[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Łukasz Szumowski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Łukasz Szumowski
Menteri Kesihatan
Menyandang jawatan
9 Januari 2018
Didahului olehKonstanty Radziwiłł
Maklumat peribadi
Lahir
Łukasz Jan Szumowski

(1972-06-03) 3 Jun 1972 (umur 52)
Warsaw, Poland
PasanganAnna Szumowska (k. 1997)
Anak4
Tempat belajarUniversiti Perubatan Warsaw

Łukasz Jan Szumowski (lahir 3 Jun 1972) ialah seorang pakar kardiologi Poland dan sejak 9 Januari 2018, Menteri Kesihatan negara itu.[1][2][3] Beliau merupakan ahli untuk Sejm IX yang mewakili parlimen Płock (Nr. 16). Beliau dicalonkan dalam senarai parti Prawo i Sprawiedliwość.[4]

Beliau dilahirkan pada 3 Jun 1972 di Warsaw. Pada tahun 1997, beliau menamatkan pengajian di Universiti Perubatan Warsaw,[5] lalu kemudian bekerja di Institut Kardiologi di osiedle (pekan) Warsaw Anin,[6] di mana beliau menerima gelaran kedoktoran pada tahun 2002.[7] Habilit pada 26 Januari 2010.[7] Pada 2 Jun 2016 beliau menerima gelaran Profesor Sains Perubatan.[7] Pada 24 November 2016, beliau menjadi setiausaha bawahan di Kementerian Sains dan Pengajian Tinggi, yang diarahkan oleh Jarosław Gowin pada masa itu.[8] Beliau juga bertanggungjawab mewujudkan Institut Bioteknologi Perubatan.[9] Pada 9 Januari 2018, beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan oleh Andrzej Duda atas cadangan Mateusz Morawiecki.[1] Beliau menggantikan Konstanty Radziwiłł. Dalam pilihan raya parlimen Poland 2019, beliau memenangi kerusi parlimen untuk Sejm.[4] Szumowski ialah Menteri Kesihatan terkini semasa pandemik COVID-19 di Poland.[10]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Szumowski ialah pengarang banyak penerbitan perubatan,[7] dan merupakan ketua penyunting "Heartbeat Journal".[11]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Anna serta mereka mempunyai 4 orang anak.[5] Selepas pengajiannya, Łukasz Szumowski bersama isterinya bekerja selama sebulan di hospital Mother Teresa.[12][13] Beliau ialah seorang Katolik dan ahli Sovereign Military Order of Malta.[14]

  1. ^ a b "Oficjalna strona Prezydenta Rzeczypospolitej Polskiej / Aktualności / Nominacje / Prezydent powołał nowych ministrów PL/ENG". www.prezydent.pl. Dicapai pada 20 April 2020.
  2. ^ o.o, Eurozet Sp z. "Łukasz Szumowski – kim jest nowy minister zdrowia? [INFORMACJE] - Radio ZET". www.radiozet.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 20 April 2020.
  3. ^ "45-letni kardiolog Łukasz Szumowski nowym ministrem zdrowia. Przedstawiamy sylwetkę – Polityka zdrowotna". www.rynekzdrowia.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 20 April 2020.
  4. ^ a b "Wybory do Sejmu i Senatu Rzeczypospolitej Polskiej 2019 r." sejmsenat2019.pkw.gov.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 20 April 2020.
  5. ^ a b "gov.pl". Dicapai pada 20 April 2020.
  6. ^ "Profesor Łukasz Szumowski Ministrem Zdrowia – Narodowy Instytut Kardiologii". www.ikard.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 20 April 2020.
  7. ^ a b c d "nauka-polska.pl". Dicapai pada 22 April 2020.
  8. ^ "Prof. Łukasz Szumowski nowym podsekretarzem stanu w resorcie nauki". Nauka w Polsce (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 22 April 2020.
  9. ^ Goluch, oprac Bartosz (10 Januari 2018). "Łukasz Szumowski, czyli "minister zagadka". O nominacji dowiedział się dzień przed powołaniem". wiadomosci.wp.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 22 April 2020.
  10. ^ "47 osób z podejrzeniem koronawirusa w Polsce. Szumowski: Wirus pojawi się w najbliższych dniach". gazetapl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 24 April 2020.
  11. ^ "Heart Beat Journal - Editorial Board". www.heartbeatjournal.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 April 2020.
  12. ^ "Łukasz Szumowski był ostatnim Polakiem, który spotkał Matkę Teresę z Kalkuty". DEON.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 20 April 2020.
  13. ^ "Ania i Łukasz Szumowscy byli ostatnimi..." www.gosc.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 20 April 2020.
  14. ^ "Opłatek Maltański" (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 20 April 2020.