[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Pong Tiku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pong Tiku
Kelahiran1846
Meninggal duniaOktober 07 1907 (berumur 60–61)
Sebab kematianDitembak mati
DikebumikanTondon, Tana Toraja
PekerjaanPembesar tempatan, gerila
Tahun aktif1880–1907

Pong Tiku (juga Pontiku atau Pongtiku; 1846 – 10 Julai 1907), dikenali dalam bangsa Bugis sebagai Ne' Baso, ialah seorang pembesar Toraja dan pejuang gerila yang beroperasi di selatan Sulawesi.

Selaku anak penguasa Pangala', Tiku merebut kerajaan tetangga bernama Baruppu' dan menjadi pemimpinnya selepas kematian ayahnya, di samping memerintah Pangala'. Melalui perdagangan kopi dan kerjasama dengan suku Bugis di dataran rendah, Tiku mampu memperoleh kekayaan, tanah, dan kekuasaan yang besar. Selama Perang Kopi (1889–1890), ibu kotanya di Tondon dimusnahkan penguasa lain, namun berjaya diperoleh kembali pada hari ya sama. Ketika pihak kolonial Belanda berpusatkan Jawa menyerang Sulawesi pada awal 1900-an, Tiku dan tenteranya memanfaatkan benteng agar bertahan dijadikan tempat melancarkan serangan. Beliau ditangkap pada Oktober 1906, namun berjaya lolos pada Januari 1907 dan bertahan hingga Jun. Beliau dihukum mati beberapa hari kemudian.

Tiku ialah pemimpin perlawanan paling lama di Sulawesi. Gabenor Jeneral J. B. van Heutsz menggelarnya sebagai perosak kestabilan penguasaan Belanda ke atas Sulawesi dan mengirim Gabenor Sulawesi untuk mengawasi penangkapannya. Sejak kematiannya, Tiku diangkat sebagai sebagai simbol perlawanan Toraja. Beliau kemudiannya diangkat sebagai sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada 2002.

  1. ^ Tangdilintin 1976, m/s. 1.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • "Daftar Nama Pahlawan Nasional Republik Indonesia". Awards of the Republic of Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Indonesian Social Ministry. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2011. Dicapai pada 25 May 2012.
  • Tangdilintin, L T (1976). Sejarah Perjuangan Pahlawan Pong Tiku. Rantepao: Lepongan Bulan Tana Toraja. OCLC 13501891.CS1 maint: ref=harv (link)