[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Mimpi Moon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mimpi Moon
Poster keluaran tayangan
PengarahShuhaimi Baba
PenulisShuhaimi Baba
Lakon layarShuhaimi Baba
Dihasilkan oleh
  • Shuhaimi Baba
  • Aida Fitri Buyong (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiTeoh Gay Hian
Disunting olehKamaruddin Abu
Muzik olehShamsul Cairel
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
6 April 2000 (Malaysia)[1]
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 1.8 juta
Pecah panggungRM 560 ribu

Mimpi Moon ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2000 arahan dan skrip oleh Shuhaimi Baba.[2][3][4] Dibintangi oleh Rashidi Ishak dan Kavita Kaur, ia mengisahkan persahabatan akrab antara Moon, Vina, Nona dan Sok Van yang membesar di sebuah pekan kecil di Langkawi yang bernama Batu Suara. Apabila dewasa mereka terpisah kerana mengikut haluan hidup masing-masing. Setelah bertahun-tahun merantau, ada sesuatu yang membuatkan mereka kembali ke pekan kecil tersebut. Ida Nerina, Jalaluddin Hassan, Ning Baizura dan Afdlin Shauki melakonkan watak pembantu. Filem ini ditayangkan pada 6 April 2000 dan menerima pelbagai ulasan positif.[5][6]

Moon (Rashidi Ishak) dan Vina (Kavita Kaur) ialah dua insan yang telah berkenalan semenjak kecil lagi. Vina datang dari sebuah keluarga doktor yang baharu berpindah ke Kampung Batu Suara. Vina merupakan anak kepada Dr. David dan Dr. Anna. Ibu Vina telah terkorban di Kampong Saoum, Kemboja semasa mengikuti kumpulan paramedik sukarelewan. Moon juga mengikuti rombongan tersebut namun dia terselamat dari jerangkap samar di perkampungan tersebut.

Sepuluh tahun selepas tragedi itu yang memisahkan pasangan itu, Vina menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara manakala Moon meneruskan kerjaya sebagai jurutera bunyi di studio rakamannya di Kuala Lumpur. Oleh sebab syarikat Moon memgalami masalah kewangan, Moon mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Batu Suara, Langkawi dan ingin bekerja dengan bapanya, Dr. Mansoor. Sementara itu, adik Moon, Nona (Ning Baizura) meneruskan kerjayanya sebagai doktor di klinik Dr. Anna. Seorang lagi rakan mereka, Sok Van menjadi pengurus restoran miliknya di pekan Batu Suara.

Vina juga turut pulang ke kampung halamannya semasa kecil dahulu. Walaupun Vina sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Mark Scotty, tetapi cintanya tetap utuh terhadap Moon selepas mereka bersua semula. Kehadiran Miranda Cordoba, seorang penyiasat dan perisik dari negara Amerika Latin yang menyiasat jerangkap samar yang masih aktif di kampung tersebut. Dia juga kerap mengganggu dan menggoda Moon secara keterlaluan. Moon berasa tidak selesa dengan tindak tanduk Miranda. Kampung Batu Suara terkenal dengan tempatnya yang menjadi tarikan melalui tradisi perubatan menggunakan ubat gamat Dr. Mansoor. Dr. Mansoor mengendalikan kajian untuk menaik taraf ubat gamat kepada yang lebih mesra pengguna.

Gamat emas diperkenalkan di khalayak umum dan akan digunakan sepenuhnya di negara Kemboja. Namun begitu, Moon dan Vina telah membuat perancangan lain untuk menyiasat sendiri siapa sebenarnya Miranda. Pada malam hari pelancaran tersebut, mereka telah menyelinap dan menyamar sebagai staf di hotel tersebut dan berjaya menangkap Miranda tetapi pengganas menyangkakan Miranda mengambil barangnya. Miranda sempat melarikan diri dengan membawa sebuah beg bimbit yang menjadi rebutan orang itu. Miranda telah mencampakkan beg tersebut ke dalam kandang kambing tersebut sehingga berlaku satu letupan yang menggemparkan kampung tersebut. Moon, Vina dan Miranda terselamat.

Penjualan gamat emas semakin laris. Miranda menyelamatkan kampung tersebut daripada pengganas tersebut. Dia terus membuat pelaburan dengan Dr. Mansoor dan menghasilkan minyak sapuannya sendiri untuk dijual di pasaran Malaysia. Sementara itu, hubungan Moon dan Vina kembali erat dan percintaan diteruskan. Pada pengakhiran cerita, Gamat emas dihasilkan yang menyatukan Moon, Vina bersama rakan dan keluarga mereka yang lain.

