[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Too Phat

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Too Phat
Too Phat di majlis promosi album Rebirth Into Reality pada September 2005. Dari kiri: Malique dan Joe Flizzow.
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1998–2007, 2010
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Ahmad Izham Omar, Innuendo, Naughtius Maximus, Ruffedge, V.E, Teh Tarik Crew, Phlowtron, Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Camelia, Dian Sastrowardoyo, Inul Daratista, M.O.B, Muchachaz, Yasin Sulaiman, Yusni Hamid, Reefa, Warren G, DJ T-Bone, Kyla, Weapon X, Machi
Laman sesawang
www.toophat.com.my
Bekas ahli

Too Phat ialah sebuah duo penyanyi hip hop Malaysia, terdiri daripada Malik Ibrahim (Malique) dan Johan Ishak (Joe Flizzow).[1][2][3][4][5] Ditubuhkan pada 1998, duo ini terkenal dengan mendendangkan lagu rap yang kebanyakannya berbahasa Inggeris, diadun dengan unsur-unsur kemalaysiaan dan keasiaan. Antara lagu-lagu terkenal Too Phat ialah "Jezzebelle", "Clap to This", "Anak Ayam (Freak To The Beat)", "Just a Lil' Bit", "Ala Canggung", "Snap" dan "Dua Dunia". Mereka menandatangani kontrak rakaman bersama Positive Tone dan melancarkan album sulung mereka, Whutthadilly? (1999). Album kedua mereka, Plan B (2001) telah terjual sebanyak 45,000 unit tidak lama selepas dikeluarkan. Duo ini mengikuti kejayaan mereka dengan melancarkan dua album berikut—360° (2003) dan Rebirth Into Reality (2005) yang masing-masing mendapat sambutan daripada peminat dan pengkritik muzik.

Too Phat ialah kumpulan hip hop paling berjaya di Malaysia pada 2000-an dan dikenali sebagai salah satu daripada sebilangan kecil artis hip hop Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia. Sepanjang kerjaya mereka, duo ini telah bekerjasama dengan ramai artis tempatan serta antarabangsa. Kumpulan ini juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Era. Too Phat dibubarkan pada 2007 dengan Malique dan Joe Flizzow meneruskan kerjaya solo.[6][7][8][9] Kejayaan mereka mendorong lebih ramai artis hip hop berkumpulan mengikut jejak langkah mereka.

Penubuhan, Whutthadilly? dan Plan B

[sunting | sunting sumber]

Too Phat ditubuhkan pada 1998 apabila Malique (berasal dari Muar, Johor) dan Joe Flizzow (berasal dari Johor Bahru, Johor),[1] yang memiliki minat sama terhadap muzik, mula berkenalan melalui internet dan mencabar diri untuk bertarung mempamerkan kebolehan dalam muzik rap.[2][10] Selepas menamatkan A-Level, Malique berhijrah ke Kuala Lumpur, bersama Joe dan Doctah K (Kevin Felix), mereka memutuskan ingin memulakan kerjaya impian yang mampu mengubah kehidupan mereka.[11]

Mereka bersepakat menamakan kumpulan mereka sebagai Too Phat, namun menurut mereka dalam temuramah bersama majalah TONE pada April 2001, nama Too Phat mula tercetus selepas penganjur konsert meminta mereka untuk nama kumpulan dimasukkan dalam risalah konsert. Nama lain yang dicadangkan ketika itu ialah Way Too Phat dan Nickel & Rhymes.[11] Menurut mereka: "Kami tidak pasti sama ada mahu menggunakan nama Too Phat atau sebaliknya. Kami rasa baiklah, kami terus menggunakan nama Too Phat, jika kami tidak suka, kami akan menukar nama kumpulan.".[11]

Malique, Joe dan Doctah K menerima tawaran rakaman bersama label rakaman bebas, Strange Culture Records. Di bawah label itu, mereka merakamkan dua lagu, "Give It Up" dan "Whuttadilly?" sebelum meninggalkan kumpulan itu pada Julai 1998. Too Phat meneruskan perjuangan mereka sebagai duo susulan pengunduran Doctah K yang menubuhkan sebuah kumpulan hardcore, Foreground Division.[11]

