Jijeung dari Silla
Jijeung dari Silla | |
---|---|
Hangul | 지증왕 |
Hanja | 智證王 |
Perumian Semakan | Jijeung wang |
McCune–Reischauer | Chijŭng wang |
Nama lahir | |
Hangul | 김지대로 |
Hanja | 金智大路 or 金智度路 |
Perumian Semakan | Gim Jidaero |
McCune–Reischauer | Kim Chidaero |
Raja-raja Korea |
Silla |
---|
(Pra-penyatuan) |
|
Jijeung dari Silla (Jawi: راج جيجوڠ ; Hangul: 지증왕; 437–514; memerintah 500–514) ialah raja ke-22 kerajaan Silla Korea. Baginda dikenang kerana memperkuat kekuasaan kerajaan dan membangun Silla menjadi kerajaan terpusat.
Seperti banyak raja Silla, Jijeung mempunyai darah diraja di kedua-dua belah pihak. Ayahandanya ialah Galmunwang Kim Seup-bo, yang merupakan cucunda Naemul Isageum. Ibundanya ialah Puan Besar Josaeng, anak perempuan Nulji Isageum.
Jijeung memulai program reformasi pemerintahannya pada tahun 502, apabila baginda melarang kebiasaan menguburkan hamba dengan tuan mereka. Pada tahun 503, baginda secara rasmi menetapkan nama negara itu sebagai "Silla," yang sebelumnya telah diwakili oleh pelbagai aksara Cina. Pada masa yang sama, baginda mengambil gelaran wang, yang bermaksud "raja"; sebelum ini baginda telah mendapat gelaran maripgan iaitu gelaran Silla yang asli.
Jijeung meneruskan pada tahun-tahun berikutnya dengan pembaharuan pakaian istiadat pada tahun 504 dan pentadbiran tempatan pada tahun 505. Dalam pembaharuan itu, baginda memasukkan wilayah lama Siljik-guk ke dalam sistem pentadbiran Silla. Baginda mendirikan pasar di timur Gyeongju pada tahun 509. Pada tahun 512, baginda mengirim Kim Isabu untuk menakluk negara kepulauan Usan-guk.
Setelah kemangkatannya, Jijeung menerima nama kuil, nama yang sekarang dikenalinya. Baginda ialah raja Silla pertama yang menerima nama kuil.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Jijeung dari Silla Tarikh keputeraan: 437 Tarikh kemangkatan: 514
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Soji |
Raja Silla 500–514 |
Diikuti oleh: Beopheung |