[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Zimbabwe Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zimbabwe Raya
Great Zimbabwe
Pemandangan udara pekarangan tapak kota
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Africa" tidak wujud.
LokasiProvinsi Masvingo, Zimbabwe
Koordinat20°16′S 30°56′E / 20.267°S 30.933°E / -20.267; 30.933Koordinat: 20°16′S 30°56′E / 20.267°S 30.933°E / -20.267; 30.933
JenisSettlement
Sebahagian daripadaKerajaan Zimbabwe
Luas7.22 kilometer persegi (1,780 ekar)
Sejarah
BahanGranit
Diasaskanabad ke-11 M
Ditinggalkanabad ke-15 M
ZamanZaman Besi Akhir
BudayaKingdom of Zimbabwe
Perincian tapak
Zimbabwe Raya
Nama asliGreat Zimbabwe
Nama rasmiGreat Zimbabwe National Monument
Sebahagian dari
Kingdom of Zimbabwe Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1986 (sesi ke-10)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Zimbabwe Raya (bahasa Inggeris: Great Zimbabwe) ialah sebuah kota zaman pertengahan di perbukitan berhampiran Tasik Mutirikwe dan bandar Masvingo tenggara Zimbabwe selatan benua Afrika. Ia dianggap sebagai ibu kota suatu kerajaan besar yang wujud semasa Zaman Besi Akhir ketamadunan yang ada di tanah itu walaupun tidak dapat dikenal pasti kerajaan mana khususnya.[1] Ia merupakan binaan yang terbesar dari 200 tapak seumpamanya tersebar serata rantau selatan benua turut diberi nama dzimba-dza-mabwe,[2] dari bahasa Shona loghat Karanga di Masvingo bermaksud "rumah-rumah batu" (dzimba kata jamak imba "rumah", mabwe kata jamak bwe "batu");[3][4][5] tetapi ia juga boleh datang dari ungkapan dzimba-hwe, "rumah tinggi" merujuk kepada kediaman atau makam persemadian pembesar.[6]

Pembinaan kota ini bermula pada abad ke-11 oleh orang Shona[7] dan diteruskan sehingga ia ditinggalkan pada abad ke-15;[8][9] tapak kota purba ini imerangkumi kawasan berkeluasan 7.22 km persegi yang boleh menempatkan sehingga 18,000 orang pada kemuncaknya, dengan kepadatan penduduk kira-kira 2,500 setiap kilometer persegi.

Runtuhan kota purba ini mula dikaji para penjelajah dan penjajah Eropah pada 1871 tidak lama selepas lawatan meneliti kawasan sekitar.[10] Kajian selidik arkeologi mengenai kota ini pada dekad-dekad berikutnya mendapat tentangan dari rejim Rhodesia yang menganggap ia menggugat kedudukan masyarakat penguasa kulit putih ke atas rakyat kulit hitam Afrika[11] sehinggalah entiti ini terbubar tahun 1979. Ia kini diiktiraf sebagai suatu Tapak Warisan Dunia UNESCO.

  1. ^ https://www.researchgate.net/publication/287608347_Great_Zimbabwe_in_Historical_Archaeology_Reconceptualizing_Decline_Abandonment_and_Reoccupation_of_an_Ancient_Polity_AD_1450-1900
  2. ^ M. Sibanda, H. Moyana et al. 1992. The African Heritage. History for Junior Secondary Schools. Book 1. Zimbabwe Publishing House. ISBN 978-0-908300-00-6
  3. ^ "Zimbabwe – big house of stone". Somali Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2011. Dicapai pada 14 December 2008.
  4. ^ Lafon, Michel (1994). "Shona Class 5 revisited: a case against *ri as Class 5 nominal prefix" (PDF). Zambezia. 21: 51–80.
  5. ^ Vale, Lawrence J. (1999). "Mediated monuments and national identity". Journal of Architecture. 4 (4): 391–408. doi:10.1080/136023699373774.
  6. ^ Garlake, Peter (1973). Great Zimbabwe: New Aspects of Archaeology. London, UK: Thames & Hudson. m/s. 13. ISBN 978-0-8128-1599-3.
  7. ^ "Great Zimbabwe: African City of Stone". 10 March 2017.
  8. ^ Beach, David (1998). "Cognitive Archaeology and Imaginary History at Great Zimbabwe". Current Anthropology. 39: 47–72. doi:10.1086/204698.
  9. ^ "Great Zimbabwe (11th–15th century) – Thematic Essay". The Metropolitan Museum of Art. Dicapai pada 12 January 2009.
  10. ^ Fleminger, David (2008). Mapungubwe Cultural Landscape. 30 Degrees South. m/s. 57. ISBN 978-0-9584891-5-7.
  11. ^ Frederikse, Julie (1990) [1982]. "(1) Before the war". None But Ourselves. Biddy Partridge (photographer). Harare: Oral Traditions Association of Zimbabwe with Anvil Press. m/s. 10–11. ISBN 0-7974-0961-0.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]