[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Tahyul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tahyul (atau tahayul) atau khurafat bermaksud kepercayaan yang karut-marut tanpa sebarang asas dalam sains (ilmu alam). Tahyul boleh timbul daripada pelbagai faktor seperti kejahilan, salah faham terhadap sains, kuat percaya pada kuasa ghaib atau ketakutan terhadap anasir yang tidak diketahui.

Tahyul sering memaksudkan kepercayaan dan amalan yang berkisarkan nasib, ramalan dan makhluk-makhluk ghaib tertentu, terutamanya kepercayaan bahawa peristiwa akan datang boleh diramal daripada peristiwa terdahulu yang tidak berkaitan.[1]

  1. ^ Vyse, Stuart A (2000). Believing in Magic: The Psychology of Superstition. Oxford, England: Oxford University Press. m/s. 19–22. ISBN 978-0-1951-3634-0.