[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Myra Ellen Amos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tori Amos
Latar belakang
Nama lahirMyra Ellen Amos
GenreRock alternatif
Pop Baroque
Electronika
Rock piano
PekerjaanAhli muzik, penyanyi, pencipta lagu, penerbit rekod
InstrumenPiano, harpsikod, klavikod, organ Hammond, harmonium, Fender Rhodes, Wurlitzer, Kurzweil, klavinet, nyanyian
Tahun aktif1990— (kerjaya solo)
Syarikat rakaman
Atlantic (1988–2001)
Epic (2002–2008)
Rhino (2006)
Universal Republic (2009— )
Laman sesawang
toriamos.com
everythingtori.com
Alat muzik terkenal
Piano Bösendorfer

Myra Ellen Amos atau lebih dikenali dengan panggilan Tori Amos (lahir 22 Ogos, 1963) ialah seorang pemain piano, penyanyi dan pengubah lagu. Beliau dinikahi seorang Inggeris, Mark Hawley yang juga seorang jurutera bunyi. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Natashya "Tash" Lórien Hawley, lahir pada 5 September, 2000.

Tori dilihat menonjol sebagai seorang penyanyi dan pengubah lagu wanita diawal 1990-an dan mendapat perhatian dalam penggunaan piano sebagai instrumen utama. Ini disebabkan terdapat hanya sejumlah kecil wanita di dalam kategori-kategori tersebut. Beliau juga dikenali kerana emosi yang dibawakan lagu-lagunya kental, melalui subjek yang luas termasuklah seksualiti, keagamaan dan nahas yang menimpa dirinya sendiri. Di antara lagu-lagunya yang menduduki carta adalah seperti "Crucify", "Silent All These Years", "Cornflake Girl", "Caught a Lite Sneeze", "Professional Widow", "Spark" dan "A Sorta Fairytale".

Tori telah dianugerahkan dua multi-Platinum dan dua album Cakera Emas di Amerika Syarikat di mana beliau turut mempengaruhi pengikut kultus. Beliau mempunyai sejarah memberi komen-komen yang eksentrik dan aneh laku di konsert-konsertnya yang memberi reputasi bahawa Tori seorang yang individualistik.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Tahun permulaan (1963-1985)

[sunting | sunting sumber]

Tori ialah anak ketiga kepada pasangan Rev. Dr. Edison dan Mary Ellen Amos dari Newton, Carolina Utara. Beliau lahir ketika di dalam perjalanan ibu-bapanya dari rumah mereka di Georgetown (Washington, D.C.) ke Carolina Utara, di Old Catawba Hospital dekat Newton. Seusia 2½ tahun, keluarganya berhijrah ke Baltimore, Maryland, di mana Tori mula belajar bermain piano. Pada umur 5 tahun, si kecil Tori mula mengubah lagu menggunakan piano dan pada 9 tahun mula menggunakan bait-bait untuk gubahannya.

Pada 1968, semasa tinggal di Rockville, Maryland, Tori dianugerahkan biasiswa penuh ke Peabody Conservatory of Music. Berusia 5 tahun pada ketika itu, beliaulah pelajar yang termuda pernah bersekolah di situ. Umur 11 tahun menyaksikan biasiswa Tori dihentikan dan beliau diminta berhenti. Ini berlaku kerana Tori mendakwa beliau lebih meminati muzik rock dan pop, ditambah pula dengan sikap ralatnya terhadap nota muzik yang harus dibaca ketika bermain. Dua tahun kemudian, beliau mula belajar di Kolej Montgomery dan mula bermain di bar piano, ditemani bapanya yang tekun menghantar pita rakaman gubahan Tori ke syarikat-syarikat rakaman.

