[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Tabik Nazi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Ahli-ahli Belia Hitler membuat tabik hormat Nazi dalam satu perhimpunan di Berlin pada tahun 1933

Tabik Nazi, juga dikenali sebagai tabik Hitler,[a] atau tabik Sieg Heil, ialah satu gerak isyarat yang digunakan sebagai bentuk sapaan dalam Jerman Nazi. Tabik dilakukan dengan mengangkat lurus tangan kanan dari bahu ke atas. Biasanya, orang yang memberi tabik akan berkata "Heil Hitler!" ('Hail Hitler!'),[b] "Heil, mein Führer!" ('Salam, pemimpinku!'), atau "Sieg Heil!" ('Salam kemenangan!'). Ia secara rasmi diguna pakai dalam Parti Nazi pada tahun 1926, walaupun ia telah digunakan dalam parti seawal tahun 1921,[4] untuk menandakan ketaatan kepada pemimpin parti, Adolf Hitler, dan untuk memuliakan negara Jerman (dan kemudiannya usaha perang Jerman). Tabik ini menjadi wajib kepada orang awam[5] tetapi menjadi pilihan kepada anggota tentera, yang mengekalkan tradisi tabik hormat tentera sehingga cubaan membunuh Hitler yang gagal[6] pada 20 Julai 1944.

Penggunaan tabik ini diharamkan dalam era moden Jerman (Strafgesetzbuch seksyen 86a), Austria dan Slovakia.[7] Penggunaan sebarang frasa Nazi yang dikaitkan dengan tabik ini juga dilarang.[8] Di Itali, ia adalah satu kesalahan jenayah jika digunakan dengan niat untuk "menghidupkan semula Parti Fasis Nasional", atau untuk menyanjung tinggi ideologi atau ahlinya.[9] Di Kanada dan kebanyakan Eropah (termasuk Republik Czech,[10] Perancis, Belanda, Sweden,[7] Switzerland, United Kingdom, Ukraine, dan Rusia), menunjukkan tabik hormat itu sendiri bukanlah satu kesalahan jenayah, tetapi membentuk ucapan kebencian jika digunakan untuk menyebarkan ideologi Nazi.[11][12][7] Melakukan tabik secara terbuka juga adalah haram di Australia di bawah undang-undang Komanwel melainkan untuk tujuan keagamaan, akademik, pendidikan, kesenian, sastera atau saintifik.[13]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jerman: Hitlergruß, lit.'Hitler greeting', IPA: [ˈhɪtlɐˌɡʁuːs]  ( dengar)[1] also called by the Nazi Party deutscher Gruß, 'German greeting', IPA: [ˈdɔʏtʃɐ ˈɡʁuːs]  ( dengar)[2]
  2. ^ IPA: [ˌhaɪl ˈhɪtlɐ]  ( dengar)[3]

Nota informasi

Petikan

  1. ^ Determinative compound Hitlergruß: Hitler see Krech/Stock/Hirschfeld, Deutsches Aussprachewörterbuch, Walter de Gruyter, 2009, p. 587: IPA: [ˈhɪtlɐ]; Gruß: hear Duden: Gruß Diarkibkan 12 April 2023 di Wayback Machine and see Krech/Stock/Hirschfeld, Deutsches Aussprachewörterbuch, Walter de Gruyter, 2009, p. 557: IPA: [ɡʁuːs].
  2. ^ Pronunciation wordcombination Deutscher Gruß: deutscher see Duden: Deutscher Diarkibkan 31 Mei 2023 di Wayback Machine (noun and adjective have same pronunciation): IPA: [ˈdɔʏtʃɐ]; Gruß: hear Duden: Gruß Diarkibkan 12 April 2023 di Wayback Machine and see Krech/Stock/Hirschfeld, Deutsches Aussprachewörterbuch, Walter de Gruyter, 2009, p. 557: IPA: [ɡʁuːs]; emphasis: compare Duden: Englische Gruß Diarkibkan 12 April 2023 di Wayback Machine -> secondary stress on first syllable, main stress on second word, same with Deutscher Gruß.
  3. ^ Pronunciation word combination Heil Hitler!: heil, hear Duden: heil Diarkibkan 12 April 2023 di Wayback Machine and see Krech/Stock/Hirschfeld, Deutsches Aussprachewörterbuch, Walter de Gruyter, 2009, p. 574: IPA: [haɪl] (remark: Krech/Stock/Hirschfeld are always using 'aə̯'-Transcription for 'ei'- and 'ai'-sounds, standard transcription IPA: [haɪl]); Hitler see Krech/Stock/Hirschfeld, Deutsches Aussprachewörterbuch, Walter de Gruyter, 2009, p. 587: IPA: [ˈhɪtlɐ]; emphasis: compare Heil Hitler! Diarkibkan 12 April 2023 di Wayback Machine (two speakers) -> secondary stress on first syllable, main stress on first syllable of second word
  4. ^ Albrecht Tyrell (Hrsg.): Führer befiehl … Selbstzeugnisse aus der „Kampfzeit“ der NSDAP. Grondrom Verlag, Bindlach 1991, S. 129 f.
  5. ^ Kershaw (2001), p. 60
  6. ^ Büchner, Alex (1991). German Infantry Handbook, 1939–1945: Organization, Uniforms, Weapons, Equipment, Operations. Schipper Publishing. ISBN 978-0-88740-284-5.
  7. ^ a b c Sehmer, Alexander (20 July 2015). "Countries where Nazi salute is illegal". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2015. Dicapai pada 14 June 2018.
  8. ^ "German gig shut down by police after crowd chants Nazi slogan 'sieg heil'". Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2023. Dicapai pada 8 July 2023.
  9. ^ "Saluto fascista, la Cassazione: "Non è reato se commemorativo" e conferma due assoluzioni a Milano" [Fascist salute, Supreme Court of Cassation: "Not a crime if memorial" and confirms two acquittals in Milan]. La Repubblica (dalam bahasa Itali). Milan. 2018-02-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2020. Dicapai pada 2020-01-03.
  10. ^ "Hajloval. Hrozí mu tři roky vězení". Deník (dalam bahasa Czech). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2016. Dicapai pada 19 October 2016.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama swiss
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama guardian
  13. ^ Jackson, Lewis (8 January 2024). "Australia bans Nazi salute and public display of terror group symbols". Reuters. Dicapai pada 11 January 2024.

Bibliografi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Tabik Nazi di Wikimedia Commons