[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Summer Pockets

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Summer Pockets
Fail:Summer Pockets game cover.jpg
Cover featuring heroines (from left to right) Kamome Kushima, Shiroha Naruse, Tsumugi Wenders and Ao Sorakado.
PembangunKey
PenerbitVisual Arts (Windows)
Prototype (Switch)
PengarahKai
Artis
  • Na-Ga
  • Tsubasu Izumi
  • Yūnon Nagayama
  • Fumuyun
  • Engiyoshi
Penulis
Komposer
  • Jun Maeda
  • Shinji Orito
  • Donmaru
  • Tomohiro Takeshita
  • Ryō Mizutsuki
PlatformMicrosoft Windows, iOS, Android, Nintendo Switch, PlayStation 4
PelepasanSummer Pockets
29 Jun 2018
  • Windows
    • JP: 29 Jun 2018
    • WW: 5 Februari 2020
    iOS
    • JP: 17 Disember 2018
    Android
    • JP: 21 Disember 2018
    Nintendo Switch
    • JP: 20 Jun 2019
Reflection Blue
26 Jun 2020
  • Windows
    • JP: 26 Jun 2020
    Android
    • JP: 20 Ogos 2020
    iOS
    • JP: 27 April 2021
    Nintendo Switch
    • JP: 1 Julai 2021
    PlayStation 4
    • JP: 21 Julai, 2022
GenreNovel visual
ModPemain Tunggal

Summer Pockets ialah novel visual Jepun yang dibangunkan oleh Key, sebuah jenama Visual Arts. Ia dikeluarkan pada 29 Jun 2018 untuk Windows dan kandungannya dinilai untuk semua peringkat umur. Summer Pockets adalah permainan ke-13 Key. Versi permainan diperluas bertajuk Summer Pockets Reflection Blue telah dikeluarkan pada 26 Jun 2020 di Jepun. Kedua-dua versi permainan asal dan Reflection Blue telah dialih pasarkan ke peranti iOS dan Android, dan Nintendo Switch . Reflection Blue juga telah dialih pasarkan ke PlayStation 4 . Versi bahasa Inggeris bagi permainan asal untuk Windows telah dikeluarkan oleh Visual Arts pada tahun 2020. Kisah ini berlatarkan sebuah pulau fiksyen di Laut Pedalaman Seto dan berkisarkan kehidupan Hairi Takahara, seorang lelaki muda yang menggunakan alasan kematian neneknya baru-baru ini untuk melarikan diri ke pulau itu selepas kejadian yang tidak menyenangkan menimpanya. Setibanya di sana, dia berkenalan dengan penduduk pulau Torishirojima dan beberapa gadis yang menjadi fokus dalam cerita ini.

Tatapermainan Summer Pockets mengikuti garis plot percabangan interaktif dengan pelbagai senario, dan memfokuskan pada watak pemain yang cuba meraih minat dari empat watak utama wanita; jumlahnya dikembangkan kepada tujuh dalam Reflection Blue . Konsep permainan ini dicadang oleh Jun Maeda, tetapi beliau tidak menulis senario permainan ini kerana persamaannya dengan tema dengan Air, yang mana dia merupakan penulis utama. Walaupun Air juga menampilkan persekitaran luar bandar di tepi laut semasa musim panas, pasukan pembangunan menyasarkan Summer Pockets memberikan rasa yang berbeza. Nostalgia dan ikatan keibuan adalah tema yang ditonjol dalam permainan. Adaptasi anime juga telah diumumkan tetapi masih di peringkat awal produksi. [1]

Tatamainan

[sunting | sunting sumber]

