan bulu panjang."(Trantalidou 2016, p. 107)
- ^ "anjing peliharaan kegemaran zaman purba kelihatan merupakan anjing Malta."(Gosling 1935, p. 100)
- ^ "Haiwan peliharaan paling umum merupakan anjing Malta putih kecil berbulu panjang yang diwakili pada pasu-pasu dan batu nisan Athena abad ke-5 SM."(White & Hornblower 2012, p. 1118)
- ^ Aelian dalam treatis beliau tentang haiwan (De Natura Animalium, 16:6) membuat perbandingan dengan tenggiling (Busuttil 1969, p. 205).
- ^ Aristoteles, Hist Anim.ix 6,612b10
- ^ Hujah leksikal ini – bahawa Μελιταῖος/Melitaîos ialah kata sifat betul untuk Melite/Malta, sementara kata sifat untuk Melite/Mljet mesti merupakan Μελιτήνος/Melitēnos telah dicabar oleh sarjana dari Malta, Horatio Vella, yang mengutip bentuk kata sifat Melitēíos sebagai bentuk nyata dialek bagi Melitaîos yang mentakrifkan sebuah gunung di kawasan Adriatik dekat dengan Kerkyra (Corcyra) (αἱ δ᾽ὄρεος κορυφὰς Μελιτηίου ἀμφενέμοντο : "yang lain tinggal di sekeliling puncan gunung Meliteian") daripada Argonautika (4.1150) oleh Apollonios dari Rodos.[12]
- ^ Ὄνος καὶ κυνίδιον 275:Ἔχων τις κύνα Μελιταῖον καὶ ὄνον διετέλει ἀεὶ τῷ κυνὶ προσπαίζων· καὶ δή, εἴ ποτε ἔξω ἐδείπνει, διεκόμιζέ τι αὐτῷ, καὶ προσιόντι καὶ σαίνοντι παρέβαλλεν. Ὁ δὲ ὄνος φθονήσας προσέδραμε καὶ σκιρτῶν ἐλάκτιζεν αὐτόν. Καὶ ὃς ἀγανακτήσας ἐκέλευσε παίοντας αὐτὸν ἀπαγαγεῖν καὶ τῇ φάτνῃ προσδῆσαι (Aesop 1980, pp. 304–305).
- ^ "inter quam et Illyricum Melite, unde catulos Melitaeos appellari Callimachus auctor est" : "(di antara Corcyra Melaena) dengan Illyricum adalah Meleda, yang daripadanya, menurut Kallimakhos, terier Malta mendapat namanya".[15][16]
- ^ "Identiti pulau ini yang dipanggil Melite telah banyak dibahaskan, tetapi kedekatan terbukti dengan Tanjung Pachynos, tanjung tinggi selatan di Sicilia, sejelasnya menunjukkan Malta." (Hornblower 2015, p. 375)
- ^
ἄλλοι δὲ Μελίτην νῆσον Ὀθρωνοῦ πέλας
πλαγκτοὶ κατοικήσουσιν, ἣν πέριξ κλύδων
ἔμπλην Παχύνου Σικανὸς προσμάσσεται,
1030τοῦ Σισυφείου παιδὸς ὀχθηρὰν ἄκραν
ἐπώνυμόν ποθ᾽ ὑστέρῳ χρόνῳ γράφων
κλεινόν θ᾽ ἵδρυμα παρθένου Λογγάτιδος,
Ἕλωρος ἔνθα ψυχρὸν ἐκβάλλει ποτόν, - ^ Kekeliruan antara Malta dengan Mljet juga berlaku dalam rujukan-rujukan purba kepada tapak bangkai kapal St. Paulus yang diceritakan dalam Kisah Rasul-Rasul.