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Tajuk asal filem ini ialah Moon, namun ditukar kepada Mimpi Moon. Ia diarahkan oleh Shuhaimi Baba, yang sebelum ini mengarahkan filem Selubung (1992), Ringgit Kasorrga (1995) dan Layar Lara (1997). Beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip.[13] Menurut Shuhaimi, Mimpi Moon ialah sebuah filem cereka ringan bertemakan komedi romantik.[14] Ia merupakan filem Melayu pertama yang menggunakan dwibahasa secara seimbang – Melayu dan Inggeris, selain dibuat salinan dalam versi Inggeris (bukannya alih bahasa) untuk tayangan khusus di pawagam.[15]

Rashidi Ishak dan Kavita Kaur melakonkan watak utama. Mimpi Moon ialah filem kedua lakonan Rashidi selepas Senario The Movie (1999) dan filem pertamanya sebagai pelakon utama. Filem ini juga kembali menggandingkan Kavita dan Ida Nerina selepas berlakon dalam filem Layar Lara, juga arahan Shuhaimi. Kavita memegang watak sebagai Vina, Mimpi Moon ialah filem pertama lakonannya sebagai pelakon utama selepas melakonkan watak kecil dalam Layar Lara.[16] Beliau berkata mengenai wataknya: "Saya tidak dibenar melepaskan perasaan marah, walaupun pada satu ketika jiwa saya dilukai oleh Moon. Itulah tunjuk ajar Shuhaimi Baba kepada saya kerana Mimpi Moon bukan sebuah filem berat, sebaliknya berlandaskan subjek ringan".[17]

Kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM1.8 juta dengan penggambaran dijalankan pada November 1998 di Langkawi, Port Dickson, Melaka, Kuala Kubu Baru, Seremban, Kuala Lumpur dan Pulau Pangkor dan dimuktamadkan pada Januari 1999.[18]

Menurut Hasmi Hashim, yang menulis untuk Berita Harian, tema cerita Mimpi Moon berkisarkan tentang dua jalur yang menjadi major dan minor pengungkapan idea. Cinta dan kasih sayang (major), disandarkan kepada gamat emas (minor) yang menjadi titik tolak penceritaan.[14]

Filem ini menampilkan lagu "Ku Yakinimu" nyanyian Krisya.[19][20][21] Album runut bunyi filem ini dikeluarkan pada Mac 2000.[22][23] EMI Music Malaysia pada mulanya merancang untuk mengedarkan album runut bunyi Mimpi Moon, namun akibat keadaan yang tidak menentu, EMI tidak mengedarkan runut bunyi filem itu. Ia memuatkan 9 lagu yang diterbitkan oleh Shamsul Cairel.[24]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Mimpi Moon pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Mac 2000,[25][26] bagaimanapun, ia dikeluarkan secara rasmi pada 6 April 2000 di 29 pawagam seluruh Malaysia.[27][28] Versi bahasa Melayu ditayangkan di 22 pawagam manakala versi bahasa Inggeris hanya ditayangkan di beberapa pawagam terpilih sahaja. Laman web rasmi filem ini juga dilancarkan bagi mempromosikan filem ini.[29] Filem ini telah mencapai kutipan lebih RM400,000 dalam tempoh 11 hari tayangan,[30] seterusnya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM560,000 pada minggu terakhir tayangan.

Dalam ulasan retrospektif beliau mengenai filem ini, Saniboey Mohd Ismail dari Harian Metro berpendapat bahawa Mimpi Moon "bukan hanya satu transisi daripada bentuk-bentuk filem Melayu tipikal yang disuapkan kepada penonton Malaysia sejak azali, sebaliknya ia jelas dari aspek luarannya sahaja sudah membuktikan bahawa filem Melayu akan bergerak ke satu lagi dimensi baru".[31] Saniboey juga berpendapat pemotongan terhadap filem ini "dapat dielakkan" kerana ia "dilihat sebagai sebuah karya humor atau komedi romantik, bukan karya serius".[32] Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail menulis: "...Mimpi Moon ternyata filem yang menyentuh hati dan ringkas, dengan sentuhan unik gamat sebagai pemangkin yang mempengaruhi kehidupan protagonis".[33] Lim Chang Moh, juga dari akhbar sama memberi penarafan 1/2 bintang untuk filem ini.[34]