Summer Pockets adalah novel visual romantik di mana pemain menggalas peranan sebagai Hairi Takahara, protagonis cerita ini. Kebanyakan permainannya diperuntukkan untuk membaca naratif dan dialog cerita ini. Teks dalam permainan disertakan dengan peperi watak, yang mewakili siapa yang Hairi sedang bercakap dengannya, disampingkan seni latar belakang. Sepanjang permainan, pemain akan menemui karya seni CG pada titik cerita tertentu, yang bertukar dari seni latar belakang dan sprite watak. Apabila permainan disudahkan sekurang-kurangnya sekali penamat, galeri CG yang telah terlihat dan runut bunyi yang telah dimainkan akan tersedia untuk diakses pada skrin tajuk permainan. Summer Pockets mengikuti garis plot bercabang dengan pelbagai penamat, dan bergantung pada keputusan yang dibuat oleh pemain semasa permainan, plot akan maju ke arah tertentu menghala ke sesuatu penamat.

Terdapat enam laluan plot utama untuk dialami pemain, yang mana ditambah kepada sepuluh dalam Summer Pockets Reflection Blue . Empat daripada enam laluan tersedia dari awal dalam Summer Pockets, dan tujuh daripada sepuluh laluan tersedia dari awal dalam versi Reflection Blue . Sepanjang permainan, pemain diberikan pelbagai pilihan untuk dipilih, dan kemajuan teks terhenti seketika pada titik ini sehingga pilihan dibuat. Sesetengah keputusan boleh menyebabkan permainan berakhir lebih awal, yang menawarkan penamat alternatif dalam plot. Untuk melihat semua laluan, pemain perlu kembali memulakan permainan beberapa kali dan memilih pilihan yang berbeza untuk meneruskan plot ke arah laluan alternatif. Semua laluan heroin tersedia dari awal permainan Summer Pockets dan Summer Pockets Reflection Blue . Dalam kedua-dua versi, setiap heroin akan menghilang daripada skrin tajuk permainan apabila laluannya telah selesai dimainkan. Apabila semua laluan heroin dalam mana-mana versi telah dimainkan sekurang-kurangnya sekali, senario tambahan yang dipanggil Alka boleh diakses. Setelah selesai laluan Alka, satu lagi senario yang dipanggil Pocket disediakan, yang berfungsi sebagai kesimpulan sebenar cerita ini. Dalam kedua-dua versi, setelah Pocket selesai, semua heroin muncul semula pada skrin tajuk permainan.

Terdapat dua permainan mini yang boleh dimainkan dalam Summer Pockets dan Reflection Blue . Yang pertama adalah permainan mini pingpong yang berbentuk acara masa pantas di mana objektifnya adalah untuk mengklik salah satu penunjuk bulat di sebelah pemain pada saat bola terkena penunjuk itu. Pukulan berturut-turut pada mana-mana penunjuk akan mengakibatkan tolok keamatan terisi dan akan meningkatkan jumlah penunjuk daripada tiga kepada lima yang kerap bertukar-tukar kedudukan. Pukulan berturut-turut pada mana-mana satu penunjuk akan menukarkan warnanya daripada biru, kepada kuning, merah, ungu, dan akhirnya "Super Shot!!" pelbagai warna. Ketepatan klik dikelaskan kepada "good" (baik), "great" (hebat), dan akhirnya "excellent" (cemerlang). Permainan diteruskan sehingga sama ada tolok keamatan kosong, pemain kalah, atau sehingga pemain cukup mata untuk menumbangkan pihak lawan. Dalam Reflection Blue, permainan kecil pingpong turut menampilkan perlawanan beregu dengan mekanik asas yang sama. [2]

Permainan kedua adalah permainan tangkapan dan bertarung yang rumit yang dipanggil Islamon. Terdapat 100 Islamon berbeza untuk ditangkap di 10 lokasi berasingan di sekitar pulau dengan 20 jenis umpan tersedia dalam permainan. Sebarang umpan boleh digunakan di mana-mana lokasi, tetapi hanya satu hingga empat jenis Islamon boleh ditangkap bagi satu umpan di satu-satu lokasi. Kadar tangkapan Islamon juga bergantung kepada umpan yang digunakan di lokasi tertentu. Contohnya, menggunakan "Sugared Water" di Pergunungan memberikan kadar tangkapan 25% untuk Cabbage Butterfly, tetapi umpan yang sama di Pantai memberikan kadar 30% untuk Islamon yang sama. Kadar tangkapan untuk Islamon berjulat antara 5–100% (30 daripada 200 pilih atur mempunyai satu Islamon yang boleh ditangkap). Pemain bermula dengan tiga jenis umpan dan tiga lokasi untuk menetapkannya. Pada mulanya, pemain boleh memasang dua perangkap berumpan setiap hari, tetapi boleh meningkat kepada lima setiap hari bergantung kepada kedudukan pemain.

Seorang pemain boleh bertarung menentang lawan dua kali sehari, dengan setiap pemain dibenarkan menggunakan sehingga tiga Islamon setiap kali pertempuran. Setiap Islamon mempunyai taraf bintang dari 1–5 dan jenis elemen—Air, Angin atau Bumi—di mana Air mengalahkan Angin, Angin mengalahkan Bumi dan Bumi mengalahkan Air. Pemain boleh menguruskan kumpulan Islamon mereka dan memilih Islamon sesuai untuk bertempur dan formasinya, tetapi baki pertempuran akan berlaku secara automatik. Objektif pertempuran adalah untuk menaikkan kedudukan dalam kalangan 35 individu, dan mengalahkan lawan akan menyebabkan pemain bertukar kedudukan dengan mereka. Ini berterusan sehingga pemain mencapai kedudukan 8, dan kemudian, pemain hanya boleh naik satu kedudukan dengan setiap kemenangan. Setelah pemain mengalahkan pemain yang berada di kedudukan 7 hingga 2, pemain kemudiannya boleh bertarung dengan lawan peringkat 1 sebagai bos terakhir. Babak kejutan boleh berlaku semasa pertempuran berdasarkan hubungan Islamon tertentu dengan pihak lawan.

Summer Pockets bertempat di satu pulau luar bandar yang terasing dan damai di Laut Pedalaman Seto yang dipanggil Torishirojima, [n 1] yang mempunyai populasi kira-kira 2,000 orang. Protagonisnya ialah Hairi Takahara, seorang pemuda yang asing dari pulau itu. Hairi dibesarkan dalam persekitaran bandar, tetapi selepas kejadian tak menyenangkan menimpanya, dia menggunakan kematian neneknya baru-baru ini sebagai alasan untuk datang ke pulau itu untuk menguruskan penjualan harta pusakanya . Setibanya di sana, dia berkenalan dengan empat gadis yang menjadi fokus cerita ini. Mereka termasuk Shiroha Naruse, yang terlupa percutian musim panasnya; Ao Sorakado, yang menyelongkar rahsia legenda pulau itu; Kamome Kushima, seorang gadis atas yang mencari kapal lanun; dan Tsumugi Wenders, seorang gadis muda yang cuba mencari dirinya. [3] [4]

Hairi Takahara (鷹原 羽依里, Takahara Hairi)
Disuarakan oleh: Shōya Chiba dalam Reflection Blue
Shiroha Naruse (鳴瀬 しろは, Naruse Shiroha)
Disuarakan oleh: Konomi Kohara
Ao Sorakado (空門 蒼, Sorakado Ao)
Disuarakan oleh: Natsumi Takamori
Kamome Kushima (久島 鴎, Kushima Kamome)
Disuarakan oleh: Tomomi Mineuchi
Tsumugi Wenders (紬 ヴェンダース, Tsumugi Vendāsu)
Disuarakan oleh: Emiri Iwai
Miki Nomura (野村 美希, Nomura Miki)
Disuarakan oleh: Saku Ichimiya
Shizuku Mizuori (水織 静久, Mizuori Shizuku)
Disuarakan oleh: Sahomi Koyama
Umi Kato (加藤 うみ, Katō Umi)
Disuarakan oleh: Aimi Tanaka
Shiki Kamiyama (神山 識, Kamiyama Shiki)
Disuarakan oleh: Ai Fairouz
Nanami (七海)
Disuarakan oleh: Kana Hanazawa

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
Ai Sorakado (空門 藍)
Disuarakan oleh: Natsumi Takamori
Ryoichi Mitani (三谷 良一, Mitani Ryōichi)
Disuarakan oleh: Kentarō Kumagai
Tenzen Kano (加納 天善, Kanō Tenzen)
Disuarakan oleh: Yōhei Kamada
Kyoko Misaki (岬 鏡子, Misaki Kyōko)
Disuarakan oleh: Megumi Takamoto
Kobato Naruse (成瀬 小鳩, Naruse Kobato)
Disuarakan oleh: Minoru Shiraishi
Sagi Kushima (久島 鷺, Kushima Sagi)
Disuarakan oleh: Wakana Kowana
Inari (イナリ)
Disuarakan oleh: Konomi Suzuki

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Sebelum pembangunan Summer Pockets bermula, Key sedang dalam proses membangunkan Angel Beats! 1st Beat (2015) dan Harmonia (2016). Pada awal 2015, penulis senario Yūto Tonokawa sedang mengetuai projek baharu untuk novel visual yang lain, tetapi projek ini telah ditangguhkan untuk memberi tumpuan kepada Angel Beats! dan Harmonia . Tonokawa kemudiannya meletak jawatan daripada Key sebelum keluaran Angel Beats! 1st Beat pada Jun 2015, dan projek yang dipimpinnya telah ditinggalkan. Berikutan itu, Kai dibawa masuk untuk mengarahkan projek baharu, yang kemudiannya menjadi Summer Pockets . Pertandingan dalaman dalam kalangan pekerja Visual Arts telah berlangsung bagi mengemukakan idea bagi projek baharu itu menurut konsep yang melibatkan kehidupan seharian yang menyeronokkan dan kisah yang mencuit air mata, tetapi tidak dibayangi oleh karya terdahulu Key. [3]

Apabila perbincangan bermula mengenai karya baharu Key, Jun Maeda berbincang dengan Takahiro Baba, presiden Visual Arts, dan Maeda bertegas bahawa projek baharu itu perlu membuatkan pembaca menangis. Maeda juga mengatakan bahawa jika judul seterusnya tidak dapat mencapai matlamat tersebut, ia bermakna pengakhiran Key. Antara idea yang dikemukakan oleh penulis senario Yū Niijima digambarkan serupa dengan Ghost in the Shell oleh Kai. Walaupun terdapat banyak idea yang dikemukakan, namun dirasakan semuanya tidak cukup syarat daripada sesuatu yang dihasilkan oleh Key. Maeda mengakui walaupun terdapat idea menarik yang dikemukakan, namun tiada satu pun yang akan membuatkan pembaca menangis. Walaupun Maeda pada asalnya tidak bercadang untuk mengemukakan idea sendiri, beliau memberikan satu idea sebagai ilham, tetapi beliau terkejut apabila ideanya diterima serta-merta sebagai asas untuk apa yang akan menjadi Summer Pockets . Maeda memutuskan untuk tidak menulis senario untuk permainan itu kerana persamaan dalam tema dengan novel visual Key Air (2000), yang mana beliau merupakan penulis utama. [3]

Kai mula mengembangkan konsep diberikan dengan Maeda turut menghadiri mesyuarat produksi, tetapi Maeda kemudian dimasukkan ke hospital, menyebabkan Kai meminta lebih ramai penulis dibawa untuk projek itu. [3] Niijima sebelum ini pernah bekerja dalam novel visual untuk Saga Planets, jenama lain di bawah Visual Arts, tetapi beliau meletak jawatan dari Saga Planets pada 2012. [5] Baba telah mencadangkan beberapa kali agar mereka membawa masuk Niijima untuk projek baharu, menyebabkan beliau dibawa masuk sebagai penulis senario. Seorang lagi penulis senario, Hasama, telah turut serta berikutan sumbangannya kepada senario alihpasaran novel visual Key Kud Wafter (2010). [3] Kai menulis senario untuk laluan Ao, Niijima menulis kedua-dua laluan Shiroha dan Kamome, dan Hasama menulis laluan Tsumugi.