Pada Oktober 1999, Too Phat secara rasmi menjadi artis Positive Tone. Lagu "Lil' Fingaz" mula disiarkan di stesen radio dan terpilih sebagai Hitz FM Most Wanted Hit.[11][2] Album pertama Too Phat berjudul Whutthadilly?, dikeluarkan pada 30 Disember 1999.[12][13][14] Lagu-lagu yang dipetik dari album tersebut seperti "Too Phat Baby", duet bersama Ruffedge menerima sambutan hangat daripada peminat muzik Malaysia dan berjaya meletakkan hip-hop sebaris dengan genre muzik popular yang lain. Lagu lain yang turut dikeluarkan sebagai single ialah "Jezzebelle", duet bersama Innuendo.[15] Menurut Joe Flizzow semasa sidang media pelancaran Whuttadilly?: "Ia menjadi tempoh yang amat sukar bagi kami. Kami membelanjakan banyak wang untuk album ini, malah kami tidur dalam studio dalam satu-satu masa".[11] Pada Oktober 2000, Too Phat mencipta sejarah peribadi apabila telah berjaya menduduki carta teratas Top 10 Broadband Talent Net (BTN) Global Chart. Carta ini menampilkan artis yang berdaftar dengan BTN dari seluruh dunia. Turut menduduki carta itu ialah Nora.[16][17]

Album kedua mereka, Plan B yang memuatkan lagu-lagu hit seperti "Anak Ayam (Freak to the Beat)",[18] "You" dan "Just A Friend" berjaya mencapai hasil jualan yang luar biasa iaitu melebihi 45,000 unit, sekaligus menerima pensijilan platinum berganda.[19][20][21] Muzik video "Just a Friend" telah diterbitkan dengan kerjasama Maxis Hotlink dan disiarkan di NTV7. Ia menampilkan penampilan kameo daripada M. Nasir, Fauziah Latiff dan Ferhad serta atlet pecut Watson Nyambek. Penggambaran muzik video ini dijalankan di Kuala Lumpur.[22][23] Lagu "You" telah menyaksikan Too Phat berduet bersama Biduanita Negara, Sharifah Aini yang menyanyikan bahagian korus.[24][25]

Puncak populariti, Phat Family dan pembubaran

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, Too Phat bersama-sama dengan ramai artis hip hop termasuk Phlowtron, Muchachaz, M.O.B dan Teh Tarik Crew membentuk satu kesatuan yang dikenali sebagai Phat Family dan menerbitkan album kompilasi senama dengan mempertaruhkan lagu "Phat Family Anthem" sebagai single utama.[26] Sebuah muzik video juga diterbitkan bagi mempromosikan single ini. Duo itu juga membuat penampilan khas dalam sebuah filem Indonesia yang bertajuk 5 Sehat 4 Sempurna arahan Richard Buntario.[27]

Too Phat menerbitkan dan melancarkan album ketiga mereka, 360° yang menampilkan kolaborasi dengan artis hip-hop antarabangsa termasuk Warren G (Amerika Syarikat),[28] Weapon X (Australia) dan artis tempatan termasuk Yasin Sulaiman, V.E dan Ruffedge. Buat pertama kali dalam kerjaya rakaman mereka, Too Phat menyampaikan rap dalam bahasa Melayu, bertajuk "Ala Canggung" menampilkan Yusni Hamid.[29] Album ini berjaya dijual mencecah 100,000 unit dan disusuli edisi Platinum yang mengandungi lagu-lagu album asal beserta lagu-lagu tambahan.[30][31][32] Duo ini turut mengadakan jelajah bagi mempromosikan album ini.[33][34][35]

