Mohd Syamsuri Mustafa
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohamad Syamsuri Bin Mustafa | ||
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 11 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Real Mulia | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln (Gol) | |
2002-2007 2008 2009 2015 |
Terengganu Pahang T-Team Real Mulia |
| |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2001-2004 2001- |
Malaysia B-23 Malaysia |
14 (1) 32 (0) | |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Januari, 2009 |
Mohd Syamsuri Mustafa (Jawi: محمد شمسوري مصطفى) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol bersama T-Team di Liga Perdana Malaysia.
Syamsuri memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Terengganu. Dia membantu Terengganu untuk menjadi naib juara Piala FA Malaysia pada 2004. Pada tahun ini juga Syamsuri berjaya menempatkan diri selaku penjaga gol terbaik Malaysia dan berjaya merampas posisi nombor satu penjaga gol Malaysia yang dipegang Azmin Azram Aziz.
Bersama Malaysia, Syamsuri bermula sebagai penjaga gol nombor dua dibelakang Azmin Azram Aziz. Dia antara pemain yang pernah beraksi bersama Brazil pada tahun 2002. Syamsuri mula beraksi sebagai penjaga gol utama pada kejohanan Piala Tiger 2004. Selepas itu, dia mula menjadi pilihan sebagai penjaga gol utama Malaysia. Pada Sukan Asia Tenggara 2003 (kejohanan untuk pasukan bawah 23 tahun), Syamsuri menjadi penjaga gol pertama Malaysia yang berjaya menjaringkan gol di peringkat antarabangsa.[1] Dia menjaringkan gol tersebut ketika perlawanan separuh akhir menentang Vietnam.[2] Dia juga menjadi penjaga gol Asia pertama menjaringkan gol terpanjang tersebut yang terhasil pada tahun 2003.[3][4]
Pada musim 2005/06, Syamsuri telah dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Popular dan Pemain Popular dalam Anugerah Bolasepak Malaysia Coca-Cola FAM 2005-2006.[5]
Pada musim berikutnya, Syamsuri gagal menempatkan diri dalam skuad Piala Asia 2007 Malaysia. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Terengganu telah menggantungnya dari menyertai mana-mana perlawanan bola sepak atas masalah disiplinnya. Sejak itu, Syamsuri gagal menempatkan diri dalam skuad Malaysia dan posisinya selaku penjaga gol nombor satu Malaysia dirampas Mohd Helmi Eliza Elias dari Kedah. Tambahan pula penghijrahannya ke Pahang mengakibatkan prestasinya merudum.
Pada tahun 2009, Syamsuri berhijrah ke T-Team. Dia kemudian menerima panggilan untuk kelayakan Piala Asia 2011 bersama pasukan Malaysia.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Pingat Perak Sukan Asia Tenggara 2001
- Pingat Gangsa Sukan Asia Tenggara 2003
- Ketiga Piala Tiger 2004
- Ketiga Kejohanan Bola Sepak ASEAN 20071
- Naib Juara Piala FA Malaysia 2004
- Naib Juara Liga Perdana Malaysia 2009
1Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Top 10 Door-to-Door Goals". Kevin Eichenberger. Football Tribe. 18 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ Malaysia kecundang-Utusan Malaysia
- ^ "13 Gol paling jauh dalam dunia sepak bola, beberapa dicetak oleh kiper" (dalam bahasa Indonesia). brilio.net. 20 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2021. Dicapai pada 20 May 2018.
- ^ "The Longest Goals Of All Time". The18.com. 21 January 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2021. Dicapai pada 21 January 2021.
- ^ ANUGERAH BOLASEPAK MALAYSIA COCA-COLA FAM 2005-2006-Persatuan Bola Sepak Malaysia[pautan mati kekal]