- ^ πρόκειται δὲ τοῦ Παχύνου Μελίτη, ὅθεν τὰ κυνίδια ἃ καλοῦσι Μελιταῖα καὶ Γαῦδος, ὀγδοήκοντα καὶ ὀκτὼ μίλια τῆς ἄκρας ἀμφότεραι διέχουσαι : "Di luar Pachynus terletak Melita, yang dari sana datang anjing kecil yang dipanggil Melitaean, dan Gaudos, kedua-dua sejauh lapan puluh lapan batu dari tanjung."[17]
- ^ καὶ κυναρίου δὲ Μελιταίου τελευτήσαντος αὐτῷ μνῆμα ποιῆσαι καὶ στηλίδιον ποιήσας [10] ἐπιγράψαι ΚΛΑΔΟΣ ΜΕΛΙΤΑΙΟΣ : "Atau jika anjing kecil Melitean-nya telah mata, ia akan meletakkan sekeping papak peringatan kecil, dengan inskripsi, zuriat Melita." Jebb, atau penyunting beliau pascakematian, Sandys, berhujah bahawa rujukan ini adalah kepada Melita Illyria, dan bukan Malta.[18]
- ^ καὶ κυνάρια Μελιταῖα, ἅπερ αὐτοῖς καὶ ἕπεσθαι εἰς τὰ γυμνάσια; οἱ Συβαρῖται ἔχαιρον τοῖς Μελιταίοις κυνιδίοις καὶ ἀνθρώποις οὐκ ἀνθρώποις : "juga anjing riba Melitê. Yang menemani mereka malah ke gymnasion..Orang-orang Sybaris, sebaliknya, gembira kerana anak anjing Melitê dan manusia yang kurang daripada manusia."[19]
- ^ (Gosling 1935, pp. 110–111):
Issa's more full of sport and wanton play
Than that pet sparrow by Catullus sung;
Issa's more pure and cleanly in her way
Than kisses from the amorous turtle's tongue,
Issa more winsome is than any girl
That ever yet entranced a lover's sight;
Issa's more precious than the Indian pearl
Issa's my Publius' favourite and delight.
Her plaintive voice falls sad as one that weeps;
Her master's cares and woes alike she shares;
Softly reclined upon his neck she sleeps,
And scarce to sigh or draw her breath she dares.
Her, lest the day of fate should nothing leave,
In pictured form my Publius has portrayed
Where you so lifelike Issa might perceive.
That not herself a better likeness made,
Issa together with her portrait lay,
Both real or both depicted you would say. - ^ "Huic insulae Strabo nobiles illos, adagio, non minus quam medicinis, canes adscribit, inde Melitaeos dictos, Plinio, & nunc etiam incolis ignotos, tunc forte nascebantur."[25]
- ^ [Terjemahan] 'Anjing Malta dapat mengalami tempurung lutut terkehel, iaitu keadaan apabila salah satu atau kedua-dua tempurung lutut terkeluar dari tempatnya. Walaupun kehelan tempurung lutut pada umumnya tidak dianggap sebagai keadaan menyakitkan, ini mungkin menyebabkan anjing berkenaan lebih memilih salah satu tungkai dan dapat mencenderungkannya terhadap kecederaan lutut lain (seperti koyakan ligamen krusiat kranium) dan artritis. Bergantung pada keparahan tempurung lutut terkehel, pembedahan mungkin disarankan untuk mencegah kecederaan lanjut dan memperbaik kualiti hidup anjing Malta anda. Pembiak baka bertanggungjawab bagi anjing Malta akan menyaring anak anjing mereka untuk keabnormalan jantung seperti duktus arteriosus paten (patent ductus arteriosus, PDA). PDA ialah keadaan terwaris apabila duktus arteriosus, iaitu bukaan normal di antara dua pembuluh darah utama di dalam jantung yang tutup sejurus selepas kelahiran, tidak tutup. Keadaan ini menyebabkan darah mengalir dengan tidak betul dan memaksa sisi kiri jantung bekerja dengan lebih keras. Ini akhirnya membawa kepada kegagalan kebuk itu. Bergantung pada saiz bukaan, anjing mungkin menunjukkan gejala minimum hingga tanda parah bagi kegagalan jantung.'[41]
Kutipan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l AISBL (2015).
