[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Jalan Negeri Kedah K374

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K374
Jalan Kampung Belukar–Telaga Mas
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Kota Setar
Panjang1.66 km[1][2] (1.03 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK373 K373 di Kampung Bukit Teriak
Hujung selatan FT 175 di Kampung Kubang Makkee
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K374 (dikenali sebagai Jalan Telaga Mas atau Jalan Kampung Belukar–Jabi–Telaga Mas) ialah jalan negeri utara-selatan yang terletak di bahagian timur laut Daerah Kota Setar dan bahagian barat Daerah Pokok Sena, dalam negeri Kedah, Malaysia. Jalan Negeri K374 bertindak menyambungkan antara K373 (Jalan Sungai Mati–Telaga Mas) di penghujung utara dengan FT 175 (Jalan Gurun–Kepala Batas) di penghujung selatan,[3] dengan panjang jajarannya mencecah 1.66 kilometer (1.0 bt).[1][2]

Interpretasi laluan

[sunting | sunting sumber]

Dengan panjang laluan kira-kira 1.66 kilometer (1.0 bt), Jalan Negeri K374 bertindak menghubungkan antara petempatan di bahagian tengah Mukim Telaga Mas dalam Daerah Kota Setar iaitu Kampung Bukit Teriak dengan Kampung Kubang Makdee di bahagian barat Mukim Jabi dalam Daerah Pokok Sena.[4] Jalan raya ini merupakan jalan raya yang berturap sepenuhnya, dan diseliakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Setar. Dalam pangkalan data Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), nama Jalan Negeri K374 diwartakan sebagai Jalan Kampung Belukar–Jabi–Telaga Mas.[1][2]

K374 bermula sebagai kilometer sifar di persimpangan K373 (Jalan Sungai Mati–Telaga Mas) di 600 meter ke tenggara dari Kampung Bukit Teriak. Bermula daripada situ, jalan raya ini menuju ke arah selatan di samping melalui kawasan pertanian sawah padi dan kawasan petempatan manusia berpolakan berselerak. Di sepanjang jalan raya ini juga, terdapat beberapa simpang kecil untuk menuju ke jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD), yang menyediakan laluan penghubung ke beberapa kawasan perkampungan termasuk Kampung Baru Telaga Mas, Kampung Telaga Mas, Kampung Keranji, Kampung Bukit dan Kampung Bendang Perang. Jajaran diteruskan lagi sehingga di penghujung selatan berdekatan dengan Kampung Kubang Makkee, kira-kira 550 meter daripadanya ke arah timur laut, di mana jalan raya ini akan bertemu dengan FT 175 (Jalan Gurun–Kepala Batas) berhampiran dengan bangunan kilang SCS Industries Sendirian Berhad.[2][4]

Persimpangan utama

[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.

DaerahLokasikm[4]Destinasi[3][4]Catatan
Kota SetarKampung Bukit Teriak0.00K373 K373Kampung Pulau Bidin, Kampung Sungai MatiPenghujung utara
Pokok SenaKampung Kubang Makkee1.66 FT 175Kampung Jabi, Pokok SenaPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi
  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kota Setar/Padang Terap" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 2 Disember 2024.
  2. ^ a b c d Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 2 Disember 2024.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 2 Disember 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]