Pada 21 September 2003, mereka diundang untuk mengadakan persembahan A Mild Live Prodution Show Me a Real Hip Hop with Too Phat yang berlangsung di Ventura Cafe, Indonesia.[36][37] Pada Oktober 2003, duo ini menjayakan persembahan di Ipoh, Perak.[38] Ia kemudian dikuti oleh jemputan untuk mengadakan persembahan pembukaan di konsert kumpulan rock A.S., Linkin Park yang berlangsung di Stadium Merdeka, Bukit Jalil pada 15 Oktober.[39][40]

Pada tahun 2004, Too Phat telah diundang untuk menjayakan MTV Rock The Vote, sebuah acara muzik yang dianjurkan oleh MTV Indonesia dan KPU yang berlangsung pada 5 Julai.[41] Mereka kemudian menyumbangkan karya mereka dalam album kompilasi bertajuk Rock The Kasbah.[42] Pada 18 Disember tahun sama, Joe Flizzow mengadakan persembahan sendirian tanpa Malique di Gatsby Presents Joe Flizzow of Too Phat & Friends Concert yang berlangsung di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara yang turut dijayakan oleh Ruffedge, V.E dan Pop Shuvit serta penampilan khas daripada Phlowtron dan Mizz Nina dari Teh Tarik Crew.[43] Duo itu juga berhasrat untuk tembusi pasaran muzik Jepun. Ini terbukti apabila album 360 telah dipasarkan di Negara Matahari Terbit.[44]

Too Phat melancarkan album kompilasi Too Phat Classics: The Collection Of Phat Tracks yang memuatkan lagu-lagu popular duo serta lagu-lagu yang diadun semula seperti "Nasty Girl" dan "Ala Canggung".[43] Selepas album kompilasi itu dikeluarkan, timbulnya persoalan mengenai masa depan Too Phat apabila dikhabarkan bahawa Malique dan Joe membawa haluan untuk mengambil masa berehat dari kerjanya.[45][46] Apabila "Last Song" yang diterapkan dalam album kompilasi itu berkumandang di radio, ramai yang menyangka mereka berpecah dan memulakan kerjaya solo masing-masing.[47][48]

Persoalan tersebut terjawab apabila Too Phat bersatu semula untuk menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Kartel Records, di mana mereka muncul dengan album keempat, Rebirth Into Reality. EMI masih memikul tugas sebagai pengedar album Too Phat.[49] Album ini menampilkan banyak kolaborasi dengan artis-artis terkemuka dari seluruh Asia-Pasifik seperti Machi dari Taiwan, Joey Boy dari Thailand dan Kyla dari Filipina, diikuti penampilan daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Inul Daratista.[50][51] Edisi antarabangsa album itu dikeluarkan pada 2006.[52] Sehingga 2007, Rebirth Into Reality telah dijual lebih daripada 25,000 salinan, manakala "Dua Dunia" telah dimuat turun lebih daripada 120, 000 kali.[53] Selepas album kompilasi Too Phat, Too Furious dikeluarkan, Too Phat mengumumkan pembubaran mereka.[54]

Pasca-pembubaran dan kerjaya solo

[sunting | sunting sumber]

Malique dan Joe Flizzow memulakan kerjaya solo masing-masing[9] selepas persembahan terakhir mereka untuk penyanyi Amerika Syarikat, Kanye West pada 2007. Malique kemudian melancarkan album OK (2008), diikuti oleh K.O The Mixtape (kolaborasi bersama DJ Fuzz; 2009) dan TKO: Pejamkan Mata di bawah label rakamannya sendiri, Qarma Musiq.[55] Joe Flizzow melancarkan album solo pertamanya, President pada 31 Disember 2008 di bawah labelnya sendiri, Kartel Records dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia, diikuti oleh album kedua, Havoc[56] pada 7 November 2013.

