[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Templat:GP dilindungi/Minggu 5 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nebula Carina oleh ESO

Nebula Carina (dikatalogkan sebagai NGC 3372; juga dikenali sebagai Nebula Carina Besar) ialah suatu kawasan yang besar dan kompleks dengan kenebulaan yang terang dan gelap dalam buruj Lunas (Carina), terletak di Lengan Lunas–Kaus (Lengan Carina–Sagittarius) bagi galaksi Bima Sakti. Nebula ini berada kira-kira 8,500 tahun cahaya (2,600 pc dari Bumi.

Imej yang dipaparkan ini merupakan imej komposit warna Nebula Carina, yang mendedahkan butiran indah pada bintang dan debu di rantau ini. Beberapa objek astronomi boleh dilihat dalam imej medan luas ini, termasuklah bintang bintang dedua Eta Carinae di bahagian bawah kiri, bersebelahan dengan Nebula Lubang Kunci. Dua gugusan bintang terbuka, Trumpler 14 dan Collinder 228, masing-masing boleh ditemui di atas dan di bawah Eta Carinae.

Agensi Angkasa Eropah

Gambar pilihan sebelum ini:


Lihat juga

[sunting sumber]