[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Sherie Merlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sherie Merlis
Kelahiran
Sharifah Saadah binti Wan Zainal Abidin

(1972-10-23) 23 Oktober 1972 (umur 52)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1990–kini
Pasangan
  • Esma Daniel (k. 1992; c. 1997)
  • Tengku Shafiz Rullah As Syafiee (k. 2012; c. 2023)
Anak-anak4
IbuRaden Aini binti Raden Kasron
BapaWan Zainal Abidin bin Tuanku Habib Kassim

Sherie Merlis (Jawi: شريفة سعادة بنت زين العابدين; lahir Sharifah Saadah binti Wan Zainal Abidin; 23 Oktober 1972) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau banyak bergiat aktif di televisyen dan filem dan pernah dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah Filem Asia.[2][3][4]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Sibu, Sarawak, Sherie merupakan anak ketiga daripada 5 beradik kepada pasangan Wan Zainal Abidin bin Tuanku Habib Kassim dan Raden Aini binti Raden Kasron. Sherie berketurunan Arab dan Melayu melalui ayahnya. Sebelah ibunya pula adalah berketurunan Melayu dari Pontianak, Indonesia dan berketurunan Cina dari Yunnan, China. Hanya diketahui bahawa nenek moyang aslinya dari sebelah ibunya merupakan seorang bangsawan Kesultanan Pontianak dari Borneo.

Sewaktu kecil, Sherie sering menonton filem dengan keluarganya dan kemudian menjelaskan bahawa hal ini telah memberikan inspirasi kepada minatnya dalam lakonan. Pada umur 19 tahun, Sherie mula bekerja sebagai pelakon di Kuala Lumpur.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1990 menerusi filem Part-Time dan sejak itu beliau terus aktif berlakon dalam televisyen dan filem.[5] Pada tahun 2014, Sherie membuat penampilan teater pertama dengan muncul dalam pementasan teater Surat Sabariah yang berlangsung di KLPac dengan memegang watak sebagai Sabariah.[6][7]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sherie Merlis berkahwin sebanyak dua kali. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dari 1992 hingga 1997 dan dikurniakan dua anak.[8]

Pada 2 Januari 2012, Sherie berkahwin dengan penerbit muzik yang juga bekas suami Dira Abu Zahar, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash.[9][10] Hasil perkahwinan mereka, dua orang cahaya mata telah dikurniakan iaitu Tengku Kaseh Anaqah, lahir pada 1 Julai 2012 dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, lahir pada 21 Januari 2014.[11]

Bapanya, Wan Zainal Abidin meninggal dunia pada 1 Oktober 2021 akibat serangan jantung.[12]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Part-Time Filem pertama
2000 Leftenan Adnan Tuminah
2010 Janin Munah
2011 Chow Kit Mak Salina
2013 Aku Pilih Kamu Laila
2014 Pintu Neraka Datin Shereen
2018 Lee Chong Wei: Rise of the Legend Latifah Sidek
2019 Motif Suri
2020 Tyickoouns Ibu Ramona Penampilan khas
2022 Tujuh Hari Di Bawah Matahari Ibu Emil Filem pendek
Talbis Iblis Bomoh Penampilan khas
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Khatijah
2024 Mereka Yang Tertewas
2025 Bisikan Dosa Puan Sri Khaleeda
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Dendam Terlerai TV3
1998–2002 Mat Despatch Sherry TV1
2009 Kau Dan Aku
Warkah Terakhir: Rosli Dhobi Ibot Astro Citra Mini series
2011 Lembing & Layang:Senoi Praaq Shamsiah Fakeh Cameo, mini series kedua
2011 Geng Surau Astro Oasis
Cita & Cinta Mem / Lilie TV9
Cinta Strawberi & Coklat
2012 Perempuan Neraka
Bila Kucing Menangis
Sebelum Lima Perkara
Sebelum Kiamat
2013 Karlos Zai TV3
Ramadan Yang Hilang Rahimah Penampilan khas
2014 Sehangat Dakapan Mama
Jangan Kafankan Dia
Malaikat Tersembunyi
Boria Raya
Cerita Cinta Kita Salmah (usia Tua) TV3 Penampilan khas
30 Hari Puasa
2015 Delina Kina TV3 Pelakon undangan
2016 Uda & Dara Zaharah Astro Prima
Tika Langit Terbuka Astro Oasis
2019 Ikatan Kasih Pinakol Rubiah TV2
2020 Keluarga Baha Don (Musim 2) Beh Botani Viu Pelakon undangan
2021 i-Tanggang Erma Astro Citra
2022 Kau Cipta Kasih Sabariah TV3
Impian Lara Kencana Awesome TV
Teguh Melissa TV Okey
2023 Nenek Bongkok Tiga Nenek Viu
TBA Biarlah Aku Cari Pengganti Ibu Qistina TV3 Penampilan khas
i-Tanggang 2 Erma Astro Citra
2024 Menanti Senja Khalida TV3

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1999 Boy TV3
2005 Hantu Janet
2006 Dee & Moon
2009 Memoir Aisyah Aisyah (Dewasa) TV3
2011 Di Terlapak Kaki Bonda
Sebelum Lima Perkara Alyah
2016 Maafkan Saya Cikgu Zubaida
2018 Hari Terakhir Seorang Pengurus Jijah Astro Citra
Pendosa Ingin Ke Syurga Aisyah TV3
Menantu Nista Nora
2019 Terima Kasih Ibu Zaitun
2020 Rindu Tanpa Batas
Yang Tersembunyi
2022 Luruh Rabiah TV2
2024 Ibu Pinjaman Datin Rosnah Astro Ria
Tahun Tajuk Catatan
2014 Surat Sabariah Persembahan pentas pertama
2019 Semarak Pertiwiku[13] Teater mengenai rasuah

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Dirinya sendiri Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon wanita Terbaik Drama Tercalon
  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (26 November 2006). "Selamat tinggal dunia sepi - Sherie Merlis". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Disember 2015.
  2. ^ Hanisah Selamat (2 November 2010). "Bernyawa kembali". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  3. ^ "Sherie Merlis...berhati-hati pilih watak". Utusan Malaysia. 27 Mei 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 17 Jun 2010.
  4. ^ "Anugerah selepas 24 tahun". Kosmo!. 12 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2 Oktober 2013.
  5. ^ Ramlah Zainal (25 November 2002). "Sherie belum terlewat". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  6. ^ Syaffique Shuib (21 November 2014). "#SuratSabariah: Sherie Merlis tidak mahu dibayangi lakonan Sarimah". Astro Awani. Dicapai pada 3 September 2015.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Disember 2014). "Menangis kerana Sabariah". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2014.
  8. ^ "Sherie Merlis menghilang?". Berita Minggu. 7 Februari 1993. Dicapai pada 3 September 2018.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2012). "Ash dan Sherie Merlis selamat diijabkabulkan". mStar Online. Dicapai pada 2 Oktober 2012.
  10. ^ Rosli Manah (3 Januari 2012). "Sherie-Ash saling mengisi kekosongan". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-20. Dicapai pada 26 Mac 2017.
  11. ^ Khadijah Ibrahim (6 September 2012). "Kaseh pengikat Sherie, Ash". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 2 Oktober 2012.
  12. ^ Zaidi Mohamad (1 Oktober 2021). "Bapa Sherie Merlis meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2021.
  13. ^ "Sherie Merlis, Azhan Rani dan Anding antara selebriti yang menjayakan teater tentang rasuah". Malaysiakini. 5 Julai 2019. Dicapai pada 3 September 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]