[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Orang tua baptis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang paderi membaptis seorang anak dibantukan ibu bapa sambil disaksikan orang tua baptis dan diakon.

Seseorang tua baptis (Latin: compater[1][2] atau commater[2], patrinus;[3] bahasa Inggeris: godparent) berperanan sebagai saksi utama dalam upacara membaptis lalu memasukkan seseorang dalam anutan agama Kristian serta dipertanggungjawabkan mendidik dan menasihati hal agama anak (atau si pemeluk jika sudah dewasa) yang dibaptiskan ini sepanjang hayatnya.[4] Kedudukan ini juga dianggap secara amnya sebagai mentor dan penjaga sah anak yang diamanahkan sekiranya apa-apa berlaku kepada salah satu atau kedua-dua ibu bapa kandung.[5][6]

Orang yang dipertanggungjawabkan ini boleh dalam kalangan lelaki (bapa baptis atau padrinyu,[7] godfather) mahupun wanita (ibu baptis atau madrinya,[7] godmother).

  1. ^ Dictionarium interretiale Pons
  2. ^ a b Lexicon Germanico-Latinum [ Orang tua baptis] di Buku Google
  3. ^ Susceptor [ Orang tua baptis] di Buku Google
  4. ^ Fitzgerald, Timothy (1994). Infant Baptism (dalam bahasa Inggeris). Liturgy Training Publications. m/s. 17. ISBN 9781568540085.
  5. ^ Marty, Martin E. (1962). Baptism: A User's Guide (dalam bahasa Inggeris). Augsburg Books. m/s. 139. ISBN 9781451414080.
  6. ^ Ringen, S. (2007). What democracy is for: on freedom and moral government. Princeton University Press. m/s. 96.
  7. ^ a b "G". A dictionary of Kristang (Malacca Creole Portuguese) with an English-Kristang finderlist. Australian National University Research School of Pacific and Asian Studies. 2004. m/s. 114. ISBN 0 85883 552 5.