Pada tahun 2010, Too Phat bersatu kembali untuk tempoh jangka pendek bagi mempromosikan single mereka, "Masih Hip Hop".[57] Joe Flizzow dalam temubual bersama AsiaOne pada 2013 menyatakan Too Phat akan membuat kemunculan semula suatu hari nanti.[58] Namun pada 2015, Malique dan Joe mengumumkan bahawa mereka tidak berhasrat untuk hidupkan semula Too Phat kerana sibuk terikat dengan komitmen masing-masing.[59][60]

Semasa Anugerah Juara Lagu ke-29, "Apa Khabar" dendangan Joe Flizzow bersama SonaOne memenangi hadiah utama[61] pada malam itu. Lirik lagu itu membicarakan Joe mengenangkan memorinya bersama Malique dan beliau bertanya khabar kepadanya. Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak. Banyak pihak mencemuh kerana lagu hip hop/R&B memenangi hadiah utama yang bukan merupakan genre yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia pada malam itu sementara pihak lain ialah peminat lama Too Phat yang memuji Joe kerana berjaya mengenangkan kenangan nostalgia mereka.[62]

Gaya muzik

[sunting | sunting sumber]

Too Phat mempersembahkan lagu hip hop dalam bahasa Inggeris.[63] Menurut mereka: "Selama ini, apabila orang bercakap tentang rap, gambaran yang dibuat ialah penyanyi yang berseluar labuh, bertopi senget dengan menyanyi dengan bahasa Inggeris jalanan dengan lirik yang kadang kala, agak lucah. Sebagai pencinta rap, kami hanya ingin berkarya dan menghibur dengan cara yang kami rasa boleh disampaikan dengan terbaik. Rap tidak semestinya ikut cara Barat. Kami tak tinggalkan budaya dan agama untuk rap, bahkan rasa perlu bawa sekali budaya dan pegangan diri untuk majukan seni".[63]

Duo ini banyak mengkaji lagu-lagu Melayu 70-an nyanyian Sharifah Aini, Anita Sarawak dan lagu klasik Melayu untuk mendapatkan inspirasi bagi karya mereka.[63] Mereka juga dikenali kerana mengetengahkan unsur-unsur kemalaysiaan dan pengaruh keasiaan dalam lagu-lagu mereka.[64][65] Selain itu, Too Phat juga dikenali kerana mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua lagu yang dipersembahkan secara solo dalam setiap album mereka.[66]

Kolaborasi

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kerjaya mereka, Too Phat telah bekerjasama bersama ramai artis tempatan terkenal termasuk Innuendo, Naughtius Maximus, Teh Tarik Crew, Ruffedge, Ahmad Izham Omar, Yasin Sulaiman, Sharifah Aini[24] dan Siti Nurhaliza[50][67][68] serta artis antarabangsa terkenal seperti Inul Daratista (Indonesia),[50][69] Joey Boy (Thailand),[50] Kyla (Filipina),[50] Machi (Taiwan),[50] Weapon X (Australia) dan Warren G (Amerika Syarikat).[28]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Album studio