- ^ a b c Gorman (2021).
- ^ Cutillo (1986), m/s. 190, 199.
- ^ MacKinnon & Belanger (2016), m/s. 43.
- ^ Coren (2006), m/s. 167.
- ^ a b Alderton (2010), m/s. 59.
- ^ Moore (2008), m/s. 16.
- ^ Johnson (1919), m/s. 211.
- ^ Busuttil (1969), m/s. 205–208.
- ^ Ogden (2008), m/s. 197.
- ^ a b c Busuttil (1969), m/s. 205.
- ^ Vella (1995), m/s. 12.
- ^ Ogden (2008), m/s. 200.
- ^ Jebb (1909), m/s. 67,n.36.
- ^ Gaius Plinius Secundus (1942), m/s. 114.
- ^ Kallimakhos (1985), m/s. 404.
- ^ Strabo (1924), m/s. 102–103.
- ^ Jebb (1909), m/s. 66–67, n.36.
- ^ Athenaios (1980), m/s. 334–335, 336–337.
- ^ Serpell (1996), m/s. 47.
- ^ Franco (2019), m/s. 100–101.
- ^ Blarney & Inglee (1949), m/s. 622.
- ^ Vioque (2017), m/s. 410.
- ^ Delgado (2020), m/s. 16–17.
- ^ Quintin (1536), m/s. 24.
- ^ Blunt-Lytton (1911), m/s. 25–27.
- ^ a b Drury (1903), m/s. 577.
- ^ Leighton (1910), m/s. 274.
- ^ a b Walsh (1882), m/s. 238.
- ^ Lee (1899), m/s. 345.
- ^ Landseer & Stephens (1874), m/s. 105.
- ^ Walsh (1882), m/s. 239.
- ^ Walsh (1882), m/s. 241.
- ^ Walsh (1882), m/s. 241–242.
- ^ Pelbagai (2010).
- ^ Raymond-Mallock (1907), m/s. 63.
- ^ Brearley (1984), m/s. 29.
- ^ AKC (2022).
- ^ Leighton (1910), m/s. 297.
- ^ Fielheller.
- ^ Kho-Pelfrey (2022).
- ^ Johnstone (2023).
- ^ MSAKC (2022).
- ^ Coren (2006), m/s. 124.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo Emidio; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo Felice; Podaliri Vulpiani, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni Loris; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 267743971 Check|s2cid=
value (bantuan).
Sumber
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Malta |
- Aesop (1980) [Pertama kali diterbitkan pada 1951]. Manganelli, Giorgio; Valla, Elena Ceva (penyunting). Esopo Favole (dalam bahasa Greek). Rizzoli.
- Alderton, David (1 September 2010). The Dog Selector: How to Choose the Right Dog for You [Pemilih Anjing: Cara untuk Memilih Anjing Betul untuk Anda] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764163654. OCLC 606762012.
- Athenaios (1980). The Deipnosophists [Deipnosophistae] (dalam bahasa Inggeris dan Greek Purba). 5. Diterjemahkan oleh Gulick, Charles Burton. Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat: Harvard University Press. ISBN 9780434992744. OCLC 715129383.
- Blarney, Edwin Reginald; Inglee, Charles Topping, penyunting (1949). The Complete Dog Book. The care, handling, and feeding of dogs; and Pure bred dogs; the recognized breeds and standards [Buku Anjing Lengkap. Penjagaan, pengendalian, dan penyuapan anjing; dan anjing baka tulen; baka dan piawaian beriktiraf] (dalam bahasa Inggeris). Garden City Publishing Co.
- Blunt-Lytton, Judith Anne Dorothea (1911). Toy Dogs and Their Ancestors Including the History and Management of Toy Spaniels, Pekingese, Japanese and Pomeranians [Anjing Mainan dan Leluhurnya Termasuk Sejarah dan Pengurusan Spaniel Mainan, Anjing Peking, Anjing Jepun, dan Anjing Pomerania] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: D. Appleton & Company. OCLC 8970416.