Satu ulasan daripada Mingguan Malaysia berpendapat bahawa watak Moon dan Vina kelihatan "begitu kaku" selain dalam keadaan "tidak bermaya, tiada tenaga". Ulasan akhbar itu juga menulis: "Menonton Mimpi Moon menyebabkan kita sukar mempercayai ia adalah kerja tangan seorang pengarah yang sudah memahat nama yang kukuh dalam dunia pengarahan filem Melayu".[35] Zainal Alam Kadir dari New Straits Times mempunyai pandangan tersendiri mengenai filem ini sambil menulis: "Ia membuatkan anda mahu menontonnya sehingga penghujung. Anda kadang-kadang mendapat benjolan di tekak, tetapi yang paling penting, ia membuatkan anda ketawa (agak sedikit) pada titik tertentu".[36] Menulis untuk Berita Harian, Siti Ruqaiyah Hashim beranggapan bahawa Mimpi Moon boleh dianggap sebagai "filem Malaysiana".[37] Shima Amir, juga dari akhbar sama menggelarkan Mimpi Moon sebagai "filem sindiran yang tajam" sambil berpendapat bahawa "Shuhaimi Baba dah kenakan kita bukan dengan rahsia gamat ajaib tapi rahsia di sebalik sindirin dan ejekannya".[38]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Festival Filem Malaysia ke-15 Pelakon Lelaki Terbaik Rashidi Ishak Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Kavita Kaur Tercalon
Sinematografi Terbaik Teoh Gay Hian Menang
Penyunting Terbaik Kamaruddin Abu Menang
Penataan Seni Terbaik Kamarul Nizam Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Ibrahim Elias, Peter Lim Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ida Nerina Menang
Anugerah Khas Juri: Poster Terbaik Mimpi Moon Menang
Anugerah Skrin 2001 Filem Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik Shuhaimi Baba Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Rashidi Ishak Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Kavita Sidhu Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ida Nerina Menang
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z "Catatan penerbitan Mimpi Moon". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ Saniboey Mohd Ismail (31 Mac 2000). "Mimpi Moon kisah Gamat Emas". Harian Metro. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  3. ^ Mokhtar Alias (31 Mac 2000). "Shuhaimi giat promosi Mimpi Moon". Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  4. ^ Azman Ahmad (29 Januari 2000). "Romantic comedy from Shuhaimi" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  5. ^ Hardi Effendi Yaacob (9 April 2000). "Mimpi Moon lucu". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  6. ^ Lim Chang Moh (15 April 2000). "Yeah, mimpi lagi, Moon" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  7. ^ "Shidi popular sekelip mata". Berita Minggu. 23 Januari 2000. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  8. ^ Marina Abdul Ghani (7 Mac 2000). "Kavita's over the moon" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  9. ^ Suraya Al-Attas (24 Januari 2000). "Radiant Ning bounces back" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  10. ^ Izza Safinaz Ibrahim (2 April 2000). "Saya seronok berlakon teater". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  11. ^ Akmal Abdullah (16 Februari 2000). "Melissa tidak mengejar impian". Berita Harian. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  12. ^ Filem Kita [@FILEMKITA] (29 Oktober 2012). "Zarina Anjoulie ialah pelakon kanak2 utk watak Kavita Sidhu dlm filem Mimpi Moon (2000)" (Twit) – melalui Twitter.
  13. ^ Zainal Alam Kadir (9 Mac 2000). "Shuhaimi's over the moon" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  14. ^ a b Hasmi Hashim (8 Mei 2000). "Menonton impian Shuhaimi dalam Mimpi Moon". Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  15. ^ Akmal Abdullah (14 Mac 2000). "Babak cium dalam Mimpi Moon lulus". Berita Harian. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  16. ^ "Mimpi Moon memikat Kavita". Utusan Malaysia. 24 Mac 2000. Dicapai pada 13 Februari 2010.
  17. ^ Saniboey Mohd Ismail (25 Mac 2000). "Vina tidak boleh marah". Harian Metro. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  18. ^ Hardi Effendi Yaacob (25 Mac 2000). "Kos filem Mimpi Moon RM1.8 juta". Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  19. ^ "Krisya tidak sendirian..." Berita Minggu. 30 Januari 2000. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  20. ^ Hanisah Selamat (19 Mac 2000). "Krisya tunggu tuah Mimpi Moon". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  21. ^ Roslen Fadzil (10 April 2000). "Krisya turut bantu Mimpi Moon". Harian Metro. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  22. ^ "Scene @ the launch of the soundtrack and music score of Pesona Pictures' 'Mimpi Moon'" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 28 Januari 2000. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  23. ^ "Muzik jadi tarikan utama". Berita Harian. 27 Januari 2000. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  24. ^ Zainal Alam Kadir (6 Mac 2000). "'Mimpi Moon' soundtrack out" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  25. ^ Roslen Fadzil (5 Mac 2000). "Mimpi Moon ditayang Mac". Harian Metro. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  26. ^ "Mimpi Moon akhir bulan". Berita Minggu. 30 Januari 2000. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  27. ^ Akmal Abdullah (27 Januari 2000). "Mimpi Moon untuk semua penonton". Berita Harian. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  28. ^ Mohd Haris Fazuli (1 Jun 2000). "Mimpi Moon gagal mendidik masyarakat". Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  29. ^ "(Simbolik... Barisan pelakon filem...)". Berita Harian. 11 Mac 2000. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  30. ^ Akmal Abdullah (21 April 2000). "Mimpi Moon mampu bertahan: Shuhaimi". Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  31. ^ Saniboey Mohd Ismail (16 Mac 2000). "Mimpi Moon janji sesuatu". Harian Metro. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  32. ^ Saniboey Mohd Ismail (23 Mac 2000). "Mimpi Moon lucu". Harian Metro. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  33. ^ Marina Abdul Ghani (29 Mac 2000). "Much ado about gamat" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  34. ^ Lim Chang Moh (8 April 2000). "Take your pic" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  35. ^ "Mimpi Shuhaimi Baba bertarabur". Mingguan Malaysia. 16 April 2000. Dicapai pada 13 Februari 2010.
  36. ^ Zainal Alam Kadir (31 Mac 2000). "'Moon' casts a dreamy spell" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  37. ^ Siti Ruqaiyah Hashim (4 April 2000). "Mimpi Moon boleh dianggap filem Malaysiana". Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  38. ^ Shima Amir (1 Jun 2000). "Siapa sasaran Mimpi Moon?". Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]