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Industri Muzik ke-8[70] Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik Too Phat Menang
Rakaman Album Terbaik Whuttadilly? Tercalon
Muzik Video Terbaik "Jezzebelle" Tercalon
Anugerah Era 2001 Artis Inggeris Tempatan Pilihan Too Phat Menang
Video Muzik Pilihan "Anak Ayam (Freak to the Beat)" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15 Artis/Duo Berkumpulan Popular Too Phat Tercalon
2002 Anugerah Industri Muzik ke-9 Album Inggeris Tempatan Terbaik Plan B Menang
Rakaman Album Terbaik Menang
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album Tercalon
Muzik Video Terbaik "Just A Friend" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-16 Artis/Duo Berkumpulan Popular Too Phat Tercalon
Anugerah MTV Asia 2002[71] Artis Kegemaran Malaysia Tercalon
Anugerah Era 2002 Artis Inggeris Tempatan Pilihan Menang
Video Muzik Pilihan "Just A Friend" Tercalon
2003 Anugerah Era 2003 Vokal/Duo Berkumpulan Pilihan Too Phat Tercalon
Artis Inggeris Tempatan Pilihan Menang
2004 Anugerah Industri Muzik ke-11 Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album 360° Menang
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Album Inggeris Tempatan Terbaik Menang
Anugerah MTV Asia 2004 Artis Kegemaran Malaysia Too Phat Tercalon
Anugerah Era 2004[72] Vokal/Duo Berkumpulan Pilihan Too Phat (bersama Yasin Sulaiman) Tercalon
Artis Inggeris Tempatan Pilihan Too Phat Menang
2005 Anugerah MTV Asia 2005 Artis Kegemaran Malaysia Tercalon
Anugerah Era 2005[73] Artis Inggeris Tempatan Pilihan Tercalon
2006 Anugerah Era 2006 Vokal/Duo Berkumpulan Pilihan Too Phat (bersama Siti Nurhaliza Tercalon
Artis Inggeris Tempatan Pilihan Too Phat Tercalon
Anugerah MTV Asia 2006 Artis Kegemaran Malaysia Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-13 Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Rebirth Into Reality Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Kulit Album Terbaik Menang
Album Inggeris Tempatan Terbaik Menang
  1. ^ a b "Too Phat | Biography & History" [Too Phat | Biografi & Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). AllMusic. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  2. ^ a b c Kay Suhaimi (20 Julai 2018). "Too Phat: Sejarah duo hip hop yang pernah menggegarkan Malaysia". Iluminasi. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  3. ^ Zubir Mohd Yunos (13 Mei 2001). "Dua pendekar hip-hop". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  4. ^ Syanty Octavia Amry (24 Januari 2015). "Hip hop diiktiraf". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 18 Disember 2015.
  5. ^ Marina Abdul Ghani (1 Februari 2000). "In Too Phat style" [Dalam gaya Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  6. ^ Faridul Anwar Fainordin (28 April 2003). "Saudi Arabia digs Too Phat" [Arab Saudi mengintai Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2016. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  7. ^ "Too Phat's known far and wide" [Jauh dan luas Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 2 Mei 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2018. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  8. ^ "Too Phat raps out an international winner" [Too Phat mengintai pemenang antarabangsa] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 4 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2016. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  9. ^ a b Zaidi Mohamad (25 Februari 2009). "Bergerak solo". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  10. ^ Izza Safinaz Ibrahim (15 Oktober 2000). "Too Phat lahir dari Internet". Berita Minggu. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  11. ^ a b c d e f "This Incomplete History of Malaysian Hip Hop" [Sejarah Tidak Lengkap Hip Hop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Documentist Ride. 9 April 2010. Dicapai pada 8 Januari 2018. The seed of the group can be traced in 1997 when a then 17-year-old Subang Jaya kid called Joe Flizzow and the then 19-year-old Muar-based Malique decided to form a creative alliance after an infamous rap battle on the Net.
  12. ^ "Too Phat's album launch" [Pelancaran album Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 28 Januari 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2016. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  13. ^ Abdullah Konok (5 April 2000). "Too Phat... popularkan muzik hip hop". Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  14. ^ Marina Abdul Ghani (27 Disember 1999). "Hot Too Phat" [Too Phat panas] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  15. ^ "The making of Too Phat's Jezzebelle" [Di belakang tabir Too Phat Jezebelle] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 23 Jun 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2016. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  16. ^ Izza Safinaz Ibrahim (10 Oktober 2000). "Too Phat duduki carta teratas Top 10 BTN". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  17. ^ Zainal Alam Kadir (9 Oktober 2000). "Too Phat and Nora do us proud" [Too Phat dan Nora buat kita berbangga] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  18. ^ Zul Husni Abdul Hamid (26 April 2001). "Anak Ayam Too Phat unik". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  19. ^ "Kejutan baru Too Phat". Utusan Malaysia. 4 Mac 2001. Dicapai pada 12 Februari 2009.
