[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Oberst

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Oberst (Sebutan bahasa Jerman: [ˈoːbɐst]) ialah pangkat pegawai medan paling kanan dalam beberapa negara yang bertutur Bahasa Jerman dan Scandinavia, setaraf dengan Kolonel. Ia kini digunakan oleh kedua-dua tentera darat dan tentera udara Austria, Jerman, Switzerland, Denmark, dan Norway. Pangkat överste Sweden adalah terjemahan langsung, begitu juga dengan pangkat eversti Finland dan pangkat ofursti Iceland. Di Belanda pangkat overste digunakan sebagai sinonim untuk Leftenan Kolonel.

Asal-usul dan sejarah

[sunting | sunting sumber]

Oberst ialah perkataan Jerman. Dieja dengan huruf besar O, "Oberst" ialah kata nama dan menandakan pangkat tentera kolonel atau Grup Kapten. Dieja dengan huruf kecil o, atau "oberst", ia adalah kata sifat, bermakna "pegawai atasan, teratas, paling tinggi, paling atas, tertinggi, ketua, kepala, yang pertama, terutama, atau terbesar". Kedua-dua penggunaan berasal daripada bentuk superlatif ober(e), "teratas" atau "paling atas".[perlu rujukan]

Sebagai nama famili, Oberst adalah perkataan biasa di barat daya Jerman, di kawasan yang dikenali sebagai Black Forest (Schwarzwald). Nama itu juga tertumpu di daerah utara-tengah Switzerland (Aargau & Zürich). Disini versi Swiss Oberst dieja Obrist. Nama itu mula-mula muncul pada abad ke-13 di kawasan sempadan Jerman-Swiss, dan bentuk awalnya ialah Zoberist dan Oberist. Nama itu kemungkinan besar merujuk kepada "suku kaum yang hidup di gunung paling tinggi" atau "famili yang tinggal di kampung paling tinggi".[perlu rujukan]

Diterjemah sebagai "pegawai atasan" atau "tertinggi", pangkat Oberst boleh dijejaki asal-usulnya dari Zaman Pertengahan dimana istilah itu kemungkinan besar membayangkan seorang kesatria kanan di medan pertempuran atau kapten kanan dalam sebuah rejimen. Dengan kemunculan pasukan tentera profesional pada abad ke-16 dan ke-17, Oberst menjadi komander formasi saiz rejimen atau batalion.[perlu rujukan]

Menjelang abad ke-18, Obersten lazimnya diberikan pembantu atau leftenan, sering digelar Oberstleutnant. Ini membawa kepada pembentukan pangkat moden Jerman dengan nama yang sama, diterjemah sebagai Leftenan Kolonel.[perlu rujukan]

Oberst ialah pangkat kelima tertinggi dalam Angkatan Tentera Austria.

Kolonel
Oberst

Epaulet bahu
Tentera Darat
Lencana lengan
Tentera Udara
Negara  Denmark
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat Denmark Tentera Darat Denmark
Bendera Tentera Udara Denmark Tentera Udara Denmark
Singkatan Ob
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Diperkenalkan 1563
Kod
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya

Brigadegeneral

Pangkat rendah seterusnya

Oberstløjtnant

Persamaan pangkat Kommandør

Pangkat oberst Denmark berdasarkan istilah Jerman.[1] Ditakrif OF-5 dalam NATO dan ditetapkan gred gaji M402,[2] ia digunakan dalam Tentera Darat Diraja Denmark dan Tentera Udara Diraja Denmark.

Pangkat ini boleh dijejaki asal-usulnya dari tahun 1563, apabila Count Günther dari Schwarzburg-Arnstadt dilantik feltøverste (kolonel medan) pasukan tentera Denmark semasa Perang Utara Pertama.[3] Pada tahun 1586, Steen Maltesen Sehested [da] dilantik Rigets oberst (kolonel kerajaan).[4]

Pada 25 Mei 1671, pangkat ini telah dikodkan, oleh King Christian V, dengan penerbitan susunan keutamaan pembesar Denmark. Disini terdapat dua jenis oberst. Kolonel Pasukan Pengawal diletakkan dibawah major general, dan di atas kolonel infantri dan kavalri, yang kemudiannya diletakkan atas pangkat Leftenan Kolonel Pasukan Pengawal.[5]

Sebagai sebahagian daripada Reformasi Tentera 1867, pangkat Major, Lieutenant colonel telah dikeluarkan, menjadikan oberst satu-satunya pegawai kanan.[6]

Kolonel
Oberst
Pelapik gorjet Tentera Darat (ungu gelap)
dan Tentera Udara (kuning)
Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Tentera Darat Jerman
Tentera Udara Jerman
Singkatan O
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Diperkenalkan 1956 (moden)
Kod
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya

Brigadegeneral

Pangkat rendah seterusnya

Oberstleutnant

Persamaan pangkat Kapitän zur See

Oberst (singkatan: O) ialah pangkat pegawai staf tertinggi dalam Tentera Darat Jerman (Heer), Tentera Udara Jerman (Luftwaffe).

Oberst dalam Bundeswehr

[sunting | sunting sumber]

Pangkat ini ditakrifkan OF-5 dalam NATO, dan ditetapkan gred A16 atau B3 dalam sistem gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan. Ia bersamaan dengan:

Pada epaulet (Heer, Luftwaffe) terdapat tiga paku (bintang) perak dalam kalungan daun oak berwarna perak.

