[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Yamoussoukro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yamoussoukro
Pemandangan kota dari udara
Pemandangan kota dari udara
Negara Côte d'Ivoire
KawasanLacs
JabatanYamoussoukro
Pentadbiran
 • GabenorN'Dri Koffi Apollinaire
Keluasan
 • Jumlah3,500 km2 (1,351.3 batu persegi)
Penduduk
 (2005)
 • Jumlah200,659
 • Kepadatan148.5/km2 (385/batu persegi)
Zon waktuUTC+0 (GMT)

Yammoussoukro (disebut [ya.mus.su.kro]) ialah ibu negara Ivory Coast, ia bandar kelima terbesar negara tersebut selepas Abidjan, Bouaké, Daloa dan Korhogo.[1]

Penduduknya berjumlah 300,000 pada tahun 2010.

Kampung asal yang menjadi asas kota ini pada awalnya diberi nama N'Gokro. Ia dinamakan semula sempena Ratu Yamoussou yang pernah memerintah kawasan tersebut; -kro itu merupakan imbuhan dalam bahasa Baule bermaksud "kampung".

Kota ini diserahkan kedudukan sebagai pusat pemerintahan negara Côte d'Ivoire dari Abidjan pada tahun 1983,[2] ia merupakan petempatan keempat berperanan sedemikian dalam sejarah negara itu sejak ia dibentuk hasil jajahan Barat termasuk Grand-Bassam (1893-1900) dan Bingerville (1900-1933).[3]

Basilika Yamoussoukro waktu senja

Kota ini terletak di suatu kawasan dataran savana yang telah dipulihkan daripada penggurunan hasil pengairan daripada anak-anak sungai Marahoué dan N'Zi yang mencabang dari sungai Bandama.[4]

Suhu dan iklim

[sunting | sunting sumber]

Yamoussoukro beriklim tropika basah kering (Aw) mengikut pengelasan iklim Köppen-Geiger .[5] Musim tengkujuhnya dari Mac hingga Oktober manakala 4 bulan selebihnya bermusim kering.

Kota ini menerima kerpasan sekitar 1130 mm setahun.

Data iklim untuk Yamoussoukro
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 31.5
(88.7)
33.5
(92.3)
33.5
(92.3)
32.9
(91.2)
31.7
(89.1)
30.1
(86.2)
28.6
(83.5)
28.5
(83.3)
29.3
(84.7)
30.1
(86.2)
30.7
(87.3)
30.1
(86.2)
30.9
(87.6)
Purata suhu harian, °C (°F) 25.2
(77.4)
27.3
(81.1)
27.6
(81.7)
27.3
(81.1)
26.5
(79.7)
25.6
(78.1)
24.5
(76.1)
24.5
(76.1)
24.8
(76.6)
25.2
(77.4)
25.5
(77.9)
24.5
(76.1)
25.7
(78.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 18.9
(66.0)
21.2
(70.2)
21.8
(71.2)
21.8
(71.2)
21.3
(70.3)
21.1
(70.0)
20.4
(68.7)
20.6
(69.1)
20.4
(68.7)
20.4
(68.7)
20.3
(68.5)
19
(66)
20.6
(69.1)
Purata kerpasan, mm (inci) 13
(0.5)
42
(1.7)
108
(4.3)
126
(5.0)
155
(6.1)
165
(6.5)
88
(3.5)
83
(3.3)
170
(6.7)
125
(4.9)
36
(1.4)
15
(0.6)
1,126
(44.5)
Sumber: Climate-Data.org, altitude: 236m[5]
  1. ^ "Résultats RGPH 2014: la Côte d'Ivoire compte 23 millions d'habitants". abidjan.net. 23 Disember 2014. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  2. ^ "Yamassoukro. village capitale d'un président". Le Monde (dalam bahasa Perancis). 5 September 1987. m/s. 13.
  3. ^ Cybriwsky, Roman Adrian (2013). Capital Cities around the World: An Encyclopedia of Geography, History, and Culture. ABC-CLIO. m/s. 339.
  4. ^ "Côte d'Ivoire géographie et climat". Routard (dalam bahasa Perancis).
  5. ^ a b "Climate: Yamoussoukro - Climate graph, Temperature graph, Climate table". Climate-Data.org. Dicapai pada 2 September 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]