[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Xiyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Xiyu atau Wilayah Barat pada abad pertama SM.

Xiyu (Hsi-yu; Bahasa Cina: 西域pinyin: XīyùWade-Giles: Hsi1-yü4) atau Wilayah Barat atau Kawasan Barat atau Daerah Barat ialah sebuah nama bersejarah yang ditetapkan dalam sejarah China antara abad ke-3 SM sehingga abad ke-8 M yang merujuk kepada daerah barat dari Lintasan Yumen, paling hampir dengan Asia Tengah atau kadang-kadang lebih khususnya bahagian paling timur darinya (iaitu Altishahr atau Tarim Basin di Xinjiang selatan), walaupun kadangkala digunakan secara lebih umum untuk merujuk daerah lain di bahagian barat China juga, seperti anak benua India (seperti dalam novel Perjalanan ke Barat).[1]

Kerana lokasinya yang strategik merentasi di Laluan Sutera, Xiyu telah menjadi penting secara bersejarah sekurang-kurangnya sejak abad ke-3 SM. Daerah ini merupakan lokasi berlakunya Perang Han-Xiongnu sehingga 89 M. Pada abad ke-7, Kempen tentera/ketenteraan Tang terhadap negara-negara Xiyu menyebabkan penguasaan China terhadap daerah ini hingga Pemberontakan An Lushan.

Kempen tentera/ketenteraan Tang terhadap negara-negara Xiyu (640–648)

Daerah tersebut menjadi penting dalam beberapa abad kemudian sebagai saluran budaya antara Asia Timur, anak benua India, dunia Muslim, dan Eropah, seperti selama tempoh Empayar Mongol. Salah satu eksport paling penting dari Wilayah Barat ialah kitab Buddha, terutamanya sutra Mahayana, yang dilakukan oleh para pedagang dan pelawat sami ke China. Sami Dinasti Tang Xuanzang melintasi daerah tersebut dalam perjalanannya untuk belajar di India, menghasilkan Catatan Tang Agung mengenai Xiyu yang berpengaruh semasa dia kembali ke ibu kota Tang di Chang'an.

  1. ^ Tikhvinskiĭ, Sergeĭ Leonidovich and Leonard Sergeevich Perelomov (1981). China and her neighbours, from ancient times to the Middle Ages: a collection of essays. Progress Publishers. m/s. 124.
  • Joseph P. Yap Wars with the Xiongnu - a translation from Zizhi Tongjian Chapters 4-17. AuthorHouse (2009) ISBN 978-1-4490-0604-4
  • 西域考古図譜: vol.1 西域考古図譜: vol.2