[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Cekur putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cekur
چکور
Pokok cekur di taman botani
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
K. galanga
Nama binomial
Kaempferia galanga

Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae",[1] ialah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia.Nama lain bagi cekur ialah cekur hijau atau cekur jawa. [2]Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja.Cekur juga ialah herba berbatang pendek dan batang yang dikelilingi kelongsong daun.[3] Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.Ditanam sebagai hiasan halaman rumah dan ubat-ubatan. [4]


Ciri-ciri botani

[sunting | sunting sumber]
Lukisan Kaempferia galanga

Herba kecil tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun. Isi rizom berwarna putih dan kulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan hujung meruncing, pucuk muda berwarna hijau muda, daun tua berwarna hijau tua, permukaan berkilat, berbau wangi. Bunga tunggal, sederhana besar, keluar dari celah ketiak daun, mempunyai empat kelopak, berwarna putih keunguan.

Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.

Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.[perlu rujukan]

Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.[perlu rujukan]

  1. ^ Roskov Y.; Kunze T.; Orrell T.; Abucay L.; Paglinawan L.; Culham A.; Bailly N.; Kirk P.; Bourgoin T.; Baillargeon G.; Decock W.; De Wever A.; Didžiulis V. (2019). "Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist". Species 2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-18. Dicapai pada 11 November 2019.
  2. ^ Yaacob, Musa (2011). Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. m/s. 36. ISBN 9789679365313.
  3. ^ yaacob, Musa (2011). Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia. m/s. 36. ISBN 9789679365313.
  4. ^ Yaacob, Musa (2011). Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. m/s. 36. ISBN 9789679365313.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]