  20. ^ "Too Phat raps it up" [Too Phat memperjuangkan rap] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 2 April 2001. Dicapai pada 12 Februari 2009.
  21. ^ "Too Phat on to 'Plan B'" [Too Phat muncul dengan 'Plan B']. New Straits Times. 30 Mac 2001. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  22. ^ "Too Phat tampilkan kejutan". Utusan Malaysia. 6 Januari 2002. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  23. ^ "Too Phat on the funny bone" [Too Phat dalam lawak jenaka] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 21 Januari 2002. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  24. ^ a b "Gandingan Sharifah Aini & Too Phat menjadi". Utusan Malaysia. 1 Julai 2001. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  25. ^ Hanisah Selamat (26 Jun 2001). "Too Phat berhip hop dengan Sharifah Aini". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  26. ^ Wahti Mahidin (16 Ogos 2002). "Too Phat set to conquer Europe" [Too Phat bakal menakluki Eropah]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  27. ^ Terrina Hussein (18 Jun 2002). "Too Phat for Indonesia" [Too Phat untuk Indonesia]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  28. ^ a b "Too Phat hip hops with Warren G" [Too Phat hip hop bersama Warren G] (dalam bahasa Inggeris). Hoovers. 29 Januari 2003. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  29. ^ Faridul Anwar Farinordin (3 April 2003). "Too Phat taps into Malay rap" [Too Phat beralih ke rap Melayu]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  30. ^ Hazwani Che Din (7 Mac 2003). "All systems go for Too Phat" [Semua sistem berjalan lancar untuk Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2016. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  31. ^ "360 degrees pays of for Too Phat" [360 Degrees membuahkan hasil untuk Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 27 April 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2018. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  32. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (17 April 2004). "Too Phat terima anugerah platinum". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  33. ^ Faridul Anwar Farinordin (22 Ogos 2003). "Fun-filled 'Phat' time at the Planet" [Waktu persembahan 'Phat' di Planet] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2016. Dicapai pada 18 Februari 2015.
  34. ^ Faridul Anwar Farinordin (4 Ogos 2003). "Too Phat raps at Planet Hollywood" [Too Phat rap di Planet Hollywood] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 7 Jun 2018.
  35. ^ Moch. Indra Kurniawan (2 Jun 2004). "Ala Canggung, menu baru Too Phat" (dalam bahasa Indonesia). KapanLagi.com. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  36. ^ "Too Phat menghentak Ventura" (dalam bahasa Indonesia). Suara Merdeka. 23 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-01. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  37. ^ "Too Phat di Ventura Cafe" (dalam bahasa Indonesia). Suara Merdeka. 20 September 2003. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  38. ^ "Too Phat to rap at Ipoh family event" [Too Phat untuk rap di acara keluarga Ipoh] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 3 Oktober 2003. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  39. ^ "Too Phat kongsi pentas dengan Linkin Park". Berita Harian. 1 Oktober 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2003. Dicapai pada 12 Februari 2009.
  40. ^ "Too Phat out to woo rock fans" [Too Phat menghiburkan peminat muzik rock] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 10 Oktober 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-02-07. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  41. ^ Darmadi Sasongko (27 Mei 2004). "Too Phat memeriahkan MTV Rock The Vote" (dalam bahasa Indonesia). KapanLagi.com. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  42. ^ "Too Phat contributes to a global compilation album" [Too Phat menyumbangkan karya dalam album kompilasi global] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 10 November 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-08. Dicapai pada 12 Februari 2009.