Beliau mula dikenali di kawasan setempatnya selepas memenangi pertandingan Bakat Remaja di peringkat daerahnya pada 1977, dengan menyanyikan lagu "More Than Just a Friend". Menjejakkan kaki ke sekolah tinggi, Tori lebih dikenali di kawasan sekitar Washington, D.C. Sewaktu belajar di Sekolah Tinggi Richard Montgomery, beliau memenangi anugerah Homecoming Queen, Pelajar Yang Akan Berjaya (Wanita), Pelajar Paling Berbakat (Wanita) dan Pelajar Terbaik Keseluruhan (Wanita). Tori juga melibatkan diri dengan Black Maskers, sebuah kumpulan drama sekolahnya. Mencecah usia senior disekolahnya Tori dan Mike Amos, saudara kandung lelakinya, menulis "Baltimore" untuk pertandingan melibatkan Baltimore Orioles, liga besbol Baltimore. Lagu itu memenangi pertandingan tersebut dan menjadi single 7" pertama Tori yang dihasilkan untuk keluarga dan sahabat handainya termasuklah sebuah lagi lagu gubahannya "Walking With You", yang ditulis pada 1980. Sekitar waktu tersebut, Tori telah mula menggunakan nama "Tori" kerana menurut teman-temannya, dia kelihatan seperti seorang "Tori" berbanding "Myra Ellen".

Sebelum berusia 18 tahun, Tori telah dibandingkan dengan Kate Bush kerana gaya nyanyian dan muzik mereka yang seakan-akan. Walaubagaimanapun, pada saat itu Tori malah tidak mengenali Kate dan hanya selepas perbandingan mereka beliau membeli album Kate buat kali pertama dan menemui muziknya sendiri.

Y Kant Tori Read (1985-88)

[sunting | sunting sumber]

Sewaktu berusia 21 tahun, Tori berhijrah ke Los Angeles untuk melanjutkan kerjaya muziknya. Ini berlaku setelah beberapa tahun membuat persembahan di bar-bar piano wilayah Pantai Timur. Di Los Angeles beliau berjaya menempatkan dirinya untuk lakonan sambilan, termasuklah iklan televisyen Just Right oleh Kellogg's (peranan yang juga direbut oleh pelakon yang belum dikenali pada ketika itu, Sarah Jessica Parker). Pada 1987, Tori tampil sebagai Carrie Hadler untuk sebuah drama soap-opera Trial by Jury, yang dituduh menggunakan perhubungan seks sehingga menyebabkan kematian suaminya. (Klip tersebut kemudiannya dipaparkan di dalam saluran VH1 melalui rancangan "Before They Were Rock Stars".) Suatu malam pada 1985, selepas membuat persembahan di sebuah bar, beliau menumpangkan seorang pelanggan kelab tersebut yang telah mencabul kehormatannya. Pengalaman tersebut dikisahkan selepas beberapa tahun di dalam sebuah lagu yang berjudul "Me and a Gun". Tori juga bertemu Steve Caton, pemain gitar untuk albumnya To Venus and Back (1999), pada saat itu.

Tahun 1985 menyaksikan Tori mengasaskan sebuah kumpulan muzik Y Kant Tori Read. Beliau mengambil nama berkenaan sebagai merujuk kepada hari-hari lalunya di Peabody Conservatory, di mana beliau boleh bermain piano hanya selepas mendengar sesebuah lagu itu sekali sahaja, tetapi tidak pernah berjaya membiasakan diri membaca nota muzik pada waktu yang sama ia bermain. Selain Tori, kumpulan itu dianggotai oleh Steve Caton, Matt Sorum, dan Brad Cobb. Setahun kemudian, Atlantic Records memeterai kontrak untuk enam album bersamanya. Pada Julai 1988, album pertama kumpulan Y Kant Tori Read diterbitkan dan dikecam oleh pelbagai pihak; pengkritik dan pendengar aliran utama, meninggalkan Tori dengan perasaan kecewa dan aib. Selepas kegagalan tersebut, Tori mula bergandingan dengan artis-artis lain (termasuklah Stan Ridgway dari Wall of Voodoo, Sandra Bernhard, dan Al Stewart) sebagai penyanyi latar. Tori juga merakamkan lagu berjudul "Distant Storm" untuk filem China O'Brien; di dalam penghargaan filem tersebut, lagu itu dirujuk sebagai dimainkan oleh "Tess Makes Good" dengan "nyanyian oleh Ellen Amos".

Walaupun Tori acap kali melafazkan rasa aibnya terhadap Y Kant Tori Read, beliau pernah juga mempersembahkan pelbagai lagu dari album kumpulan terdahulunya itu di konsert-konsertnya sendiri. Album tersebut tidak lagi dicetak dan kini merupakan barangan koleksi yang bernilai.

Kerjaya solo

[sunting | sunting sumber]

Little Earthquakes (1990-92)

[sunting | sunting sumber]

Walaupun Y Kant Tori Read dan kedua-dua single dari album mereka; "The Big Picture" dan "Cool On Your Island" menerima reaksi yang mengecewakan, Tori masih perlu menyudahkan kontrak 6 album yang dipersetujui dengan Atlantic Records. Pada 1989, syarikat rakaman itu menuntut sebuah lagi album baru menjelang Mac 1990. Untuk itu, Tori memberikan pradengar rakamannya yang terdahulu kepada syarikat tersebut tetapi ditolak oleh mereka atas dasar "perempuan dan piano" tidak akan dapat melariskan jualan album di zaman kerancakan muzik grunge, rock, rap dan dance pada awal tahun '90-an.

Dengan bantuan Steve Caton, Eric Rosse, Will MacGregor, Carlo Nuccio, dan Dan Nebenzal; rakaman tersebut menerima garapan dan pengolahan semula secara menyeluruh dan menghasilkan hasil kerja yang "mentah", pengemosian didikan agama di kala kecil, pembangkitan seksual, perjuangan menentukan identiti dan pencabulan seksualnya. Khalayak eksekutif di Atlantic Records menukar fikiran mereka setelah mendengar olahan semula tersebut, memasang perancangan untuk mempromosikan Tori Amos seakan pewaris Joni Mitchell, Laura Nyro, atau secara alternatifnya versi wanita kepada Elton John. Dengan keterbukaan pasaran UK yang sedia ada, di antara rancangan awal mereka adalah untuk menempatkan Tori di England pada awal 1991 dan membuat persembahan di kelab-kelab kecil di sana sebagai persediaan untuk mensensasikan "kepulangan" beliau ke Amerika Syarikat dengan pelancaran album terbarunya yang bertajuk 'Little Earthquakes'.

East West yang merupakan rakan pengedar Atlantic Eropah, mempromosikan rakaman tersebut secara ekstensif. Tori menghabiskan 1991 bermain muziknya di bar-bar dan kelab-kelab kecil di London juga untuk khalayak-khalayak eksekutif dan pemberita, seringkali di pangsapurinya sendiri. EP "Me and a Gun" yang terkandung 4 lagu diterbitkan pada Oktober 1991, mendapat perhatian khusus para pengkritik. Sebuah single diterbitkan sekali lagi bulan berikutnya dengan "Silent All These Years" sebagai lagu utama, seterusnya menduduki #51 untuk carta di UK. Ini diikuti dengan pemilihan oleh Radio 1 BBC sebagai Single Pilihan Mingguan dan penampilan buat pertama kali untuk rancangan temubual hangat Jonathan Ross di saluran BBC.

Setelah album tersebut diedarkan di UK pada Januari 1992, ia menduduki #14 dan kekal di carta "Top 75 UK Album Chart" selama 23 minggu. Sebulan kemudian, edaran di Amerika Syarikat dimulakan dan membuahkan hasil. Ia kekal di dalam carta walaupun tidak berada di dalam "Top 50" untuk "Billboard 200". Single-single seterusnya (yang turut diedarkan bersama "Me And A Gun" dan "Silent All These Years") adalah "China" (Januari 1992 UK), "Winter" (Mac 1992 UK / November 1992 AS) dan "Crucify" (Mei 1992 AS / June 1992 UK), versi EP Amerika Syarikat juga memuatkan nyanyian semula lagu-lagu The Rolling Stones dan Nirvana. Pada waktu itu Tori merakamkan lagu "The Happy Worker" untuk runut bunyi filem Toys. Susunan semula (remix) lagu tersebut juga dimuatkan di dalam album berkenaan dengan tajuk "Workers".

