[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Perentasan masa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perentasan masa, pengembaraan masa atau perjalanan masa (bahasa Inggeris: time travel, juga dalam baku Indonesia: perjalanan waktu) merupakan konsep pergerakan antara titik tertentu dalam suatu susur masa yang dirasakan seakan-akan mirip pergerakan antara titik berbeza dalam sesebuah ruang dengan objek atau seseorang, biasanya menggunakan peranti bayangan dikenali sebagai mesin masa. Ia adalah konsep yang banyak diketahui malah dimaklumkan dalam kedua-dua bidang falsafah dan cereka; idea ini mula dimasyhurkan dalam bidang kedua tersebut melalui pengkaryaan novel berjudul The Time Machine (1895) oleh H. G. Wells yang mengisahkan seorang saintis yang berjaya merentasi ruang masa melalui suatu mesin ciptaannya yang berfungsi.

Kemungkinan sama ada perjalanan dari suatu titik masa merentas ke suatu titik masa terdahulu secara fizikal tidak dapat dipastikan atau disahkan dengan yakin. Perjalanan ke titik masa kehadapan yang berada di luar rasa persepsi masa biasa adalah fenomena yang diperhatikan secara meluas dan difahami dengan baik dalam rangka kerelatifan jenis-jenis khas dan umum. Walau bagaimanapun, memajukan atau melambatkan satu jasad-jasad terlebih dahulu daripada beberapa milisaat berbanding dengan jasad yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan teknologi semasa[1] Bagi perjalanan ke titik masa belakang pula, ada mungkin penyelesaian dalam relativiti umum yang membolehkannya dapat dicari, tetapi penyelesaian memerlukan syarat-syarat yang mungkin tidak mungkin secara fizikal. Kemampuan melangkah ke sebarang titik dalam ruang masa sewenang-wenangnya sukar disokong dan sangat terhad dalam fizik teori malah biasanya hanya berkaitan dengan mekanik kuantum atau lubang cacing, yang juga dikenali sebagai jambatan Einstein-Rosen.

Aspek fizik

[sunting | sunting sumber]

Teori terkenal usulan Albert Einstein iaitu kerelatifan khas (tambahan lagi dengan teori kerelatifan am) secara eksplisit memperbolehkan sejenis dilasi waktu yang secara biasa disebut perjalanan waktu. Teori ini mengungkapkan bahawa bagi seorang pengamat yang diam secara relatif, waktu kelihatannya berjalan lebih lambat bagi sebuah objek yang bergerak dengan lebih cepat.

Aspek falsafah

[sunting | sunting sumber]

Banyak ilmuwan percaya bahawa perjalanan merentasi masa itu kemungkinan besar tidak mungkin dapat dilaksanakan. Kepercayaan ini terutamanya berdasarkan pisau cukur Occam. Setiap teori yang memperbolehkan perjalanan waktu menuntut bahawa semua isu kausalitas harus dipecahkan. Apakah yang terjadi jika seseorang kembali ke masa lampau dan membunuh datuknya?- lihat paradoks datuk. Dan juga, ketiadaan bukti eksperimental tentang adanya perjalanan waktu, maka secara teori lebih mudah teranggap bahawa hal ini tidak terjadi.

Hal ini turut dikuatkan hujahan Stephen Hawking yang pernah berkata bahawa ketiadaan sesiapa yang dapat dibuktikan datang daripada masa depan yang menjenguk kita merupakan sebuah hujahan yang kuat dalam menentang adanya fenomena ini; hujahan Hawking ini merupakan sebuah variasi dari paradoks Fermi yang menyanggah adanya makhluk luar angkasa. Namun di sisi lain, ada juga tanggapan sifat mustahil perjalanan masa yang menarik perhatian para ahli fizik kerana tertimbulnya pertanyaan sebab kemustahilan ini serta hukum fizik berkaitan yang tidak membolehkannya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Sains

Persepsi waktu

  1. ^ Hawking, Stephen (27 April 2010). "STEPHEN HAWKING: How to build a time machine". Daily Mail. Dicapai pada 7 Ogos 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Sumber ilmiah

[sunting | sunting sumber]

Sumber falsafiah

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]