Mutesa II dari Buganda
Mutesa II | |||||
---|---|---|---|---|---|
Kabaka of Buganda | |||||
Pemerintahan | 22 November 1939 – 21 November 1969 | ||||
pemahkotaan | 19 November 1942 (di Bukit Buddo) | ||||
Didahului oleh | Daudi Cwa II dari Buganda | ||||
Diikuti oleh | Muwenda Mutebi II dari Buganda | ||||
Presiden Uganda Pertama | |||||
Penggal | 9 Oktober 1963 – 2 Mac 1966 (digulingkan) | ||||
Didahului oleh | Elizabeth II sebagai Ratu Uganda Walter Coutts sebagai Gabenor Jeneral Uganda | ||||
Diikuti oleh | Milton Obote | ||||
Keputeraan | Makindye, Uganda | 19 November 1924||||
Kemangkatan | 21 November 1969 Rotherhithe, London, United Kingdom | (umur 45)||||
Pemakaman | Kasubi Nabulagala | ||||
Permaisuri-permaisuri | 1. Naabakyaala Damali Catherine Nnakawombe, Naabagereka 2. Lady Edith Kasozi 3. Omubiitokati Beatrice Kabasweka 4. Lady Kate Ndagire 5. Naabakyaala Sarah Nalule 6. Muzaana Nalwooga 7. Lady Nesta M. Rugumayo 8. Lady Kaakako Rwanchwende 9. Lady Winifred Keihangwe 10. Lady Zibiah Wangari Ngatho 11. Lady Catherine Karungu 12. Lady Naome Nanyonga 13. Lady Margaret Nakato | ||||
Anakanda | 12 lelaki dan 9 perempuan | ||||
| |||||
Kerabat | Dinasti Abalasangeye | ||||
Ayahanda | Daudi Cwa II dari Buganda | ||||
Bonda | Abakyala Irene Drusilla Namaganda |
Sir Edward Frederick William David Walugembe Mutebi Luwangula Muteesa II (19 November 1924 – 21 November 1969) merupakan Raja (Kabaka) Kerajaan Buganda ke-35 dan terakhir dari 22 November 1939 sehingga kematiannya. Baginda juga merupakan Presiden Uganda pertama berikutan penubuhan republik tersebut.
Keputeraan dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Muteesa lahir di rumah seorang mubaligh pakar perubatan di Makindye, Kampala pada 19 November 1924. Beliau merupakan putera kelima Raja Daudi Cwa II (1897-1939) dan Puan Irene Drusilla Namaganda dari puak Nte.
Baginda dididik di King's College Buddo iaitu salah satu sekolah berprestij dalam jajahan Uganda; beliau meenruskan pengajian di Magdalene College, Cambridge, England. Di sana, beliau menyertai Kor Pegawai Latihan Universiti tersebut (University Officer Training Corps) dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai kapten dalam Grenadier Guards.[1]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Beliau ditabalkan sebagai raja atau "Kabaka" Buganda setelah kemangkatan ayahandanya pada usia 15 tahun di luar Lubiri Mmengo tanggal 26 November 1939. Kerajaan baginda dipangku suatu Majlis Raja (Council of Regents) sehingga beliau cukup umur untuk memerintah.[2] Mutesa dimahkotakan di Buddo ketika berusi 18 tahun pada 19 November 1942.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Mutesa meninggal akibat keracunan alkohol di kediaman beralamat No. 28 Orchard House, Rotherhithe, London pada tahun 1969.[3] Polis Britain melihat insiden tersebut sebagai suatu kasus pembunuhan diri, namun ada yang menyatakan Mutesa dipaksa minum vodka oleh ejen dalam rejim Obote, teori kedua ini lagi dikukuhkan berikutan bukti beliau dalam keadaan sihat sebelum kematiannya menurut John Simpson, wartawan BBC yang menemubualnya. Mayatbeliau dikembalikan ke Uganda tahun 1971 setelah pemerintahan Obote digulingkan serta dimakamkan di Makam Kasubi Nabulagala, Kampala.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Boddy-Evans, Alistair. "Edward Frederick Mutesa II: First President of Uganda". About.com – African History. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-10. Dicapai pada 6 Oktober 2014.
- ^ "The Early Life of Edward Frederick Walugembe Muteesa II". Royalark.net. Dicapai pada 6 October 2014.
- ^ "Mutesa II". Oxford DNB. Dicapai pada 24 December 2013.
- ^ "Sir Edward Muteesa II Is Buried At Kasubi". Buganda.com. Dicapai pada 6 October 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Salasilah Kabaka Buganda dalam royalark.com