- Brearley, Joan McDonald (1984). The Book of the Maltese [Buku Anjing Malta] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780876665633. OCLC 11443299.
- Breeds by Year Recognized [Baka mengikut Tahun Pengiktirafan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 3 Mei 2022.
- Busuttil, Joseph-Paul (Oktober 1969). "The Maltese Dog" [Anjing Malta]. Greece & Rome (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. 16 (2): 205–208. doi:10.1017/S0017383500017058. ISSN 1477-4550. JSTOR 642850. S2CID 163799376.
- Coren, Stanley (6 Mac 2006). The Intelligence of Dogs: Canine Consciousness and Capabilities [Kecerdasan Anjing: Kesedaran dan Keupayaan Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. baharu). London, United Kingdom: Pocket Books. ISBN 9781416502876. OCLC 62478745.
- Cutillo, Nicholas (1986). The Complete Maltese [Anjing Malta Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876052099. OCLC 14167886.
- dari Rodos, Apollonios (1981). Vian, Francis (penyunting). Argonautiques [Argonautika] (dalam bahasa Perancis dan Greek Purba). 3. Paris, Perancis: Les Belles Lettres. ISBN 9782251103532. OCLC 1290975516.
- Delgado, Albert (16 Mac 2020). "The Maltese dog: a toy for ancient royalty" [Anjing Malta: mainan untuk kerabat diraja purba]. Times of Malta (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2024.
- "Dog Breed Directory: Maltese" [Direktori Baka Anjing: Anjing Malta] (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2011. Dicapai pada 22 Januari 2024.
- Drury, William D. (1903). British Dogs: Their Points, Selection, and Show Preparation [Anjing British: Kelebihan, Pemilihan, dan Penyiapan Pertunjukannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). London, United Kingdom: L. Upcott Gill. m/s. 575–581. OCLC 16734268.
- "FCI-Standard N° 65 MALTESE" [Piawaian FCI No. 65 Anjing Malta] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Disember 2015. Dicapai pada 22 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- Fielheller, Vicki. "Tear Staining" [Bekas Air Mata] (dalam bahasa Inggeris). American Maltese Association.
- Franco, Cristiana (14 November 2019). "Dogs and Humans in Ancient Greece and Rome: Towards a Definition of Extended Appropriate Interaction" [Anjing dan Manusia di Yunani dan di Rom Purba: Ke Arah Takrif Interaksi Sesuai Lanjut]. Dalam Sorenson, John; Matsuoka, Atsuko (penyunting). Dog's Best Friend?: Rethinking Canid-Human Relations [Sahabat Baik Anjing?: Memikirkan Hubungan Canid–Manusia Semula] (dalam bahasa Inggeris). Montreal, Kanada: McGill–Queen's University Press. ISBN 9780773559066. OCLC 1107492526.
- Gaius Plinius Secundus (1942). Pliny: Natural History: Books 3–7 [Plinius: Sejarah Semula Jadi: Buku 3–7] (dalam bahasa Inggeris dan Latin). 2. Diterjemahkan oleh Harris, Rackham. Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat: Harvard University Press. ISBN 9780674993884. OCLC 313293.
- Gorman, James (4 Oktober 2021). "How Old Is the Maltese, Really?" [Setua Manakah Anjing Malta, Sebenarnya?]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris).
- Gosling, W. F. (Februari 1935). "Pets in Classical Times" [Haiwan Peliharaan pada Zaman Klasik]. Greece & Rome (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. 4 (11): 109–113. doi:10.1017/S0017383500003144. ISSN 1477-4550. JSTOR 640982. S2CID 162223203.
- Hornblower, Simon (11 Ogos 2015). Lykophron: Alexandra: Greek Text, Translation, Commentary, & Introduction [Lykophron: Alexandra: Teks Yunani, Terjemahan, Ulasan, dan Pengenalan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. ISBN 9780199576708. OCLC 915156104.
- Jebb, R. C. (1909) [Pertama kali diterbitkan pada 1870]. Sandys, J. E. (penyunting). The Characters of Theophrastus (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Macmillan.
- Johnson, Helen Moore (19 Mei 1919). "The Portrayal of the Dog on Greek Vases" [Penggambaran Anjing pada Pasu Yunani]. The Classical Weekly (dalam bahasa Inggeris). Johns Hopkins University Press. 12 (27): 209–213. doi:10.2307/4387846. ISSN 1940-641X. JSTOR 4387846. S2CID 187630110.
- Johnstone, Gemma (7 Disember 2023). "Does a Completely Hypoallergenic Dog Exist?" [Adakah Anjing yang Sepenuhnya Hipoalergenik Wujud?] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 5 Februari 2024.
- Kallimakhos (1985). Pfeiffer, Rudolf Carl Franz Otto (penyunting). Fragmenta (dalam bahasa Latin dan Greek Purba). 1. Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. ISBN 9780198141150. OCLC 13179771.
- Kho-Pelfrey, Teresa (17 Oktober 2022). "Maltese" [Anjing Malta]. Pet MD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Jun 2024.
- Landseer, Edwin Henry; Stephens, Frederic George (1874). Memoirs of Sir Edwin Landseer: A Sketch of the Life of the Artist, Illustrated with Reproductions of Twenty-four of His Most Popular Works [Memoir Sir Edwin Landseer: Lakaran Kehidupan Seniman, Berilustrasikan Hasil Semula Dua Puluh Empat Karya Paling Popularnya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: George Bell. OCLC 4713132.
- Lee, Rawdon Briggs (1899). A History and Description of the Modern Dogs of Great Britain and Ireland (Non-Sporting Division): Including Toy, Pet, Fancy, and Ladies' Dogs [Sejarah dan Perihal Anjing Moden Great Britain dan Ireland (Bahagian Bukan Sukan): Termasuk Anjing Mainan, Peliharaan, Fancy, dan Wanita] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). London, United Kingdom: Horace Cox. OCLC 681826103.
- Leighton, Robert (1910). Dogs and All About Them [Anjing dan Semua Tentangnya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 296–300. OCLC 260324281.
- Lykophron (1921). Mair, A.W. (penyunting). Callimachus, Lycophron, Aratus (dalam bahasa Inggeris). Loeb Classical Library.
- MacKinnon, Michael; Belanger, Kyle (29 Julai 2016). "Sickness and in Health: Care for an Arthritic Maltese Dog from the Roman Cemetery of Yasmina, Carthage, Tunisia" [Semasa Sakit dan Sihat: Penjagaan untuk Anjing Malta Beratritis dari Perkuburan Rom di Yasmina, di Carthago, dan di Tunisia]. Dalam Snyder, Lynn M.; Moore, Elizabeth A. (penyunting). Dogs and People in Social, Working, Economic or Symbolic Interaction: Proceedings of the 9th ICAZ Conference [Anjing dan Orang dalam Interaksi Sosial, Kerja, Ekonomi, atau Simbolik: Prosiding Persidangan ICAZ Ke-9] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxbow Books. m/s. 38–43. ISBN 9781785703997. OCLC 954009199.
- Moore, Mary B. (2008). "The Hegesiboulos Cup" [Cangkir Hegesiboulos]. Metropolitan Museum Journal (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. 43: 11–37. doi:10.1086/met.43.25699084. ISSN 2169-3072. JSTOR 25699084. S2CID 192949602.
- Ogden, Daniel (2008). In Search of the Sorcerer's Apprentice: The Traditional Tales of Lucian's Lover of Lies [Dalam Pencarian Perantis Sahir: Kisah-kisah Tradisional tentang Kekasih Kebohongan Lucianus] (dalam bahasa Inggeris). Swansea, United Kingdom: The Classical Press of Wales. doi:10.2307/j.ctv1n35867. ISBN 9781914535109. OCLC 654493327.