Heer Luftwaffe
Pangkat junior
Oberstleutnant

(Pangkat pegawai Jerman)
Oberst

Pangkat senior
Brigadegeneral

Oberst di Jerman Timur

[sunting | sunting sumber]

Oberst adalah organ bersenjata GDR (Jerman: Bewaffnete Organe der DDR), yang diwakili oleh Kementerian Pertahanan Negara, dan Kementerian bagi Keselamatan Negara, merupakan pangkat pegawai medan tertinggi, setanding dengan kolonel dalam banyak angkatan tentera NATO (Kod pangkat OF-5). Ini merujuk kepada doktrin ketenteraan Soviet dan selaras dengan angkatan tentera Pakatan Warsaw lain.

Cabang Stasi Tentera Darat Tentera Udara Pasukan Sempadan Volksmarine
Bahu
Nama
pangkat
Oberst
Kapitän zur See
pangkat junior
Oberstleutnant

Pangkat Tentera Rakyat Nasional
Oberst
(Kapitän zur See)
pangkat senior
Generalmajor

Oberst dalam Wehrmacht

[sunting | sunting sumber]

Oberst ialah pangkat pegawai medan paling kanan dalam Reich Jerman dan Jerman Nazi, setanding dengan pangkat OF-5 dalam banyak angkatan tentera NATO. Ia bersamaan dengan Kapitän zur See dalam Kriegsmarine, dan SS-Standartenführer dalam Waffen-SS sehingga tahun 1945.

Cabang Tentera Darat Jerman Luftwaffe Waffen-SS Kriegsmarine
Kolar Tiada
Bahu
Lengan
Nama
pangkat
Oberst
Standartenführer
der Waffen-SS
Kapitän zur See
pangkat junior:
Oberstleutnant

(Pangkat pegawai Jerman)
Oberst
(Kapitän zur See)

pangkat senior:
Generalmajor

Pangkat Oberst adalah setara dengan Kolonel dalam tentera yang bertutur bahasa Inggeris, walaupun makna yang lebih tepat "tertinggi" merujuk kepada fakta bahawa Oberst adalah pegawai berpangkat tertinggi dibawah pegawai jeneral.

Oberst telah digunakan dalam angkatan tentera Jerman dan Austria semasa kedua-dua Perang Dunia. Oberst juga digunakan sebagai awalan pangkat SS bagi Oberstgruppenführer. Pangkat SS Standartenführer adalah setaraf dengan Oberst. Kolonel Jeneral semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua telah dipanggil Generaloberst. Sekali lagi, bukannya secara literal yang bermaksud Kolonel Jeneral, penterjemahan yang lebih tepat adalah "jeneral tertinggi" kerana ia biasanya pangkat tertinggi tentera di masa aman.

Pangkat oberst telah diperkenalkan pada masa yang sama dengan Denmark, kerana Norway pada masa itu adalah sebahagian daripada Denmark–Norway.[7]

Varian överste Sweden, ialah pangkat pegawai medan paling kanan dalam Tentera Darat Sweden dan Tentera Udara Sweden, berada di atas leftenan kolonel dan dibawah brigedier jeneral. Ia bersamaan dengan pangkat tentera laut kepten dalam Tentera Laut Sweden.[8]

Switzerland

[sunting | sunting sumber]
Brigedier (SAF)
Kolonel
Oberst

Lencana lengan
Pengawal Swiss
Epaulet bahu
Pengawal Swiss
Negara   Switzerland
Vatican
Cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Swiss (SAF)
Pengawal Swiss (SG)
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Pangkat rendah seterusnya

Oberstleutnant (SAF & SG)


Dalam Tentera Darat Swiss, pangkat Oberst berada dibatas leftenan kolonel ("Oberstleutnant") dan dibawah brigedier jeneral ("Brigedier"). Pada masa aman, ia merupakan pangkat pegawai keempat tertinggi.

Pangkat Oberst ialah komander sebuah Kommando (Gren Kdo, Flpl Kdo), staf jurutera tentera darat, atau sebuah kluster anti pesawat  (Flab). Formasi ini setaraf dengan rejimen. Selaku pegawai staf, Oberst menjalankan pelbagai fungsi khusus dalam staf Tentera Darat, Tentera Udara, dan kewilayahan. Dalam briged, Oberst (dalam staf am - "Oberst i Gst") melaksanakan peranan timbalan panglima dan/atau ketua staf. Dalam sistem kehakiman tentera, presiden mahkamah tentera memegang pangkat Oberst.

[sunting | sunting sumber]

The rank of Oberst is known in American cinema, since several popular movies (such as The Great Escape, Stalag 17, The Eagle Has Landed, Hart's War, Raiders of the Lost Ark, and Live Free or Die Hard) have featured characters holding the rank. Luftwaffe Colonel Klink of the television series Hogan's Heroes was a caricature of such a character.

  1. ^ Danske Soldater 1935, m/s. 3.
  2. ^ Ministry of Defence 2017.
  3. ^ Madsen 1904, m/s. 217.
  4. ^ Madsen 1904, m/s. 215.
  5. ^ danmarkshistorien.dk 2017.
  6. ^ Klint 1965, m/s. 8.
  7. ^ Petersen 2014, m/s. 493.
  8. ^ "Förordning om ändring i officersförordningen (1994:882)" (PDF) (dalam bahasa Sweden). Swedish Code of Statutes. 26 June 2000. m/s. 2. Dicapai pada 7 October 2020.