[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Ubi kayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ubi kayu
Gambar ubi kayu dari Koehlers Medizinischepflanzen
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
M. esculenta
Nama binomial
Manihot esculenta
Sinonim[1][2]
  • Janipha aipi (Pohl) J.Presl
  • Janipha manihot (L.) Kunth
  • Jatropha aipi (Pohl) Göpp.
  • Jatropha diffusa (Pohl) Steud.
  • Jatropha digitiformis (Pohl) Steud.
  • Jatropha dulcis J.F.Gmel.
  • Jatropha flabellifolia (Pohl) Steud.
  • Jatropha loureiroi (Pohl) Steud.
  • Jatropha manihot L.
  • Jatropha mitis Rottb.
  • Jatropha paniculata Ruiz & Pav. ex Pax
  • Jatropha silvestris Vell.
  • Jatropha stipulata Vell.
  • Mandioca aipi (Pohl) Link
  • Mandioca dulcis (J.F.Gmel.) D.Parodi
  • Mandioca utilissima (Pohl) Link
  • Manihot aipi Pohl
  • Manihot aypi Spruce
  • Manihot cannabina Sweet
  • Manihot diffusa Pohl
  • Manihot digitiformis Pohl
  • Manihot dulcis (J.F.Gmel.) Baill.
  • Manihot edule A.Rich.
  • Manihot edulis A.Rich.
  • Manihot flabellifolia Pohl
  • Manihot flexuosa Pax & K.Hoffm.
  • Manihot loureiroi Pohl
  • Manihot melanobasis Müll. Arg.
  • Manihot sprucei Pax
  • Manihot utilissima Pohl
Manihot esculenta

Ubi kayu, ubi benggala, ubi belanda, ubi gajah, ubi jenderal, ubi perancis, ketela kayu, singkung atau singkong (nama botani: Manihot esculenta sin. Manihot utilissima)[3][2] ialah spesies tumbuhan tropika dan subtropika dari keluarga Euphorbiaceae[3] yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Ubi ini ialah sumber karbohidrat makanan beriklim tropika ketiga terbesar di dunia selepas padi dan jagung.[4][5][6]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama ubi perancis (Jawi: ‏اوبي ڤرانچيس‎‎) diberikan orang Jawa.[7] Nama ubi jenderal (Jawi: ‏اوبي جندرل‎‎) diberikan kerana saiz akar ubi ini yang besar seperti Gabenor Jeneral jajahan Belanda di pulau-pulau Indonesia.[8]

Nama singkung dan singkong (dua-dua dalam Jawi: سيڠكوڠ) dijejak dari China.[9]

Pokoknya jenis renek yang tumbuh sehingga 4 meter. Semua bahagian batangnya mengandungi getah putih. Akarnya tirus dan panjang dengan ukuran sehingga 100 sentimeter dan garis pusat sebesar 15 sm; isinya putih, kuning atau merah apabila segar. Helai daunnya ringkas dengan banyak jejari yang hampir bercantum di tengah daun pada hujung tangkai 5-30 sm panjang.[3]

Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi.

Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.

Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hidrosianik (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Akar ubi kayu yang telah dikupas dikisar menjadi tepung. Tepung ini direndam dalam air dan diperah sampai kering beberapa kali sebelum dibakar.[10]

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli, kuih ubi, tapai, kerepek dan yang seumpama dengannya.[3]

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.[11]

Kegunaan lain

[sunting | sunting sumber]

Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

  1. ^ a b "Manihot esculenta Crantz, Rei Herb. 1: 167 (1766)". Plants of the World Online. Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 11 November 2022.
  2. ^ a b "Manihot utilissima". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2006). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 130–131. ISBN 9676113905.
  4. ^ "Cassava". Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2016. Dicapai pada 24 November 2011.
  5. ^ Fauquet Claude; Fargette Denis (1990). "African Cassava Mosaic Virus: Etiology, Epidemiology, and Control" (PDF). Plant Disease. 74 (6): 404–11. doi:10.1094/pd-74-0404.
  6. ^ Afedraru, Lominda (31 Januari 2019). "Uganda to launch innovative gene-edited cassava research". Alliance for Science. Universiti Cornell. Dicapai pada 11 November 2022.
  7. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Pĕranchis". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 250 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  8. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "jĕndĕral". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 461 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  9. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "singkong". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 478 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  10. ^ Padmaja, G.; Steinkraus, K. H. (1995). "Cyanide detoxification in cassava for food and feed uses". Critical Reviews in Food Science and Nutrition. 35 (4): 299–339. doi:10.1080/10408399509527703. PMID 7576161.
  11. ^ Starch Utilization in Food Industries

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]