[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Petir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Petir atau guruh ialah bunyi yang dihasilkan kilat, baik kuat berdentum mahupun deram-derum perlahan, bergantung pada sifat kilat itu dan jarak pendengar darinya. Sekiranya bunyi yang terhasil lebih kuat daripada biasa, ia biasanya dirujuk sebagai halilintar. Peningkatan tekanan dan suhu yang mendadak dari kilat menyebabkan udara sekeliling mengembang dengan derasnya dalam satu panahan kilat. Pengembangan udara inilah yang menghasilkan gelombang kejutan deras yang menghasilkan bunyi petir.

Punca fenomena petir menjadi titik tengah spekulasi dan penyelidikan saintifik selama berabad-abad lamanya. Teori terawal yang pernah dicatat dipercayai diolah oleh ahli falsafah Yunani bernama Aristotle pada abad ke-3, manakala suatu kepercayaan awal mengatakan bahawa petir dihasilkan oleh pertembungan awan. Kemudiannya, baru bermacam-macam lagi teori yang dicadangkan. Menjelang petengahan abad ke-19, teori bahawa kilat menghasilkan vakum diterima umum. Pada abad ke-20, timbulnya satu ijmak bahawa petir harus bermula dengan gelombang kejutan di udara akibat pengembangan haba plasma secara mendadak dalam arus kilat. Dalam masa kurang sesaat, udara dipanaskan kepada suhu hampir 28,000 °C (50,000 °F)[1]. Pemanasan inilah yang menyebabkan udara mengembang ke luar lalu bertembung dengan udara sejuk di sekelilingya pada kelajuan mengatasi bunyi dalam udara sejuk itu. Denyut yang bergerak ke arah luar itu menghasilkan gelombang kejutan, serupa prinsipnya dengan gelombang kejutan yang dihasilkan letupan, atau di hadapan pesawat supersonik.

Baru-baru ini, ijmak tersebut telah dihakis oleh pemerhatian yang menyukat tekanan lampau dalam simulasi kilat lebih besar berbanding apa yang dapat tercapai oleh jumlah pemanasan yang didapati. Pemerhatian alternatif ini bergantung pada kesan elektrodinamik tindakan arus yang besar terhadap plasma dalam panahan kilat.[2]

Mengira jarak kilat

[sunting | sunting sumber]

Cahaya kilat, diikuti bunyi petir beberapa saat kemudian adalah, bagi kebanyakan orang, gambaran pertama mengenai fakta bahawa bunyi bergerak lebih perlahan daripada cahaya. Dengan menggunakan perbezaan ini, seseorang boleh menganggar jarak panahan kilat dengan mengira selang masa antara masa cahaya kilat kelihatan dan masa bunyi petir kedengaran. Kelajuan bunyi di dalam udara kering dianggarkan 343 m/s pada 20 °C. [3] Kelajuan cahaya adalah cukup tinggi sehinggakan ia dianggap sebagai infiniti dalam kiraan ini. Oleh itu, jarak petir dianggarkan sejauh 1 kilometer bagi setiap 2.9 saat. Dalam 5 saat yang sama, cahaya boleh mengelilingi bumi sebanyak 37 kali. Petir jarang kedengaran pada jarak melebihi 24 kilometer. Cahaya kilat yang berlaku serentak dengan bunyi petir yang sangat kuat, juga dipanggil halilintar, menandakan panahan kilat adalah sangat dekat.

Ketakutan terhadap petir

[sunting | sunting sumber]

Ketakutan terhadap petir dikenali sebagai astrafobia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Lightning?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-17. Dicapai pada 2008-08-05.
  2. ^ P Graneau, The cause of thunder, 1989 J. Phys. D: Appl. Phys. 22 1083-1094 doi:10.1088/0022-3727/22/8/012
  3. ^ Sila rujuk contoh halaman 14-36 dalam Handbook of Chemistry and Physics, 72nd edition, special student edition. Boca Raton: The Chemical Rubber Co. 1991. ISBN 0-8493-05625-9 Check |isbn= value: length (bantuan).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]