[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Sejarah Mauritius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Mauritius mencapai kemerdekaan pada 1968 daripada British selain penjajah terdahulu iaitu bermula Portugis, Belanda dan Perancis. Pulau ini ditemui oleh pihak Portugis pada 1505 dan dijajah oleh Belanda pada 1638, yang menamakan pulau ini Mauritius untuk menghargai jasa Putera Maurits van Nassau seorang perwira Belanda yang telah memberontak menentang kerajaan Sepanyol . Pada abad ke-18, pihak Perancis telah menawan pulau ini dan menamakannya Ile de France iaiatu bahasa Perancis untuk Kepulauan Perancis. Pulau ini diambilalih oleh pihak British pada 1814 dan kembali kepada nama asalnya.

Negara ini mencapai kemerdekaan pada 1968, dan menjadi republik pada 1992. Mauritius merupakan sebuah negara demokrasi yang stabil dengan pilihan raya bebas serta rekod hak asasi manusia yang baik berbanding dengan kepulauan yang lain. Ia juga telah menarik minat ramai pelabur asing dan merupakan negara Afrika yang mempunyai pendapatan per kapita yang tertinggi di benua ini.