Sementara itu, Tori menjalin persahabatan dengan penulis Neil Gaiman yang menjadi peminatnya setelah Tori merujuk nama Neil dalam lagu "Tear In Your Hand" dan di dalam sesi temuramah yang disertai. Dikatakan watak Delirium (mungkin juga watak Death) dari siri tulisan Neil, "The Sandman" adalah berdasarkan Tori; dan ujar Neil, "mereka [dia dan Tori] 'mencuri' dari sesama sendiri". Watak-watak tersebut bagaimanapun dicipta sebelum pertemuan Neil dan Tori; membawa ke arah tempoh persahabatan dan kerjasama yang panjang. Album penghormatan Neil pada 2006 dari Ferret Records terkandung bait dari Tori yang bertajuk "Where's Neil When You Need Him?" dan juga lagu Tori "Sister Named Desire". Selain itu Tori menulis pendahuluan untuk salah satu buku Neil, "Gaiman's Death: The High Cost of Living".

Persamaan di antara gambar kulit album pertama Tori "Little Earthquakes" dan album pasaran Amerika Syarikat yang pertama Kate Bush "The Kick Inside" menyemarakkan lagi perbandingan khalayak terhadap kedua-dua penyanyi, walaupun Tori telah menegaskan persamaan tersebut hanya kebetulan. Beliau menyatakan rasa kagumnya di kala pertama kali mendengar Kate seusia 17 tahun dan juga telah menyampaikan lagu-lagu "Running Up That Hill" dan "And Dream of Sheep" oleh Kate untuk persembahan konsertnya.

Under the Pink (1993-94)

[sunting | sunting sumber]

Selepas konsert jelajahnya sepanjang 1992 bersandarkan Little Earthquakes (Eropah, Amerika Utara, Australia, & Israel), Tori menuju ke New Mexico bersama teman intim dan profesionalnya, Eric Rosse pada 1993 untuk menulis dan merakamkan sebahagian besar album solo keduanya, Under the Pink.

Boys for Pele (1995-96)

[sunting | sunting sumber]

Gagasan untuk album solo ketiganya bermula pada Ogos 1994 sewaktu rehat konsert jelajah mempromosikan album Under the Pink. Tori telah berpisah dengan teman intim dan profesionalnya Eric Rosse selepas menjalinkan hubungan selama tujuh tahun. Beliau pada saat itu telah berkunjung ke Hawaii dan mempelajari berkenaan dewi gunung berapi di situ, Pele, yang "menjana jiwa wanita" disebalik pembikinan Boys for Pele.

From the Choirgirl Hotel (1997-98)

[sunting | sunting sumber]

Sewaktu konsert jelajah mempromosikan album Boys for Pele, Tori dan jurutera bunyinya, Mark Hawley mula menjalinkan hubungan intim dan tidak lama kemudian menjurus kepada kehamilan. Beliau merancang untuk berehat pada 1997 dari kerjayanya dan studio rakaman untuk keselamatan bayinya yang belum lahir, bagaimanapun pada tempoh tiga bulan kandungannya, beliau keguguran dua hari sebelum sambutan Hari Natal 1996, mencerna kedalaman emosi baru dalam dirinya. Sewaktu proses sembuh dari emosi tersebut di rumah keduanya dekat Florida, tanpa dirancang, beliau mula menulis lagu-lagu baru.

To Venus and Back (1999)

[sunting | sunting sumber]

Strange Little Girls (2000-01)

[sunting | sunting sumber]

Scarlet's Walk (2002-03) dan Welcome to Sunny Florida (2003-04)

[sunting | sunting sumber]

Tales of a Librarian (2003)

[sunting | sunting sumber]

The Beekeeper dan Piece by Piece (2004-05)

[sunting | sunting sumber]

The Original Bootlegs dan iTunes Essentials (2005)

[sunting | sunting sumber]

Fade to Red and A Piano: The Collection (2006)

[sunting | sunting sumber]

American Doll Posse (2007)

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]