  43. ^ a b Nurulhisham Abdul Latiff (5 November 2004). "Joe tidak mahu Too Phat 'hilang'". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-09. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  44. ^ Abdul Aziz Itar (5 November 2004). "Too Phat - Tembusi pasaran Jepun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  45. ^ "Too Phat kini tanpa Malique" (dalam bahasa Indonesia). KapanLagi.com. 24 Ogos 2004. Dicapai pada 28 Jun 2018.
  46. ^ Darmadi Sasongko (3 Mac 2005). "Posisi Malique di Too Phat sementara digantikan Naqieb" [Kedudukan Malique dalam Too Phat digantikan sementara oleh Naqieb] (dalam bahasa Indonesia). KapanLagi.com. Dicapai pada 28 Jun 2018.
  47. ^ "Too Phat masih berdua". Cyberita. 19 November 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2004. Dicapai pada 12 Februari 2009.
  48. ^ Darmadi Sasongko (30 November 2004). "Too Phat kembali menyatu" [Too Phat kembali bersatu] (dalam bahasa Indonesia). KapanLagi.com. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  49. ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (28 September 2005). "Too Phat - Kembali bersama Diva-Diva". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2010.
  50. ^ a b c d e f "Kumpulan Too Phat kembali". Utusan Malaysia. 16 Oktober 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2008. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  51. ^ Faridul Anwar Farinordin; Shannon Teoh (12 November 2005). "Too Phat's Rebirth" [Kelahiran semula Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Disember 2020.
  52. ^ Suzan Ahmad (10 April 2006). "Too Phat memang ada kelas". Bintang Popular. Berita Minggu. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2006. Dicapai pada 24 Julai 2013.
  53. ^ Adly Syairi Ramly (16 Februari 2007). "Too Phat's road to elite club" [Perjalanan Too Phat ke kelab elit]. The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Accessmylibrary.com. Dicapai pada 13 Mei 2013.
  54. ^ Haryati Karim (31 Januari 2008). "Too Phat akhirnya berkubur". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2008. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  55. ^ "Album berkembar dari Malique". mStar Online. 30 Jun 2010. Dicapai pada 25 Disember 2016.
  56. ^ Budiey (10 Disember 2013). "Pelancaran Album HAVOC Joe Flizzow Memang Havoc". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Disember 2016.
  57. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (10 Februari 2015). "Hip hop yang berliku". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 16 Februari 2015.
  58. ^ Catherine Robert (4 September 2013). "Too Phat will come back 'some day'" [Too Phat akan kembali 'suatu hari nanti'] (dalam bahasa Inggeris). AsiaOne. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  59. ^ "Respons kenyataan Malique, Joe Flizzow tiada hasrat hidupkan semula Too Phat". Perak Today. 5 Februari 2015. Dicapai pada 9 Januari 2016.
  60. ^ "Malique does not wish to revive Too Phat" [Malique tidak berhasrat hidupkan semula Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). The Hive Asia. 5 Februari 2015. Dicapai pada 9 Januari 2016.
  61. ^ Zaidi Mohamad (19 Januari 2015). "Lagu Apa Khabar Joe Flizzow, SonaOne juara AJL29". Berita Harian. Dicapai pada 25 Disember 2016.
  62. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Januari 2015). "Joe Flizzow dedah Apa Khabar di sebalik kejuaraan AJL29". mStar Online. Dicapai pada 24 Februari 2015.
  63. ^ a b c "Lagu Too Phat turut gegar bumi Timur Tengah". CyBerita. 15 Ogos 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2003. Dicapai pada 11 Julai 2010.
  64. ^ "Music: It's all good for Too Phat" [Muzik: Semuanya baik untuk Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 16 Oktober 2003. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  65. ^ Zul Husni Abdul Hamid (28 September 2005). "Too Phat satukan hip hop selera Asia". Berita Harian. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  66. ^ "Asian hip hop music has come a long way" [Hip hop Asia mampu melangkah jauh] (dalam bahasa Inggeris). Taipei Times. 25 Mac 2004. m/s. 16. Dicapai pada 7 Jun 2018.
  67. ^ "Siti hip hop dengan Too Phat". CyBerita. 9 September 2005. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  68. ^ Norhayati Nordin (3 November 2018). "Rakan duet 'meletop' Siti". Harian Metro. Dicapai pada 7 Jun 2019.
  69. ^ "Too Phat gandeng Inul" [Too Phat bergandingan dengan Inul] (dalam bahasa Indonesia). DetikHOT. 22 September 2005. Dicapai pada 28 Jun 2018.
  70. ^ "Senarai penuh pemenang AIM 2001". Utusan Malaysia. 30 April 2001. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  71. ^ Jamliah Abdullah (9 Januari 2002). "Too Phat tunjuk kemampuan di Anugerah MTV Asia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  72. ^ Khadijah Ibrahim (27 September 2004). "Anugerah Era 2004 - Lain diduga, lain juara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Julai 2018.
  73. ^ Zul Husni Abdul Hamid (17 September 2005). "Siapa ungguli Anugerah Era 2005?". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]