Stesen keretapi Sungai Petani
Lokasi | Sungai Petani, Kedah, Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | |||||||||||||||||||||||||
Laluan | 2 Laluan Padang Besar - Butterworth (KTM Komuter) ETS (KTM ETS) | |||||||||||||||||||||||||
Platform | 2 | |||||||||||||||||||||||||
Trek | 2 | |||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Percuma | |||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 1915 | |||||||||||||||||||||||||
Dibina semula | 2015 | |||||||||||||||||||||||||
Dielektrikkan | 2015 | |||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||
Stesen keretapi Sungai Petani merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Stesen keretapi Sungai Petani mula dibuka pada tahun 1915 setelah landasan keretapi dari Bukit Mertajam telah dibina hingga ke Alor Setar. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 11 September 2015.[1]
Perkhidmatan kereta api
[sunting | sunting sumber]Stesen keretapi Sungai Petani menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[2]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- lima perlepasan ke Padang Besar
- lima ketibaan dari Padang Besar
- empat perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- empat ketibaan dari Kuala Lumpur Sentral
- satu perlepasan ke Gemas
- satu ketibaan dari Gemas
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Komuter di utara Jumaat ini". HM Online. 2015-09-08. Dicapai pada 2023-10-16.
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.