[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Raja Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Jaafar
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Raja Jaafar sempena Karnival Sukan 100-tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson
Raja Muda Perak
Pemerintahan(10 tahun, 5 bulan dan 13 hari)
Kemahkotaan20 Jun 2014
Didahului olehRaja Nazrin Shah
Raja Di-Hilir Perak
Pemerintahan1998- 20 Jun 2014
Kemahkotaan10 Mac 1998
Didahului olehen:Raja Ahmad Hisham
Diikuti olehRaja Iskandar Dzulkarnain
Raja Kecil Besar Perak
Kemahkotaan19 April 1988 - 10 Mac 1998
Didahului olehen:Raja Izzuddin Iskandar Shah
Diikuti olehRaja Iskandar Dzulkarnain
Raja Kecil Sulong Perak
Kemahkotaan19 April 1988 - 10 Mac 1998
Didahului olehen:Raja Izzuddin Iskandar Shah
Diikuti olehRaja Iskandar Dzulkarnain
Raja Kecil Tengah Perak
Kemahkotaan19 April 1988 - 10 Mac 1998
Didahului olehen:Raja Izzuddin Iskandar Shah
Diikuti olehRaja Iskandar Dzulkarnain
Raja Kecil Bongsu Perak
Kemahkotaan19 April 1988 - 10 Mac 1998
Didahului olehen:Raja Izzuddin Iskandar Shah
Diikuti olehRaja Iskandar Dzulkarnain
Keputeraan (1941-09-26) 26 September 1941 (umur 83)
Hospital Taiping, Taiping, Perak
Pasangan
AnakandaRaja Shah Azman Raja Nor Azwina
Nama penuh
Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
Nama diraja
-
KerabatIstana Al-Ridhuan, Ipoh, Perak
AyahandaRaja Muda Musa
BondaChe Puan Mariam binti Abdullah
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa [Jawi:راج جعفر ابن المرحوم راج مودا موسى] merupakan Raja Muda Perak Darul Ridzuan.[1] Baginda merupakan seorang yang berjiwa rakyat. Baginda bersemayam di Istana Raja Muda yang terletak di Jalan Raja Muda Perak, Ipoh. Baginda merupakan Raja Muda Perak (Waris Pertama Kesultanan Perak).

Raja Jaafar diputerakan pada 26 September 1941 di Hospital Taiping. Baginda mendapat pendidikan rendah di Anderson School Ipoh dan Anglo Chinese School Teluk Intan dan mendapat pendidikan menengah di Anderson School, Ipoh sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Kesenian pada tahun 1965. Baginda menyertai Kerajaan Negeri Perak di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah pada tahun 1966 dan bertugas dengan Pejabat Tanah dan Daerah sehingga 1971. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajiannya pada peringkat Master dalam Pentadbiran Awam di Universiti Cornell, Ithaca NY, pada tahun 1975. Baginda bersara pada tahun 1996 di atas tingkat Gred Utama 'C'.

Keluarga dan Kerabat

[sunting | sunting sumber]

Baginda memperisterikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Nor Mahani binti Almarhum Raja Shahar Shah (18 Oktober 1942 - 3 Oktober 2017) selaku Raja Puan Besar Perak dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Nama Tarikh lahir Tempat lahir Umur Tarikh berkhawin Suami/Isteri
Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia
Raja Nor Mahani binti Almarhum Raja Shahar
(1942-10-18)18 Oktober 1942 Kuala Lumpur Mangkat pada 3 Oktober 2017(2017-10-03) (umur 74) 1973 Duli Yang Teramat
Raja Jaafar (Raja Muda Perak)
Yang Mulia Raja Shah Azman (1974-02-12)12 Februari 1974 Ipoh 50 tahun, 9 bulan dan 21 hari Tidak pernah berkahwin
Yang Mulia Raja Nor Azwina (1976-01-17)17 Januari 1976 Ipoh 48 tahun, 10 bulan dan 16 hari 1 Jun 2013 En. Christopher Daud Grant

Penganugerahan Kurniaan Darjah

[sunting | sunting sumber]
  • Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A.)
  • Johan Setia Mahkota

Gelaran dan dihormati

[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi
Raja Ja’afar
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Tuanku
Gaya pilihan Raja Muda
  • 26 September 1941 - 3 Februari 1984 : Yang Mulia Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 3 Februari 1984 - 19 April 1988 : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 19 April 1988 - 10 Mac 1998 : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 10 Mac 1998 - 20 Jun 2014 : Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 20 Jun 2014 - Kini  : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Raja-Raja Bergelar;-

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa
Istana Ar-Ridzuan, Ipoh, Perak
Tarikh keputeraan: 26 September 1941
Kerabat diraja Malaysia
Susunan penggantian
Didahului oleh
Raja Ahmad Hisham ibni Almarhum Raja Abdul Malek
Raja Di-Hilir Perak
21 September 1997 - 20 Jun 2014
Pemegang jawatan kini
Heir apparent:
Raja Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Raja Nazrin Shah
Raja Muda Perak
Waris Pertama Kesultanan Perak

20 June 2014- Kini
Pemegang jawatan kini
Heir apparent:
Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah