Sukan Asia Tenggara 2027
Bandar tuan rumah |
|
---|---|
Penyertaan negara | 11 |
Sukan Asia Tenggara 2027, secara rasmi dikenali sebagai XXXIV Sukan Asia Tenggara, dan juga dikenali sebagai Sukan SEA 2027, ialah acara pelbagai sukan serantau akan datang yang dijadualkan berlangsung di Malaysia. Sukan SEA 2027 akan diadakan secara langsung di semua tiga buah negeri di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, dan Pulau Pinang.[1]
Pemilihan tuan rumah
[sunting | sunting sumber]Pada 12 Mei 2022, mesyuarat SEAGF di Hanoi mengesahkan bahawa Malaysia akan menganjurkan acara dwitahunan serantau pada 2027. Ia adalah giliran Brunei, tetapi menolak pada 2021[2] dan dengan itu ini menyebabkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah untuk Sukan SEA 2027.
Sebagai permulaannya, Sukan SEA 2027 akan diadakan serentak di semua empat buah negeri di Malaysia. Ini termasuk wilayah Sarawak (akan diberikan keutamaan penuh sebagai hos bersama Sukan SEA 2027), serta penglibatan tiga negeri lainnya iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Upacara pembukaan untuk Sukan SEA 2027 akan berlangsung di Kuching, Sarawak. Manakala untuk upacara penutupan pula akan berlangsung di Kuala Lumpur.[3]
Sabah akhirnya mengesahkan untuk menarik diri sepenuhnya daripada menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027, disebabkan oleh kos perbelanjaan penganjuran acara yang sangat besar serta kekurangan bajet pembangunan infrastruktur sukan di Sabah. Ini bermakna hanya tiga negeri sahaja yang akan bertanding, iaitu Sarawak, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.[4]
Sebanyak 34 acara sukan akan diberi tumpuan sepenuhnya pada Sukan SEA 2027. Ianya merangkumi:
- Sebanyak 18 acara sukan yang akan diadakan di Sarawak, termasuk 11 acara sukan berpotensi (akuatik renang, badminton, angkat berat, tenpin boling, taekwondo, wushu, tinju, basikal lebuhraya, e-sports, muay thai, dan olahraga).
- 9 lagi acara sukan akan berlangsung di Kuala Lumpur, termasuk 7 acara sukan berpotensi (gimnastik, basikal trek, bola sepak, equestrian, bola tampar, pencak silat, dan menembak).
- 7 acara sukan hanya akan berlangsung di negeri Pulau Pinang, termasuk 4 acara sukan berpotensi (pelayaran, acara perahu naga, acara triathlon, dan acara petanque).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sarawak kini sah hos bersama Sukan SEA 2027". Kosmo!. Dicapai pada 2024-08-24.
- ^ "Malaysia selected to host 34th SEA Games in 2027". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-12.
- ^ "Sarawak sah jadi hos bersama Sukan SEA 2027". BH Online. Dicapai pada 2024-08-24.
- ^ "Sabah tarik diri anjur bersama Sukan SEA 2027". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-10-22.
Didahului oleh: Bangkok |
Sukan Asia Tenggara XXXIV Sukan Asia Tenggara (2027) |
Diikuti oleh: Singapura |