- Pelbagai (11 November 2010). The Maltese Dog: A Complete Anthology of the Dog [Anjing Malta: Antologi Lengkap tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781445527505. OCLC 1152312516.
- "Pet Information: The Maltese" [Maklumat Haiwan Peliharaan: Anjing Malta]. Manila Standard/American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 5 Mac 2022.
- Quintin, Jean (1536). Insulae Melitae descriptio ex commentariis rerum quotidianarum [Perihal Pulau Melita daripada Catatan Peristiwa Harian] (dalam bahasa Latin). Lyon: Sebastian Gryphius.
- Raymond-Mallock, Lilian C. (1907). The Up-to-date Toy Dog: The History, Points and Standards of English Toy Spaniels, Japanese Spaniels, Pomeranians, Toy Terriers, Pugs, Pekinese, Griffon Bruxellois, Maltese and Italian Greyhounds [Anjing Mainan Terkini: Sejarah, Kelebihan, dan Piawaian Spaniel Mainan Inggeris, Spaniel Jepun, Anjing Pomerania, Terier Mainan, Pug, Anjing Peking, Grifon Brussel, Anjing Malta, dan Grehaun Itali] (dalam bahasa Inggeris). Battle Creek, Michigan: The Dogdom Publishing Company – melalui HathiTrust Digital Library.
- Serpell, James Andrew (13 Ogos 1996). In the Company of Animals: A Study of Human–Animal Relationships [Bertemankan Haiwan: Kajian Hubungan Manusia–Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 9780521577793. OCLC 34543724.
- Strabo (1924). Strabo: Geography: Books 6–7 [Strabo: Geografi: Buku 6–7] (dalam bahasa Inggeris dan Greek Purba). Diterjemahkan oleh Jones, Horace Leonard. Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat: Harvard University Press. ISBN 9780674992016. OCLC 40176101.
- Trantalidou, Katerina (29 Julai 2016). "Companions from the Oldest Times: Dogs in Ancient Greek Literature, Iconography and Osteological Testimony" [Pendamping dari Zaman Tertua: Anjing dalam Kesusasteraan, Ikonografi, dan Testimoni Osteologi Yunani Purba]. Dalam Snyder, Lynn M.; Moore, Elizabeth A. (penyunting). Dogs and People in Social, Working, Economic or Symbolic Interaction: Proceedings of the 9th ICAZ Conference [Anjing dan Orang dalam Interaksi Sosial, Kerja, Ekonomi, atau Simbolik: Prosiding Persidangan ICAZ Ke-9] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxbow Books. m/s. 96–120. ISBN 9781785703997. OCLC 954009199.
- Vella, Horatio Caesar Roger (September 1995). "The island of Gozo in classical texts" [Pulau Gozo dalam teks klasik]. Occasional Papers on Islands and Small States (dalam bahasa Inggeris). Universiti Malta. 13: 1–40. ISSN 1024-6282.
- Vioque, Guillermo Galán (18 September 2017). Martial, Book VII. A Commentary [Martialis, Buku VII. Ulasan] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Zoltowsky, J. J. Leiden, Belanda: Brill Publishers. doi:10.1163/9789004350977. ISBN 9789004350977. OCLC 647137193.
- Walsh, John Henry (1882). The Dogs of the British Islands: Being a Series of Articles on the Points of Their Various Breeds, and the Treatment of the Diseases to Which They Are Subject [Anjing Kepulauan British: Sebagai Siri Rencana tentang Kelebihan Pelbagai Bakanya, dan Rawatan Penyakit yang Kepadanya Ia Tertakluk] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). London, United Kingdom: Horace Cox. m/s. 238–242. OCLC 1118098572.
- White, Sheila; Hornblower, Simon (2012). "Pets". Dalam Hornblower, Simon; Spawforth, Antony; Eidinow, Esther (penyunting). The Oxford Classical Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-199-54556-8.