Walaupun permainan ini ditetapkan di pulau fiksyen, ilhamnya adalah berdasarkan tempat sebenar; staf pembangunan telah mengunjungi Naoshima, Megijima dan Ogijima untuk membantu dalam proses ini. Penggunaan tema nostalgia sebagai tema adalah penting bagi Kai yang menyamakan konsep Maeda dengan siri permainan video Boku no Natsuyasumi . Berkenaan kebimbangan mengenai persamaannya dengan Air, yang juga menampilkan persekitaran luar bandar pesisir laut di musim panas, Kai maklum bahawa Summer Pockets akan dibentuk sama sekali berbeza dengannya disebabkan sebahagiannya dari hubungan setiap heroin dan daripada beberapa watak lelaki menawan dalam permainan, sama seperti Little Busters! (2007) dan Angel Beats! (2010). Walau bagaimanapun, Maeda menegaskan bahawa tema ikatan keibuan yang dipaparkan dalam Air akan disertakan dalam Summer Pockets . [3]

Na-Ga ialah ketua artis dan pereka watak untuk Summer Pockets, dan tiga artis lain kemudiannya dibawa masuk untuk menghasilkan reka bentuk watak tambahan: Yūnon Nagayama, Tsubasu Izumi dan Fumuyun. Nagayama sebelum ini pernah terlibat dalam reka bentuk watak untuk Angel Beats! 1st Beat, dan dia telah diminta untuk menyertai satf Summer Pockets kerana seninya sangat serasi dengan ilustrasi Na-Ga . Kai diperkenalkan kepada Izumi oleh Harumi Sakurai, pelakon suara Yuri Nakamura dari Angel Beats!, dan Kai telah lama ingin bekerjasama dengan Izumi dalam projek beliau. [3] Fumuyun menyertai barisan stad untuk menyediakan reka bentuk watak untuk dua watak sokongan. [6] Watak chibi direka oleh Engiyoshi. Runut bunyi permainan ini digubah oleh komposer terkenal Key, Maeda dan Shinji Orito, selain Donmaru, Tomohiro Takeshita dan Ryō Mizutsuki. [7]

  1. ^ "Anime of Key's Summer Pockets Game Confirmed as in the Works". Anime News Network. December 29, 2021. Dicapai pada December 29, 2021.
  2. ^ "Summer Pockets: Reflection Blue Adds Four Heroines And Everyday Life Scenarios". Siliconera. December 9, 2019. Dicapai pada February 1, 2020.
  3. ^ a b c d e f g "Key新作発表! ヒロイン公開&制作陣に独占インタビュー!". Dengeki G's Magazine (dalam bahasa Japanese). ASCII Media Works. December 8, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2016. Dicapai pada December 8, 2016.CS1 maint: unrecognized language (link) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "gs-interview1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Visual Art's/Key Announces Jun Maeda's Summer Pockets PC Game". Anime News Network. December 10, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2016. Dicapai pada December 15, 2016.
  5. ^ Niijima, Yū (April 20, 2012). "卒業しても好きって言うよ". Saga Planets (dalam bahasa Japanese). Livedoor. Diarkibkan daripada yang asal pada July 4, 2016. Dicapai pada May 7, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "サマポケ開発日誌(ふむゆん)" (dalam bahasa Japanese). Key. March 14, 2018. Dicapai pada June 30, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Summer Pockets -サマーポケッツ- (サマポケ) オフィシャルサイト | Spec" (dalam bahasa Japanese). Key. Dicapai pada December 26, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "n", tetapi tiada tag <references group="n"/> yang berpadanan disertakan