Rambut
Rambut (Jawi: رامبوت ) merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.
Rambut beruban
suntingRambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Rambut |